06 April 2011

Renung-renungkan dan selamat menjawab

Assalamualaikum & annyeong haseyo....

Whassup whassup you all. kali ni aku nak bagi soalan psiko+logi najis sikit kat korang. rajin-rajin kan lah diri untuk menjawab.

Korang tengah basuh pinggan kat dapur (eleh macam lah korang yang basuh sendiri, entah entah mak yang basuhkan). pastu ada pulak mala'un ketuk pintu rumah. dan dan tu jugak telefon nak berbunyi. bila dengar bunyi telefon lagu Oh!, baby kat ruang tamu pun nangis mengilai-ngilai (apa kata buat ringtone lagu nasyid.. apa daa). tetibe hujan turun dengan lebatnya tanpa mengambil kira perasaan baju-baju yang sedang dijemur di luar rumah.

baby ni lah yang nangis tu

So, aku nak korang susun apa yang korang nak buat mengikut keutamaan. sama ada nak tutup air, bukak pintu, jawab telefon, dukung baby atau angkat baju dulu. jawapannya nanti menunjukkan keutamaan korang dalam real life. aku cuma akan post entri untuk jawapan kalau ada orang komen dengan jawapan dia kat sini. ok daa~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...