29 April 2011

Love story

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Perggghhh... lama seyh aku tak blogger. al maklumlah, busy main game buat kerja rumah. cuma nak cakap yang aku tak sabar tunggu wedding Prince William dengan Kate Middleton esok.. hehe. macam aku pulak yang nak kahwin. dorang ni memang merpati dua sejoli, bagai pinang dibelah dua. walawei, dua peribahasa aku bagi. kalau karangan BM SPM ni, konfem konfem A+.. ehem ehem. buat sape-sape yang tak tau, wedding dorang ni akan disiarkan live kat NTV7 start pukul 3 petang esok. harap maklum.

sweet kan dorang

Aku memang suka love story. lagi-lagi kisah cinta agung yang suci lagi murni. apsal macam iklan minyak masak je. opps berbalik kat topik asal. pasal apa tadi? owh ye, kisah cinta. apsal aku suka sangat kisah cinta ni even aku masih single dan single dan single.. huhu (mood tak laku). harap satu hari nanti, aku bakal temui jodoh aku dengan kisah ala-ala Qaisy-Laila, Jake-Rose, Fakhri-Aisya takpun Will-Kate.. hehe. adoyai.. tangkap jiwang pulak malam-malam buta ni. dah lah, sebelum aku makin kesian kat diri sendiri sebab masih tak laku solo sampai sekarang, better aku blah tengok mega movie. chow~



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...