12 March 2012

Segmen Bermanja Dengan Bang Wan

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai readers. jom kita tengok video ni kejap~


Budak kenit yang lelaki tu namanya Asyraaf Zafran. tapi aku panggil Acap je. umur dia 2 tahun 9 bulan. mulut dia memang kecoh sikit =)

Si kenit yang perempuan tu pulak namanya Anniz Sofea. nama manja nya Anniz. baru 1 tahun 3 bulan. butir percakapan dia tak jelas lagi tapi dah pandai marah orang =D

Budak kenit yang pakai baju hitam tu hanya mahu dikenali dengan nama Zaf. umur dia 19 tahun *errrrkkkk... bukan budak kenit, dah tua bangka rupanya*. hahaha XD


Acap dan Anniz =)

***

Dua-dua budak comel tu adik beradik. dorang tu anak jagaan mak aku. memang jadi penyeri dan tukang kecoh lah dalam rumah aku tu. 


Budak tua bangka tu pulak adik lelaki aku. kalau dia ada kat rumah, memang jadi mangsa lah. dia je kena jadi kawan bermain Acap dan Anniz. Acap.... sikit-sikit, Bang Wan. sikit-sikit Bang Wan. selamat aku. hakhakhak=D

Anniz pulak, pantang nampak Bang Wan. memang nak bermanja jelah. kecik-kecik dah pandai menggatal. ikut perangai sape lah tu. ahaks =P

***

Tapi, bila tengok balik video tu, fail lah pulak adik lelaki aku tu nak jadi bapa mithali. Anniz lagi bertambah nangis bila kena dukung dengan dia. kata dah tak sabar nak kahwin. tapi budak kecik nangis pun tak reti nak pujuk. kahkahkah =D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...