11 July 2011

Tanda-tanda perempuan Jatuh Hati vs Makan Hati

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



Hello lonely girls and playboys. semalam ada sorang kenalan mintak aku buat entri pasal makan hati. oh no! bukan makan hati ayam mahupun hati arnab. tapi, makan hati berulam jantung atau dalam bahasa tipikalnya KECEWA. ramai tak antara korang yang pernah kecewa? maksud aku kecewa dengan cinta. yup, memang entri aku kali ni bertemakan love-love-dalam-hati-ada-taman. then, bila aku pikir-pikir balik, baik aku masukkan sekali tanda-tanda perempuan jatuh hati. baru mantap seyh!


Aku perempuan, so mestilah aku faham sedikit sebanyak perasaan perempuan lain yang crush kat seorang lelaki. wahai lelaki di luar sana, sebenarnya kan senang sangat nak tau perempuan tu jatuh hati kat korang ke tak. cuma korang je yang buat-buat tak paham, seterusnya membuatkan kitorang ni makan hati. so, entri ni sebagai renungan buat para lelaki supaya korang tu sedar sikit yang ada someone minat korang dalam diam. adakah korang bangga bila dah berjaya menyebabkan perempuan sedih kerana cinta?


...........

Klik play untuk lebih feel




"Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan"



kitorang - buat girls yang membaca
korang   -  buat boys yang membaca

Pabila Perempuan Jatuh Hati, Dia Akan....

1.  Add korang kat facebook -  sebenarnya dalam hati ni, kitorang berharap sangat supaya korang add kitorang dulu. tapi, kirim salam jelah. korang kan control macho. so, nak tak nak terpaksalah kitorang terhegeh-hegeh add korang dulu. sume ni bertujuan untuk stalk wall korang dan tengok aktiviti harian korang. termasuklah dengan perempuan mana korang berbalas komen. yelah, kadang-kadang kat relationship status memang single. hakikatnya, dah ada yang special. owh please lah, jangan cakap korang tak pernah stalk wall facebook perempuan lain.



2.  Like kebanyakan status korang -  situasi ni tak lain tak bukan supaya korang sedar kehadiran kitorang. yelah, lelaki bukan macam perempuan yang amat selektif dalam bab meng'approve' friend request. even orang yang tak dikenali pun korang main approve je kan. so, bila dah berlambak sangat friend korang tu, kemungkinan besar korang tak sedar pun kitorang ni friend korang. sebab tulah kitorang terpaksa ambik inisiatif dengan menge'like' pape yang ada kat wall korang tu. at least, notification yang keluar akan ada nama kitorang. owh yeah, kitorang nampak desperate kan? *sigh*


3.  Buat-buat tak layan komen korang -  dah ada dua signs kat atas tu? so apa lagi, pergilah komen status that girl. korang tau tak, kegembiraan yang terpancar kat wajah kitorang saat ternampak notification yang berbunyi "orang yang kau minat tu komen status kau" tak dapat digambarkan dengan kata-kata. muka kitorang akan blushing habis! tapi, you know girls, kitorang ni kan malu-malu miau gitu. so kitorang just akan reply komen tu sambil lewa sebab tak nak korang sedar yang kitorang ni crush kat korang. yep, girls = complicated isn't it?


4.  Konon-konon tak nak bagi nombor phone -  orang cakap bila dah sampai part mintak nombor phone, ada chance lah tu. that's why kitorang berharap sangat korang akan mintak nombor phone kitorang. come on lah, takkan korang nak tunggu kitorang yang mintak nombor phone korang dulu. be more gentleman. tapi biasalah, mula-mula kitorang akan buat-buat tak nak bagi walaupun dalam hati dah melonjak kegembiraan. lagipun kitorang ni bukannya mengada-ngada nak mintak mesej berbaur kasih sayang. at least tanyalah pasal study ke, topik semasa ke, sweet je.. ye tak?


5.  Sangat malu nak berhadapan dengan korang -  korang perasan tak that girl sangat malu nak pandang tepat ke muka korang. haa tu maknanya dia minat korang lah. kalau terpandang tak pun terkantoi pandang korang pun, dia akan terus alihkan pandangan mata dia ke tempat lain. bukan apa, perempuan ni memang sangat malu nak bertentang mata dengan orang yang dia minat. takut dari mata terus turun ke hati. erkk macam iklan coklat cadburry je. so, apa lagi. bila dah nampak sume signs ni, jangan ragu-ragu lagi. sememangnya perempuan tu suka kat korang. tepat 120%.


Tapi, Perempuan Akan Makan Hati Pabila Korang...

1.  Tak sedar kewujudan kitorang -  korang sangat aktif layan komen-komen perempuan lain, tapi komen kitorang dipandang sepi. macam ianya tak pernah wujud. lagi bertambah kecewa bila nampak korang post something kat wall perempuan lain. it is DAMN HURT! korang sedar tak tu wahai lelaki? kebiasaannya, lepas kitorang dah sedar perkara ni, kitorang akan kurangkan aktiviti stalk wall korang. nampak sangat menipu kalau aku cakap kitorang takkan stalk lagi. yep, memang akan stalk, tapi terpaksa dikurangkan. untuk mengelakkan perasaan makan hati yang serius.


2.  Tak pernah/jarang like status kitorang -  setiap kali korang update status baru, kitorang akan like. tapi, status kitorang... amat jarang untuk korang like. status perempuan tu korang like pulak. hari-hari. kalau boleh kitorang tak nak dah baca news feed. takut ternampak recent activity.. "orang yang kau minat pergi like status perempuan tu". SERIOUSLY HURT. bila dah sampai tahap kitorang deactivate facebook, tu maksudnya dah kronik. kadang-kadang kitorang mengharapkan korang akan sedar kehilangan kitorang buat sementara waktu. tapi, realiti yang menyakitkan... korang tak pernah sedar.


3.  Tak pernah/jarang komen status kitorang -  boleh dibilang dengan jari berapa kali je korang ambik berat dengan cara komen status kitorang. mungkin jugak hanya sekali seumur hidup. kalau korang memang jenis tak rajin komen status orang lain takpe lagi. ini bukan main, rajin korang komen status perempuan tu kan. tambah menyakitkan hati bila dapat tau korang main poke-poke pulak. apa maksudnya tu? korang memang tak pernah nak paham hint yang kitorang bagi ke? senang je kan nak tau kitorang ni anggap korang macam mana. the fact is, girls = not complicated. the truth is, boys = complicated.


4.  Langsung tak text kitorang -  bila dah bagi nombor phone kat korang, kitorang tak pernah harapkan benda lain. just mengharapkan korang akan start text dulu. yelah, takkan perigi nak cari timba. kalau setakat text tanya apa pendapat kitorang tentang industri sukan sekarang ni pun tak kisah. any topic. asalkan korang text kitorang dulu. in fact, perempuan takkan delete any mesej daripada orang yang dia minat. tak percaya pergi check phone mana-mana girls. tapi, it is SO HURT bila korang tak pernah pun text kitorang. mintak nombor phone pun tak.


5.  Tak pernah bercakap dengan kitorang -  even kitorang sangat malu berhadapan dengan korang, dalam hati ni Tuhan saja yang tau betapa kitorang nak sangat korang start any conversation dengan kitorang. setakat cakap "assalamualaikum" pun dah cukup menggembirakan kitorang. tak payah susah-susah nak daki Gunung Everest pun. as simple as that. tapi, korang tak pernah lah pulak nak bercakap dengan kitorang. dengan perempuan lain yang cuma duduk selang dua kerusi dari kitorang, enjoy lah pulak korang berborak kan. macam kitorang ni tunggul. thanks for making us HURT.


...........


Perempuan memang dilahirkan dengan sikap setia dan mudah jatuh cinta. lelaki pulak amat jarang nak memahami hati seorang insan bernama perempuan. sekali perempuan dah jatuh hati, amat susah dia nak membenci. tapi, sekali dia dah makan hati, amat susah dia nak terima semula insan bernama lelaki.


Pesanan untuk korang wahai lelaki, cuba renung-renungkan entri ni, dan carilah perempuan yang dah jatuh hati tu. agar dia takkan makan hati...... macam aku.


"Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (Al-Baqarah 2:216)


30 comments:

Anonymous said...

Sesungguhnya semua lelaki patut tahu mengenainya. Sakit hati dan makan hati kerana buah hati, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. FACEBOOK banyak main peranan dalam hal ini. Terima kasih FACEBOOK.

*Lama tak mengarang. Skema sekali sekala apa salahnya kan. Haha. Btw, suka entry ini :)

kurakuraygslow said...

haha. sume pasal FACEBOOK jugak lah yang buat kita kecewa.

khairulhafizi said...

pergghh..best la. Bru taw,slama ni taw cmne pmpuan jtuh cnta kt dunia realiti je..tp xtaw lak cmne stail korang(utk pmpuan) berfacebook. Psni,ak nk wat post psl 'cmne nk taw lelaki tu jtuh cnta kt pmpuan' n 'bile lelaki makan hati'..msti bez! :Dn jtuh cnta kt dunia realiti je..tp xtaw lak cmne stail korang(utk pmpuan) berfacebook. Psni,ak nk wat post psl 'cmne nk taw lelaki tu jtuh cnta kt pmpuan' n 'bile lelaki makan hati'..msti bez! :D

kurakuraygslow said...

haha dipersilakan. maybe bukan sume perempuan camni. tapi most of it, yup.

Anonymous said...

Macam best je kalau ada entry balas balik dari pihak laki :)

Noie Chan said...

alamak, kantoi laa..hehe..nice writing lorh..

Anonymous said...

Lagi satu point untuk perkara yang buat perempuan makan hati is, bila gerangan crush tersebut inbox perempuan lain secara diam diam. DAMN HURT! :(

kurakuraygslow said...

@noie =3 : thanks :)
@lily : tapi tak sume perempuan tau sama ada dia ada inbox perempuan lain ke tak. kalau tau, memang DAMN HURT lah

zahida mustafa said...

damn right!! anyway, nice entry :)

syazaishahani said...

bnyak nye quotes!!! x aci ar.....
btw...post ni best....hakhak

kurakuraygslow said...

@ zahida mustafa : thanks :)
@ syaza : hehe..ingat budakkuno je boleh letak quotes? :P pasni boleh lah bagi ni kat YP..hakhak

Anonymous said...

Rasanya yg point no 2 & 3 (makan hati) tu bkn hanya skadar status. Tp wall post jugak :(

fiza said...

hahah. best2!! suke2!! very the true. lelaki memang selalu lambat pickup. =,="

kurakuraygslow said...

@lily : senang cite sume pasal dia..hehe
@fiza : tula lelaki ni, dah bagi hint pun susah nak faham

syazaishahani said...

haha...ader satu quotes tu syaza ader gak ar...

kurakuraygslow said...

@syaza : quote yang mana?

pepol said...

siyesly nice entry,sedikit sebanyak ad jgk la kene atas batang idung,huhuhu

kurakuraygslow said...

@pepol : so cepat lah take action kat that girl k :)

MEGAT ISKANDAR ZULKARNAIN said...

mcm betol...
rasa dlu mcm pernah plak lyn gituu..
hihi..;-)

RIDZUAN OMAR said...

boleh x wat entri yg sme mcm ni,tp contoh 2 biarla selain facebook...boleh an??

kurakuraygslow said...

@Ridzuan : boleh tak bagi idea sikit, apa contoh lain selain facebook =)

aimi said...

eh,background music ni apa nama tajuk dia ekk??

kurakuraygslow said...

@Aimi : Our Love Will Always Last - Edward Chun (OST Korean Drama, Save Your Last Dance For Me) =D

Anonymous said...

nice entry.. like3...

kurakuraygslow said...

@Rahimah : Thank you =)

celo said...

patutlahhhh.. erm sekarang baru aku faham.. dia suka kat aku rupanyaaa... hahahahaha..

Anonymous said...

OMG love this entry sayang, suka picture dlm entry ni, nak curi tau :D

nadia said...

Uii...btul2 blh kntoi..:')

Unknown said...

alahai .. post ni dh lme rupenye .. haha , btw lps bce bru sedar yg dia sukekn aku since hampir semua ade dan faham knp skrang ni die trying ingore .. sakit hati maybe.. srry la, x pndai sgt bab ni :)

Unknown said...

namun, kita semua dituntut untuk menundukkan pandangan sebagaimana firman Allah dlm surah annur : 31. ini semua jalan kearah zina. Islam itu agama praktikal, pilihlah pernikahan.. saya hanya insan biasa, wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...