17 April 2011

PC Fair

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Yo yo. semalam aku pergi PC Fair KLCC dengan adik lelaki aku. berdua je dengan dia. entah pape ada salesman tu ingat kitorang kapel. hello i'm single and available ok!! tak pasal-pasal turun value aku. sape-sape yang nak request, boleh beratur ambik borang dekat tanah perkuburan.

Tujuan aku pergi pc fair tu sebab nak cari external hard disk. and adik perempuan aku pesan memory card phone, mak aku pulak nak pendrive. paling aku tak sangka, sampai-sampai je KLCC ada poster SNSD besar gedabak kat dinding booth intel. whoooaaa.. aku pun terus giler meroyan mintak adik aku ambik kan gambar aku dengan SNSD. ok, aku tau tu poster je, bukan SNSD sebenar. tapi, aku pedulik hape. korang jeles je, aku tau.

cuba cari mana aku

I'm not the type of girl yang suka shopping. so, memang beli external hard disk and two side stuffs tu jelah, pastu balik.. haha. boring kan aku. jalan jauh-jauh, cuma untuk beli tiga barang. owh ye, sebelum balik.. aku and adik lelaki aku yang perasan macho tu singgah KFC kejap isi perut.

ni Marry Brown bukan KFC

Tengah-tengah duduk dalam erl, adik perempuan aku yang perasan comel tu call. "kakak, ayah ada bawak balik external hard disk." what the fish!!! aku baru je beli, and sekarang ayah aku pulak beli benda alah tu. huhuhu.. ok sebagai kakak yang baik, aku bagi lah external hard disk yang ayah aku beli tu kat adik lelaki aku.

Kepada kau (adik lelaki aku), bersyukurlah sebab dapat kakak yang baik.. hahaha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...