21 October 2012

Spesis Yang Perlu Dibunuh

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Ini merupakan perbualan gedik antara aku dan adik perempuan aku. ihiks =P





Errrr.... kbai.

13 October 2012

Koleksi Kesayangan Kura-Kura

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai readers and followers. niat di hati ni memang nak update blog. idea dah ada dah. tapi malas pulak nak menaip panjang-panjang. kalau rasa malas, baik jangan update. kang entri jadi tak best pulak. well.... kalau nak bagi entri gempak, haruslah menaip dengan penuh perasaan kan. eceh!

Tapi tapi tapi.... adik perempuan aku dah sibuk bertanya. bila akak kura-kura nak update blog. ahaks! memandangkan peminat dah sibuk bertanya, ada baiknya aku update. kang menangis pulak para peminat aku. puahahahahaha *gelak bangga giler*.

***

Pepatah Inggeris ada mengatakan "A picture is worth a thousand words". jadi, ada baiknya beta upload entri yang banyak gambar je. satu gambar bersamaan seribu perkataan. kalau dua gambar dah dua ribu perkataan. kalau 20 gambar, 200 gambar, 1,430 gambar? haaa kalkulator please =p




***

Baiklah, seiring dengan tajuk entri di atas... kali ni aku nak berkongsi dengan korang... koleksi peribadi yang aku sayang gila nak mampus. kalau hilang satu item daripada koleksi ni, mau menangis 26 saat aku. so, apa dia koleksi yang konon-konon si Kura-Kura ni sayang sangat tu? check this out~



Ni koleksi kesayangan beta yang pertama. pape hadiah hari jadi tak pun souvenir yang aku dapat daripada kengkawan, memang aku simpan dengan selamat kat dalam almari. motif simpan dalam almari? tak nak bagi berhabuk lah. ahaks!

Ni semua koleksi yang aku simpan dari zaman sekolah menengah. kebanyakan hadiah hari jadi zaman sekolah rendah dulu aku display kat ruang tamu. pastu jadi berhabuk gila. then mak aku pun buang lah dalam tong sampah sebelum nak pindah rumah. huhuhu. sejak tu, memang semua hadiah yang aku dapat, aku simpan je dalam almari. kot-kot bertahan sampai umur aku 50 tahun ke. dapat lah berlagak kat cucu. ihiks!

Oh ye, sape-sape yang bagi hadiah hari jadi berupa makanan seperti coklat dan aiskrim, minta maaf jelah. memang hadiah tu tak dapat masuk gambar sebab dah selamat di'excrete'kan. haha =D

***



Ni koleksi kesayangan beta yang kedua. belah kiri sekali tu merupakan sebuah buku kecik ala-ala diari pemberian Huda masa aku form 3. tujuan Huda bagi buku tu mungkin nak menggalakkan aku untuk menulis diari. tapi, disebabkan aku tak minat menulis diari, habis semua part dalam buku tu aku tampal info dan gambar artis Korea. sampai buku tu jadi tebal macam sandwich. ahaks!

Yang tengah tu pulak, album gambar comel yang Yuni bagi. dia cakap, setiap kali kitorang jumpa, kena ambik gambar banyak-banyak, pastu simpan dalam album tu. lagi setahun dia nak tengok album tu dah penuh dengan gambar-gambar gedik kitorang. 

Hujung sekali tu, nampak sangat lah novel. novel ni merupakan hadiah hari jadi pemberian si Farah dengan ucapan "semoga cepat-cepat bertemu jodoh" =.=

***



Haa yang ni merupakan koleksi kesayangan beta yang ketiga. lepas SPM dulu, aku pernah kerja kat kedai bunga. memang baik gila lah bekas bos aku tu. sebelum aku berhenti kerja sebab nak masuk Asasi, dia pun bagi lah gift ni. thank you bos =)

 Belah kiri tu merupakan board yang penuh dengan gambar-gambar kenangan masa aku kerja dulu. cantik kot dia decorate board ni. orang berseni katakan. belah kanan tu pulak, jam Swatch yang dia bagi. sampai sekarang aku masih pakai. ori kot!

***



Tadaa. yang ni pulak merupakan koleksi kesayangan beta yang keempat. tapi, bukan yang terakhir kot. mana lah tau kot-kot, bakal husband aku nanti suka bagi hadiah. konfem-konfem lah koleksi hadiah beliau tu yang paling aku sayang. ahaks! =P

Adik beradik aku ni memang suka membaca komik. lagi-lagi komik Shin Chan dan Gempak Starz. memang kumpul kot. penuh satu rak buku dengan komik je. dah boleh jadi library dah. errr... buku ilmiah pun ada. tapi sikit jelah. tehehehe =D

***

Haa tulah dia koleksi kesayangan aku. kang kalau dah banyak boleh bukak muzium. hehe. see. aku ni memang suka menghargai pemberian orang tau. jadi, kepada bakal suami aku saya, bolehlah bagi hadiah banyak-banyak nanti. ahaks! =P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...