05 August 2012

Happy 5th Anniversary SNSD!

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Apa khabar korang? harap korang baik-baik sahaja. eceh. pandai pulak aku cakap baik-baik. sempena hari baik, bulan baik ni, adalah lebih baik kita cakap yang baik-baik je kan. ahaks!

Rasanya macam dah lama sangat aku tinggalkan blog ni. even aku tengah cuti semester skang ni *youuuhoooo*, jari jemari ini terasa terlalu malas untuk menari-nari di atas papan kekunci. mata aku lebih tertumpu ke arah kaca televisyen yang menayangkan siaran secara langsung mahupun rangkuman mengenai Sukan Olimpik edisi ke-30 yang sedang berlangsung di London pada masa ini *asal ayat aku macam budak nak buat karangan SPM je*.


Errrr... ok. sudah. kita tinggalkan sebentar intro yang takde kena mengena tu. hari ini, 5 Ogos 2012.... aku bersemangat nak update blog sebab satu perkara je. satu je! yes! sebab hari ni SNSD genap 5 tahun! ulalala~



Selain daripada tu, hari ni jugak merupakan birthday mak aku yang ke-46. hoho... muda lagi mak aku rupanya =P

Nampaknya, hari ni merupakan detik bersejarah bagi dua insan yang aku sayang iaitu mak aku dan SNSD. hehehehe =D

***

Jadi, bersempena anniversary SNSD yang ke-5 ni, aku dengan berbesar hati nya... ingin menyambung cerita aku mengenai SNSD. dalam entri setahun yang lepas, aku dah pun update pasal perjalanan karier SNSD selama 4 tahun bermula dari Ogos 2007 hingga Ogos 2011. jadi, dalam entri Ogos 2012 ni, aku akan sambung perjalanan karier dorang melengkapkan usia 5 tahun SNSD bertapak dalam arena Kpop. so SONE, enjoy bebeh~

***

Sila baca entri 'SNSD dah 4 tahun' terlebih dahulu =)


Japanese Song - Bad Girl - Ogos 2011



Lagu Bad Girl ni merupakan MV kedua SNSD yang originally dalam bahasa Jepun selepas MV Mr. Taxi. secara jujurnya, ini merupakan MV SNSD yang paling aku tak suka. haha. bagi aku, dance dorang sangat pelik. outfit dorang pun nampak serabut sebab banyak sangat elemen jeans. pape pun, lagu ni tetap ok lah untuk didengar. lagu SNSD kot. takkan aku benci pulak kan. hehehe.

Oh ye, lupa pulak. lagu ni jugak dimasukkan sekali dalam first Japanese Album SNSD. cuma, MV Bad Girl ni hanya keluar selepas album tu released. bermaksud, lepas album tu berada di pasaran barulah MV Bad Girl ni released secara rasmi. eh korang paham tak? kalau tak paham, buat-buat paham jelah. haha =D

......


Third Korean Album - The Boys - Oktober 2011


Yeah~ girls bring the boys out! kali ni, SNSD buat kelainan sikit. sebab nya, lagu The Boys ni dikeluarkan dalam dua version sekaligus. satu untuk pasaran Korea dan satu lagi untuk pasaran US. dah tentu-tentu lah yang untuk pasaran US tu dalam English. aku rasa kan, sebab ada English version lah The Boys akhirnya berjaya dimainkan dalam radio-radio kat Malaysia ni. kalau tak... jangan harap nak dengar lagu SNSD kat radio. dan sebab The Boys English version jugak lah, aku dapat kenalan baru yang dah start minat dengan lagu-lagu SNSD jugak. saya suka, saya suka! =D

.......


First Japanese Album Repackaged - The Boys - Disember 2011


Dalam album ni, boleh dikatakan tak banyak lagu baru pun. kebanyakan lagu hits SNSD macam Genie, Gee, Run Devil Run, Mr. Taxi, Hoot, Bad Girl dan The Boys dikumpulkan semula dalam album ni. dah kata repackaged kan. bezanya, semua lagu dalam album ni dalam Japanese version. so, The Boys yang pada asalnya dalam Korean version tu telah ditukar secara rasmi ke dalam bahasa Jepun. selain tu, adalah beberapa kerat lagu baru dalam album ni. tak banyak pun. ala-ala pantun empat kerat je. ahaks!

......


Japanese Song - Time Machine - Mac 2012


Lagu ni pun lebih kurang sama kes nya dengan lagu Bad Girl. untuk pengetahuan korang, lagu Time Machine ni dah pun dimuatkan dalam Japanese Repackaged Album SNSD sebagai lagu baru. tapi, MV untuk lagu ni lambat sikit keluar. even lambat keluar pun, resultnya tetap awesome! lagu ni memang lah lagu sedih, tapi aku tak tau kenapa MV lagu ni tetap menambat sanubari ku. ihiks =P

......


Sub-unit SNSD - TaeTiSeo (TTS) - First Mini Album - Twinkle - Mei 2012


Ok, aku memang tak pernah update pun pasal sub-unit SNSD (TTS) dalam blog ni. aku pun tak tau kenapa aku tak pernah update. mungkin sebab takde YoonA kot. haha. ehhhh... tapi, even YoonA takde dalam sub-unit ni sekalipun, aku tetap sokong pape je yang melibatkan SNSD =)

So, biar aku cerita secara ringkas lah ye mengenai sub-unit ni. sebenarnya, SNSD tak berpecah pun. masih lagi ada 9 orang. para SONE sentiasa berharap SNSD akan forever and ever kekal sebagai 9 orang =)

Cuma, TaeTiSeo (TTS) ni debut sebagai 3 orang je. dan.. kenapa nama dia TaeTiSeo? untuk pengetahuan korang, ada 3 orang ahli dalam sub-unit ni iaitu TaeYeon, Tiffany dan SeoHyun. sebab tu lah jadi TaeTiSeo. tapi, kalau susah sangat nak sebut, baik sebut je TTS. lagi senang =D

Kenapa dorang debut sebagai 3 orang je? sebenarnya, ada kisah di sebalik setiap perkara yang berlaku *eceh*. waktu tu, kebanyakan ahli SNSD yang lain tengah sibuk dengan aktiviti masing-masing. sebagai contoh, YoonA tengah sibuk dengan drama Love Rain. Yuri pun dah start berlakon drama Fashion King. Jessica pun ada berlakon drama Wild Romance. so, kalau SNSD sepi je tanpa khabar berita kang, jatuh pulak populariti dorang kan. sebab tu lah... TTS ni debut sebagai sub-unit je. korang paham kan.

Lagi pulak, suara 3 orang ni lah antara yang paling superb dalam SNSD. so, tak mustahil lah dorang mampu debut sebagai TaeTiSeo. even dorang bertiga je ada album baru dan boleh buat performance kat stage dalam waktu tu, member SNSD yang lain tetap bagi sokongan padu kat TTS. see... betapa hebatnya SoShiBond (ikatan antara ahli SNSD) =D

Kalau korang nak tau, ada tujuh lagu kesemuanya dalam album ni. dan, lagu TTS yang paling femes ialah Twinkle. aku pun suka dengar lagu ni. dance dia ada feeling budak-budak sikit. hehe =)




* ada 4 orang ahli EXO-K yang muncul dalam MV ni iaitu Chan Yeol, Baek Hyun, Kai dan Se Hun. dorang merupakan junior SNSD yang debut pada tahun 2012 under management yang sama iaitu SM Entertainment =)

......


Fourth Japanese Single - Paparazzi - Jun 2012


Yezza! ni lah dia lagu terbaru SNSD buat masa ni. yang unik nya mengenai lagu Paparazzi ni, sampai laaa ni... lagu ni belum released secara rasmi lagi kat Korea. dorang pun tak pernah buat persembahan lagu ni kat Korea lagi. kalau kat Jepun tu, memang dah lah sebab lagu ni memang dalam bahasa Jepun pun. dan, MV untuk lagu ni je ada sampai 5 version katanya! tapi, sampai skang, aku baru tengok 4 version je. takde pun lagi version yang ke-5 tu. ke.... aku tak tau?


Paparazzi - Dance Gold Version MV


Paparazzi - Close Up Version MV


........

Okeh! itu lah dia serba sedikit tentang SNSD. ya.... tu sikit je kot. ada banyak lagi kalau aku nak cerita dari A sampai Z. tapi, tak terlarat lah pulak aku nak cerita semua kan. overall, perjalanan karier SNSD selama 5 tahun ni memang memberangsangkan. banyak gila kejayaan yang dorang kutip dari mula dorang debut sampai lah skang. tetiba aku rasa tacing bila tengok hubungan rapat antara semua ahli SNSD. even lain mak, lain ayah, hubungan 9 orang ni dah rapat gila macam adik-beradik! serius aku happy tengok SoShiBond ni. mungkin bukan aku je yang happy. semua SONE pun sama-sama happy :')

Last but not least...
Jigeumeun So Nyeo Shi Dae! 
Appeurodo So Nyeo Shi Dae! 
Yeongwonhi So Nyeo Shi Dae!

지금은 소녀시대
앞으로도 소녀시대
영원히 소녀시대


Right now it's SNSD! 
From now on it's SNSD! 
Forever SNSD!



credit to SSFMY =)



***

* jangan lupa doakan kejayaan Datuk Lee Chong Wei dalam final badminton hari ni. semoga pingat emas menjadi milik Malaysia. Amin  =)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...