02 October 2011

Terima Kasih The Other Khairul

Assalamualaikum & annyeong haseyo...


Hello guys and girls sume. tengok tajuk pun dah tau kot apa cite entri kali ni. yeah, sememangnya aku perlu ucapkan setinggi-tinggi TERIMA KASIH kepada Blog The Other Khairul. yes, memang banyak-banyak terima kasih lah beb. sume lu lah, ada jugak orang baca blog gua... kehkehkeh =P

****
Ok, aku memang minat giler gaya penulisan owner of the blog, yang lebih dikenali sebagai Datuk Kay Mr. Kay. oppss bukan Mr. Gay. Mr. Kay ok. please pronounce it properly.

Even dia sangat suka kutuk tegur perempuan dalam kebanyakan entri yang ditulis, still ramai awek-awek comel baca dan follow blog dia. aku pun tak paham kenapa. maybe dia letak pelaris kat blog tu. who knows? hahaha =D


Lepas baca blog Mr. Kay, semangat aku untuk ber'blogging' pun terus berkobar-kobar (boleh refer entri ni). sebab kan... aku suka giler bercakap dalam hati. malangnya, takde sape boleh dengar monolog dalaman aku tu... huhu. that's why lah aku luahkan segala pemikiran aku kat dalam blog.

****
Mula-mula dulu, banyak lah jugak entri jenis kritikan yang aku post. tapi, well... lepas dah baca segala pendapat orang lain, aku fikir punya fikir punya fikir, ada baiknya aku hentikan segala bentuk entri macam tu. kalau aku kritik-kritik orang pun, apa yang aku dapat? tarapapa yeah, tarapapa yeah.


So, ni lah dia blog aku skang. segala eleman kritikan mungkin dah takde. mungkin jelah. kalau ada terlepas kritikan satu dua tu, maafkan jelah ok. kalau blog aku ni macam berita yang sume isinya serius nak mampus, tak best jugak. kang korang tak nak baca pulak. 

****
Since aku letak url blog ni kurakuraygslow, lebih ramai orang kenal blog aku dengan nama Blog Kura-Kura. even title dia Into The New World. hehehe. takpe lah, aku tak kisah pun. korang sudi baca blog aku pun dah cukup. thank you so much readers =)

****
Eh wait wait! apa yang terima kasih kat The Other Khairul tu?

Owh ye, terlupa pulak I. sebelum tu, biar I bagi cheers sikit kat The Other Khairul ok. ready... 1 2 3...

Tepuk tepuk tepuk terima kasih
(tepuk 2x) Terima Kasih
(tepuk 2x) Thank You
(tepuk 2x) Xièxiè
(tepuk 2x) Naṉṟi
(tepuk 2x) Syukran
(tepuk 2x) Arigatō Hait!

* Mr. Kay, kau terharu tak? kehkehkeh =P

***
Cerita nya bermula tak lama dulu. pada bulan Julai 2011, saat aku baru post entri yang bertajuk 'Tanda-tanda Perempuan Jatuh Hati vs Makan Hati'... terkejut beruk I tau, bila tengok kat traffic sources ada url blog The Other Khairul.


Yes, even sampai skang pun, blog aku masih ada dalam blog list dia. terharu tau... hekhekhek =D

Sebelum ni, sadis betul. takde sape nak baca blog aku... sobsobsob. sebab The Other Khairul lah, terus melonjak naik pageviews aku... hehe =)


Ya aku tau, pageviews aku takde lah sehebat blogger-blogger yang femes, but still... aku tetap happy. yeay!!!  aku baru start ber'blogging' bulan April hari tu. baru 6 bulan kot. bukan senang nak dapat readers weyh. blog aku yang entah pape ni pun ada jugak orang baca. jadi blog list The Other Khairul lagi. kehkehkeh =P

* since sepanjang September aku jarang update blog, pageviews pun menurun dengan banyak nya.


See... besar kan jasa The Other Khairul dalam pembangunan Blog Kura-Kura. eceh! ayat nak gempak =P

Perkara yang lebih membuatkan aku terharu, lepas The Other Khairul jadikan aku blog list dia, ada jugak beberapa blog lain yang berkenan meng'list'kan blog aku dalam blog list masing-masing. tapi, sorry kat korang... sebab url blog korang tak keluar pulak kat stats ni (memandangkan aku cuma ambik stats yang 'all time'). pape pun, aku tetap nak ucapkan Terima Kasih kat korang =)

Haa tak dilupakan jugak, sejak hari tu, bertambah lah followers aku. hekhekhek. sebelum ni tak sampai 40 pun... huhu. skang ni dah lebih angka 100. ok lah tu bagi owner blog yang cikai cam aku ni. thanks followers =D

Lastly, since aku rasa segmen berterima kasih ni dah sampai ke penghujung nya (pergghh ayat macam pengacara Gadis Melayu), aku just nak sertakan 'search keywords' yang boleh buat orang sampai ke blog aku. kadang-kadang boleh tergelak sendiri bila tengok 'search keywords' tu. hahaha =D





* lately mungkin aku jarang update blog memandangkan kehidupan menanam anggur dah berlalu. segala komen pun mungkin aku akan lambat reply. jangan kecik hati ek commentators =)

5 comments:

SyasyaHaha said...

betol laa...suka baca belog mr.kay...i found ur belog pon thru his blog:))

mikeyvio said...

blh x tlg promote promote blog sya ni kt tok?? :( even sya newbie.

kurakuraygslow said...

@lela91 : thanks sudi Baca blog Kura-Kura jugak. Blog Mr.kay memang best =)

Akulah Pak Lan said...

aku pun nak berterima kasih kat dia jgk. Tengok2 ada jugak blog aku dalam bloglist dia. Traffic pun naik mendadak.

kurakuraygslow said...

@Pak Lan : blog kau pun best. keep it up!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...