18 May 2011

Mengimbau memori - Antara Aku dan Mereka

Assalamualaikum & annyeong haseyo....

Ayat sama, soalan sama... apa khabar? ok dah cukup. takyah jawab. aku bukan dengar pun.. haha. pada hari ini.. hari yang hening pabila hujan turun dengan lebatnya dan ayam berkokok menandakan ternampak lembu memakan twisties, tetiba aku rasa rindu kat adik-adik aku. dah lama mak tak jaga dorang. mak dah keje lain sekarang ni, sampai bagi dorang kat 3 keluarga berbeza..............

Sebenarnya, adik-adik yang aku maksudkan tu anak jagaan mak aku daa. dulu mak jaga 3 baby yang comel (macam aku) sekaligus. tapi sejak 2 baby comel tu ada adik, mak tak jaga dorang dah. susah nak jaga baby ramai-ramai ni.

Walaupun aku dah jarang jumpa dorang, aku tetap sayang dorang cam adik aku sendiri. huhu.. miss you all wasi'ah, khaira and acap sooooo muchhh!!!

Hikayat Baby-baby Sihat

1.  Nurwasi'ah Wasim (10 Jun 2008)


Merupakan baby pertama yang mak aku jaga. start jaga masa umur dia baru 2 bulan. sangat bijak dan comel. serta tembam.. hehe. aku sayang sangat kat wasi'ah ni. sebab dia ni becok. kalau kita cakap sikit mesti dia akan ajuk dengan cara yang comel.. haha. korang takyah ngada-ngada nak ajuk cakap aku. tu bukan comel, aku bagi pelempang je kang. 

Pastu, kalau aku malas nak buat something, aku suruh je wasi'ah buat walaupun masa tu umur dia baru setahun. contohnya, "wasi'ah, ambik kan kakak bantal". serius, dia akan ambik bantal untuk aku! bijak kan dia. tapi, memori aku dengan wasi'ah setakat bulan Disember 2009 je. mak dia sambung belajar kat USA, so wasi'ah kena lah ikut. masa tu, nak je aku cakap kat mak dia, "boleh tak wasi'ah tinggal sini, taknak lah berpisah dengan dia". tapi, nak buat camne. memang aku dah berpisah dengan wasi'ah pun skang (ini cite sedih.. sila nangis teresak-esak).

Dan aku rindu giler kat dia. harap-harap, kalau dia balik Malaysia nanti, dia masih ingat aku.

budak tembam yang dah mencipta kontroversi di tempat Obama

2.  Khaira Eryna (7 Julai 2008)


Khaira, baby kedua mak aku jaga. muda sebulan je dari wasi'ah, and mak aku start jaga dia pun dari umur 2 bulan. jadi, memang khaira dengan wasi'ah membesar sama-sama. tulah kawan bercakap (bahasa baby), tulah kawan bergaduh (gaduh baby), tulah kawan bermain (mainan baby). aku ingat lagi, kalau mak aku bagi khaira pengetip kuku, kena bagi wasi'ah sekali. kalau tak dorang berebut.. haha. baby baby. comel what kalau bergaduh berebut barang. kalau lelaki bergaduh berebut awek apa cite? tak matang.

eh! gaya pun sama.. haha

Sekali lagi aku mengalami detik perpisahan.. sob sob sob. mak aku berhenti jaga khaira bulan September 2010 kalau tak silap. masa tu aku masih kat UiTM. adik khaira (Khaira Danisya) lahir 30 September 2010, sekaligus mak aku berhenti jaga dia. tapi, ok lagi lah. khaira tinggal kat sebelah rumah aku je, kadang-kadang, still boleh jumpe khaira.

3.  Asyraaf Zafran (7 Mei 2009)


First baby boy yang mak aku jaga. lasak dan hensem merupakan 2 ciri utama acap. opps lagi satu, acap suka perempuan muda tau, lagi-lagi yang cantik.. haha. biasa lah lelaki. even kecik-kecik lagi pun dah pandai flirt-flirt. mak jaga acap start dia 4 bulan. masa tu wasi'ah dengan khaira dah setahun, so acap jadi mangsa buli dorang sebab dia kecik lagi. 

Bila acap dah pandai merangkak, dorang lak kena buli.. haha. acap ni serius lasak! penat aku menjaganya. ok fine, mak aku yang jaga. aku suka kacau dia je.. hehe. tapi, macam yang aku bagitau awal-awal tadi, mak aku berhenti jaga acap serentak dengan khaira. bulan September 2010 jugak. dan bulan November 2010 acap dapat adik (Anniz Sofea). adik dia pun comel macam dia. acap tinggal dekat jugak dengan rumah aku, so kadang-kadang aku jumpa acap. tapi, kadang-kadang jelah. bukan hari-hari macam dulu.

penat seyh nak suruh dorang stay kat situ untuk photoshoot

Last but not least, kat bawah ni video gelagat-gelagat dorang yang buat aku tersenyum sorang-sorang kalau tengok (jangan ingat aku giler). hope korang pun akan tersenyum sama (ok korang pun giler).

Rangkaian Gambar Bergerak

Wasi'ah bercakap dengan gaya yang comel 
(sila abaikan suara latar)
 

Khaira terlampau mendalami seni tarian Nobody

Acap pulak bercakap dengan gaya yang menggoda
(sila abaikan suara latar sekali lagi) 
 

Bila 3 baby berkumpul, huru hara jadinya

* catatan yang serius daripada aku yang suka baby....uhuk uhuk uhuk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...