05 May 2011

Bab 3 - Rapat ke?

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

        Yeay yeay lagi dua hari start cuti midsem. seminggu pulak tu cuti.. best siot! boleh beronggeng kat rumah (even boleh kata tiap 2 minggu mesti aku balik rumah.. hehe). memandangkan esok dah jumaat, konfem-konfem lah hari ni aku happy terlebih. korang tak paham ke kenapa aku happy? mestilah happy comel-comel ku sekalian, esok kan jumaat.. lepas last class boleh lah balik rumah. dah paham? ok bagus.

        Untuk mengekspresikan kegembiraan aku, tengah-tengah turun tangga lepas keluar dari lecture hall pun aku bertepuk tangan seorang diri (kalau ada orang nampak mesti ingat minah ni gila). wait wait, masa tu dah takde orang kat situ ok. so takde sape lah yang nampak kegilaan aku tu.. haha. aku singgah bilik kecik (toilet) kejap pas keluar dari lecture hall, sekaligus menyuruh kawan-kawan aku balik kolej dulu sebab tak nak dorang tertunggu-tunggu aku. yelah, aku kan prihatin kat orang lain.. ehem ehem.

bukan tangga ni

        Opps ok, sambung cite. tengah-tengah aku bertepuk tangan sambil menyanyi-nyanyi lagu Hoot di dalam hati ketika menuruni tangga FF4 tersebut (perggh dramatik siot ayat aku), moto dia lalu depan aku. mesti lah dia yang bawak moto tu, takkan moto jalan sendiri pulak. adegan yang aku tak sangka langsung akan berlaku, dia lambai aku. ye, dia lambai aku. apa, dia lambai aku? betul lah dia lambai aku. aku pun kelip-kelip mata, bukan kenyit-kenyit mata, kelip-kelip mata je nak pastikan aku tak mimpi. siap tampar pipi sendiri 7 kali sambil hantuk-hantuk kan kepala kat besi pemegang tangan kat tangga tu semata-mata nak buktikan ini semua bukan mimpi. fine part tu tipu je.. hehe. lepas dia lambai-lambai ala Will-Kate melambai-lambai kat balkoni Istana Buckingham tu, aku terus terpaku, tak bagi respon pape. seyes, aku terkejut kot! sampai lah moto dia hilang dari pandangan aku, aku still tercongok kat tangga tu. apa punya terkejut daa...

oh will & kate

       Lepas sampai bilik, aku pun take rest kejap sambil terpikir-pikir.. apa hubungan aku dengan dia? kitorang nak kata kenal rapat pun tak. nak kata kawan pun bukan. owh ye, kitorang kan friend kat facebook. rules baru.. mulai sekarang anda perlu lambai facebook's friend sendiri.. menunjukkan anda seorang yang mesra rakyat.. haha.

        Dah malam sikit, aku pun macam biasa. online. online lagi penting dari buat tutorial, errr bagi aku (jangan tiru ajaran sesat ni). login facebook account, check notification.. eh dia ada tag photo untuk aku? aku pun bukak. terus terkejut cimpanzi weyh, dia tag aku kat ayat "the one you've become so much CLOSER too recently". so much closer? sejak bila aku dengan dia rapat? tu ke hint die lambai aku, menandakan kitorang dah rapat? errr.....

sila abaikan "I need you".. takde kaitan

* bersambung...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...