10 June 2011

No more feeling

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Kabare? *mood jawa sikit* sila jawab waras. ini perintah! *mood garang lak* ermm.. buat pengetahuan semua, mulai hari ini, saat ini, detik ini, aku dengan rasa bangga dan gembira nya ingin mengisytiharkan bahawa kisah terencat telah diberhentikan penerbitannya. menurut kata penulis cerita tersebut, beliau dah tak nampak apa rasional nya lagi menyambung cerita yang dah tak bermakna pape lagi dalam hidup beliau. oleh itu, sesiapa yang dah tertarik dengan kisah tak menarik tersebut, sila lah menangis teresak-esak sambil memegang bahu kawan di sebelah ok.


Kata penulis itu lagi, beliau sangat pelik dengan sikap makhluk yang kompleks-dan-rumit-tapi-tak-nak-mengaku-kompleks atau dalam bahasa mudahnya LELAKI. yeah lelaki. dulu, masa beliau ada simpan limpa kat 'orang' tu and selalu mengharapkan 'orang' tu contact, like atau komen status, tak pun post something kat wall beliau, 'orang' tu tak buat apa pun. konon-konon macam tak berminat sangat lah dengan beliau. sampai beliau sedih-sedih sebab diabaikan oleh 'orang' tu, lantas meluahkan kesedihan beliau kepada lipas peliharaannya.

Tapi, bila limpa beliau dah mula takde kat 'orang' tu, atau dalam bahasa inggeris nya.. her feelings become fading *ececeh speaking london* 'orang' tu lak mula lah nak contact-contact beliau, waktu beliau tengah sibuk menanam tanaman untuk dimakan oleh zombie. kalau lah dari awal 'orang' tu tunjuk minat, takdelah beliau susah-susah nak susahkan diri kan (apsal macam pelik je tatabahasa ni?).


So, kesimpulannya.. beliau memang dah takde pape limpa lagi kat 'orang' tu. beliau nak bukak limpa untuk orang lain pulak. mungkin jugak bukak limpa cadaver.. haha. kepada 'orang' tu, kalau dia baca blog ni lah kan, beliau cuma nak ucapkan terima kasih sebab dah jadi kawan yang sanggup layan segala ayat-ayat merapu beliau. tapi, maaf sebab beliau dah takde limpa kat anda lagi. sekian, terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...