21 January 2013

CN Blue vs SNSD

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Hello CN Blue and SNSD lovers sekalian. dah lama dulu, aku pernah buat entri pasal 2PM vs SNSD. jadi kali ni, aku nak buat entri pasal CN Blue vs SNSD pulak lah ^^

'Versus' tu bukan lah bermakna nak biar dorang bertumbuk dalam gelanggang tinju. ahaks! tapi, lebih kepada nak buktikan apa kaitan CN Blue dengan SNSD dalam industri seni Korea. eceh! ayat aku dah macam duta kesenian Korea pulak. haha =D

***

Well... macam yang korang sedia maklum, aku ni memang peminat nombor satu SNSD. hihi. mungkin ramai yang pandang aku ni minat kaum sejenis, tak minat kaum lelaki pulak kan. haha. jadi, jangan salah faham pulak ye. errrr... aku ada lah minat sikit boys group. tapi tak banyak pun... sikit je. ahaks!

Well... mungkin ramai yang setuju bahawa kekuatan Kpop ni terletak pada dancing dorang. aku pun minat jugak dengan skill tarian kebanyakan boys group ni. lagi-lagi kalau gaya dorang menari tu nampak smart gila. tapi, aku setakat minat dengan lagu dan dancing dorang je. tak minat pun boys group tu sume sebab SNSD tetap nombor satu di hati ini. ihiks =P *bajet dorang minat aku pulak kan... haha*



***

Akan tetapi, CN Blue ni berbeza. dorang bukan lah group yang menari-nari macam kebanyakan Kpop group yang lain. dorang merupakan sebuah band yang membawakan genre rock. yeah!

CN Blue

Dari kiri : Lee Jung-shin (bass, back-up vocals), Lee Jong-hyun (lead guitar, vocals), Jung Yong-hwa (leader, lead vocals, guitar), Kang Min-hyuk (drum, back-up vocals)


Dah namanya band kan, konfem lah semua ahli group ni pandai main alat muzik macam gitar, bass dan drum. well.... korang tau kan, lelaki ni bila dia pandai main alat muzik, automatik dia akan nampak coooooool yang teramat. ahaks! =P

So, apa yang boleh aku katakan... dalam banyak-banyak Kpop boys group, aku paling minat CN Blue. weeeeee. malangnya, CN Blue tetap dapat nombor dua kat belakang SNSD. hihi =D

***

Kalau korang nak tau, CN Blue ni sebenarnya singkatan daripada Code Name Blue. karier dorang bermula sebagai indie band kat Jepun pada tahun 2009. cuma pada tahun 2010 baru lah dorang debut kat Korea dengan lagu 'I'm A Loner'. masa tu setiap ahli ada character masing-masing yang diambil daripada perkataan 'BLUE' tu yang mana Jong-hyun (Burning), Min-hyuk (Lovely), Jung-shin (Untouchable) dan Yong Hwa (Emotional).

Tapi, masa tengok MV 'I'm A Loner', aku belum start minat CN Blue lagi. lepas tengok MV 'Love', baru lah aku start jatuh cinta dengan group ni. tambah minat bila tengok MV 'Hey You". paling terpikat dengan Jong-hyun. muehehehehe =P

Lee Jong-hyun =)


Naluri aku kuat mengatakan bahawa aku minat Jong-hyun hanya selepas dia ubah hair style. ahaks! gambar kat belah kiri merupakan hair style Jong-hyun dalam MV I'm A Loner manakala gambar yang belah kanan merupakan imej dia dalam MV Love =)

Aku tau Jong-hyun memang nampak sangat cool dengan imej baru dia tu kan. ihiks. dah lah pandai main gitar. hehe. ditambah lagi dengan senyuman menawan dia tu, memang boleh cair jiwa dan raga ini. puahahahaha. ayat tak boleh blah =P

***

So, apa kaitan CN Blue dengan SNSD? hehe. sabar sabar. inilah kaitan nya~

Tak lama lepas CN Blue debut kat Korea, Yong-hwa selaku leader dan jugak ahli yang paling tua dalam kumpulan ni terlibat dalam rancangan We Got Married bersama Seo-hyun, maknae SNSD. We Got Married (WGM) ni lebih kurang macam rancangan kahwin olok-olok antara selebriti Korea. dorang bukan kahwin betul-betul pun, tapi depan kamera dorang kena berlakon macam dorang dah kahwin.

We Got Married - Yong-hwa & Seo-hyun


Dorang dapat jolokan YongSeo atau Goguma Couple dalam rancangan tu. YongSeo = Yong-hwa + Seo-hyun. tapi, goguma tu pulak sebab Seo-hyun ni sangat suka goguma (sweet potato). obsesi dia pada goguma melebihi minat dia pada lelaki. haha =D

Sebenarnya, ada banyak lagi pasangan lain yang terlibat dengan WGM ni selain daripada Yong-hwa dan Seo-hyun. tapi, pasangan lain tak femes sangat. memang dorang ni lah yang paling femes sampai ramai peminat berharap YongSeo ni betul-betul jadi couple. hal ni mungkin disebabkan Seo-hyun ni jenis yang innocent gila kot. interaction antara dia dengan Yong-hwa pun nampak awkward je walaupun dorang dah 'kahwin'. ini secara tak langsung menampakkan kecomelan dorang. hihi. 

So, memandangkan dorang dah 'kahwin', ada beberapa episod yang mana Seo-hyun kena berjumpa dengan ahli-ahli CN Blue yang lain dan Yong-hwa pun kena berjumpa dengan ahli-ahli SNSD yang lain. masa Seo-hyun jumpa ahli-ahli CN Blue yang lain tu lah aku semakin terpikat kat Jong-hyun. kehkehkeh. fine.... cakap pasal WGM panjang-panjang sebab nak highlight part Jong-hyun je kan. hihi =P 

* kalau nak tengok YongSeo / Goguma Couple, boleh tengok kat sini ^^




Masa WGM ni baru start, rambut Jong-hyun masih macam gambar kat belah kiri tu. tapi, sikap gentleman dan malu-malu miau dia dah start membuatkan aku tertanya-tanya siapakah gerangan Lee Jong-hyun ni. eceh! *muntah darah*

Then, bila dah masuk pertengahan episod, rambut Jong-hyun dah bertukar macam gambar kat belah kanan. waaaaa lagi lah aku terpikat. saat tu aku dah tak tertanya-tanya lagi dah siapa Lee Jong-hyun ni. aku terus minat je. habis cerita. kehkehkeh =P

Kalau korang nak tau, Jong-hyun dah start menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2010. lakonan pertama dia adalah dalam movie Acoustic sekali dengan Min-hyuk. tapi, masa tu Jong-hyun masih belum dikenali sebagai pelakon.

Acoustic


Cuma baru-baru ni je, Jong-hyun jadi pelakon dalam drama A Gentleman's Dignity. memang sesuai sangat word 'gentleman' tu dengan Jong-hyun. ahaks! dalam drama ni, rambut Jong-hyun dah macam dalam gambar kat belah kanan tu. memang nampak cooooooooool gila lah. haha =D

See... memang cool kan. ahaks!


Disebabkan lakonan dia dalam drama tu lah, Jong-hyun berjaya mendapat anugerah 'New Star Award' kat SBS Drama Awards (ala-ala Anugerah Skrin kat Malaysia). dan, dia semakin dikenali sebagai pelakon =D

A Gentleman's Dignity


***

Sepanjang CN Blue dalam arena Kpop, boleh dikatakan tak banyak gosip bukan-bukan mengenai dorang ni. kiranya, imej dorang bersih lah jugak. pehhhh ayat aku dah macam wartawan hiburan. haha! =D

Mungkin jugak sebab ahli-ahli CN Blue ni pemalu belaka kot. dorang tak suka cipta skandal dengan mana-mana artis perempuan macam kebanyakan artis Kpop yang lain. errrr... mungkin Yong-hwa tak termasuk dalam list pemalu tu sebab dia dah start dikenali sebagai pelakon dalam drama You Are Beautiful sebelum debut sebagai ahli CN Blue.

You Are Beautiful


Kesimpulannya, memang ahli CN Blue yang lain pemalu belaka terutamanya Jong-hyun. hihi. sepanjang aku menjadi peminat Jong-hyun, rasanya belum pernah lagi Jong-hyun digosipkan dengan mana-mana artis perempuan.

***

So, aku... sebagai peminat utama YoonA SNSD, terus menyimpan angan-angan agar Jong-hyun digosipkan dengan YoonA sebab aku minat dorang berdua. haha! memang macam angan-angan peminat psiko. muehehehehe =P

Sama cantik sama padan kan... ahaks!


Dorang berdua ni sebaya. dua-dua dilahirkan pada tahun 1990. dah lah sama bulan Mei pulak tu. Jong-hyun 15 Mei 1990 dan YoonA 30 Mei 1990. aku tak tau kenapa, tapi naluri aku kuat untuk meminati orang yang lahir bulan Mei jugak. haha. lepas dah minat, baru tau yang dorang pun lahir sama bulan dengan aku =)

***

Tapi, sebelum ni... takde pun tanda-tanda yang menunjukkan dorang ni rapat. aku cuma tau yang YoonA ni peminat CN Blue. tu je. sampai lah baru-baru ni yang mana CN Blue dan SNSD buat comeback serentak kat Music Bank (ala-ala pentas Muzik-muzik kat Malaysia). SNSD comeback dengan lagu 'I Got A Boy' dan CN Blue dengan lagu 'I'm Sorry'.

Sebelum CN Blue buat persembahan, YoonA dan Seo-hyun serbu CN Blue kat backstage dan buat short interview dengan dorang. well.... lepas WGM tamat pada April 2011, memang YongSeo Couple dah takde berinteraksi secara langsung dah depan kamera. kiranya, ni lah first time Seo-hyun jumpa Yong-hwa semula.

So, ramai lah peminat YongSeo Couple ni duk berharap Yong-hwa dan Seo-hyun betul-betul jadi couple dalam real life. tapi, aku tak tertarik sangat nak tau pasal YongSeo. aku lebih tertarik nak tengok interaksi antara YoonA dan Jong-hyun buat pertama kali nya depan kamera. hihi =D

So, apa kata korang pun tengok video ni~




So, apa pendapat korang? reaksi pertama aku lepas tengok video ni adalah... kyaaaaaaaa comelnya Jong-hyun dan YoonA!!!! ^^

Sampai kan aku tertanya-tanya, dorang ni memang ada hubungan macam apa yang aku angan kan ke? hihihi. mengikut sumber yang aku dapat *ehem*, Jong-hyun ni rapat dengan Kyu-hyun Super Junior. YoonA pun rapat dengan Kyu-hyun. so, Jong-hyun dan YoonA ni kenal antara satu sama lain melalui Kyu-hyun. *eceh ayat dah macam paparazzi... kehkehkeh*

Gambar twitter Kyu-hyun (ketiga dari kiri) bersama Min-ho Shinee, Changmin DBSK dan Jong-hyun (keempat dari kiri)


So, kemungkinan interaksi antara Jong-hyun dengan YoonA kat Music Bank tu perkara biasa kot bagi korang memandangkan dorang ni dah kenal. tapi, aku tetap rasa interaksi tu sweet gila. sampai boleh kena diabetes. ahaks! =P

Alangkah gembiranya aku kalau dorang betul-betul jadi couple in a real life. hehehehe. tapi, tetiba... Jong-hyun digosipkan dengan Sulli f(x) lah pulak. ni semua gara-gara sikap gentleman Jong-hyun terhadap Sulli dalam Running Man Episod 129 =(

Dalam episod tu, dorang kena lawan hoki ais yang mana baju dorang berat gila. so, bila Sulli ni dah penat sangat sampai tak larat bangun, Min-ho Shinee try nak angkat dia. tapi tak larat jugak. so, Jong-hyun yang sememangnya gentleman ni, terus angkat sikit badan Sulli dan offer belakang badan dia untuk Sulli bersandar.

Apa kata korang tengok gambar ni~



Aku takde lah benci gila kalau Sulli digosipkan dengan Jong-hyun. tapi, aku lebih suka YoonA dengan Jong-hyun sebab aku minat dorang berdua. hehe. dah lah Jong-hyun baru je senyum kat YoonA dalam interview tu 4 hari lepas. tup tup keluar pulak gosip ni dalam Running Man Episod 129 yang disiarkan kat Korea semalam. huhu.

Jadi, apa yang aku harapkan hanyalah gosip antara Sulli dengan Jong-hyun tu tak menjadi kenyataan. tapi, kalau YoonA dengan Jong-hyun, aku setuju 150%!!!! hihihi =D

***

Errrr... ok lah. sampai sini je lah cerita aku pasal CN Blue vs SNSD ni. rasanya macam dah panjang sangat melalut. ahaks! mungkin tajuk yang lebih sesuai untuk entri ni adalah Jong-hyun CN Blue & YoonA SNSD. kihkihkih. ok... annyeong~


17 January 2013

Diehard Fan of SNSD?

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai korang. aku dapat rasakan bahawa aku ni memang merupakan peminat setia / peminat gila / peminat psiko SNSD pabila aku tengok balik benda-benda ni~



Dekstop aku



Theme Google Chrome aku



23GB Variety Show SNSD dalam external hardisk aku



Theme handphone aku


And... last but not least... 


Blog aku 


***

Konfem orang yang tengok semua ni akan anggap aku psiko! =.=


04 January 2013

Maksud Di Sebalik Lagu Terbaru SNSD - I Got A Boy

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Hai SONE! entah kenapa aku terasa menggedik-gedik nak buat review sekali lagi pasal lagu terbaru SNSD iaitu I Got A Boy *tak padan dengan nak exam*. mungkin sebab banyak sangat reaksi peminat dan jugak bukan peminat SNSD mengenai konsep terbaru SNSD yang lain daripada sebelum ni kot. errr... dengan kata lain... konsep yang pelik. hee xD

sila rujuk sini untuk MV I Got A Boy

***

Mula-mula, aku pun tak berapa suka dengan konsep I Got A Boy ni. sebab yang pertama, outfit dorang tu. dah tak macam SNSD yang aku kenal. funky yang amat. dan yang kedua, aku rasakan lagu dan MV dia sangat pelik serta sukar difahami. macam lagu caca marba pun ada. kejap slow, kejap rancak, pastu slow balik, pastu rancak balik. pening tau kepala! =P

Opppsss bersabar para SONE. jangan marah-marah. aku bukannya kutuk lagu ni pun. aku pun peminat tegar SNSD. peace yo~ =D



Mula-mula je tak suka sangat lagu I Got A Boy ni. sekarang ni dah addicted pulak. lagi-lagi lepas faham maksud sebenar lagu ni. tu lah... benci-benci lama-lama jadi sayang tau *eh tetiba* =P

***

So, bagi korang yang tak berapa suka lagu I Got A Boy, aku nak bagi penjelasan sikit pasal lagu ni. alaaaa... mesti korang tak suka sebab korang tak faham story line lagu ni kan. korang mana faham Bahasa Korea. ahaks =P *eleh macam aku faham sangat... sibuk cari translation jugak*

Sebelum tu, apa kata korang tengok dulu translation ni~

***

I GOT A BOY ENGLISH TRANSLATION


Ayo! GG!
Yeah Yeah, shall we start?
Uh-muh! Look at her, look.
What happened to her that she cut her hair? huh?
Uh-muh! Again look at her, look!
From head to toe, her style has changed
Why did she do that?
I’m curious to death, why did she do that?
Tell me
Ha ha! Let me introduce myself!
Here comes trouble! Follow after me!
Oh oh oh yeah oh, oh oh yeah oh,
you really are something else!
Who is she? Ridiculous
Do you know you’re too self-assertive?
She thinks I’m average
Yeah, I guess she really liked him!
No way! No way!
She became so pretty and sexy,
it’s because of him, right?
I almost asked her
what her new makeup was
Truthfully, I’ve seen it for the first time
The deep eyes, like a scarred beast
I was dizzy by just talking to him!
You really are something else!
You really are something else!
Oh oh oh yeah oh, oh oh yeah oh,
You really are something else!
Oh oh oh yeah oh, oh oh yeah oh,
You really are something else!
Ayo! Stop! Let me put it down another way.
I got a boy, a handsome one! I got a boy, a kind one!
I got a boy handsome boy, who took all my heart
I got a boy, a handsome one! I got a boy, a kind one!
I got a boy awesome boy, I must have really fallen for him
Ah, my prince!
When are you gonna come save me?
Like a white dream
Will you lift me in your arms and fly?
I’m like, surprised, mental collapse!
He wants to see my face without makeup.
I really like him,
would it be okay to show it to him?
Oh! Never! Right? Right?
Let’s keep what needs to be kept, right! right!
Until you take all of his heart!
Don’t ever forget this
Oh oh oh yeah oh, oh oh yeah oh,
even if I stay up all night, it’s not enough, everything everything
Oh oh oh yeah oh, oh oh yeah oh,
our biggest interest, everything everything
Listen to me, you all know him, right?
He’s a bit young but he’s full inside
Sometimes he is as reliable as an oppa
but when he acts charming, he is so cute
Oh oh oh yeah oh, oh oh yeah oh,
you’re crazy, crazy
Oh oh oh yeah oh, oh oh yeah oh,
you’re crazy, crazy
I’m really angry,
my boy doesn’t look at me as a girl
What should I do when I feel hopeless?
Should I make him feel jealous?
I’m so upset! What do I do?
No way! No way!
Don’t stop! Let’s bring it back to 140
I got a boy, a handsome one! I got a boy, a kind one!
I got a boy handsome boy, who took all my heart
I got a boy, a handsome one! I got a boy, a kind one!
I got a boy awesome boy, I must have really fallen for him
Always next to me, it’s you, who’s on my side
and listens to me, you- you-
I’m happy as it is right now,
cause everything will work
I got a boy, a handsome one! I got a boy, a kind one!
I got a boy handsome boy, who took all my heart
I got a boy, a handsome one! I got a boy, a kind one!
I got a boy awesome boy, I must have really fallen for him
I got a boy, a handsome one!
***
Ok... dah baca translation kat atas tu? so, basically... lirik lagu ni lebih kepada conversation among girls. atau lebih tepat, gossiping. well.... girls memang suka kan gosip-gosip ni. ahaks =P
Errr.... memandangkan aku banyak sangat masa *konon*, aku berminat untuk terangkan dengan lebih lanjut mengenai lirik I Got A Boy ni. kalau korang tengok MV dia, macam banyak sangat part dalam satu lagu kan. atau, dalam bahasa muzik yang sebenar.... verse kot. entah la... aku tak tau sangat pasal muzik. makan biskut coklat Muzic tau lah. haha =P


Aku akan terangkan mengikut warna lirik kat atas tu. so, here we go~

Part 1
Konon-konon Soo Young dengan Yuri tengah bercerita pasal sorang perempuan yang sanggup ubah imej dia tetiba. so, dorang ni curious lah nak tau, sebab apa perempuan tu buat macam tu.

Part 2 -
Here comes the gossip girl! Tiffany umpama gossip girl yang XOXO tu. dia pun sampaikan gosip yang mengatakan perempuan tu sanggup ubah imej dia hanya kerana sukakan seorang lelaki. so, dorang sume pun kutuk-kutuk lah imej perempuan tu. atau lebih tepat, kutuk sebab jeles.

Part 3 -
Stop gossip girls! let me put it down another way. so, skang ni, bila start je part rancak yang ada "I got a boy" tu, maksudnya perempuan yang dikutuk tu pulak tengah bercerita dengan kawan-kawan dia. dia cakap lah pasal dia suka lelaki tu, lelaki tu nak jumpa dia dan bla bla bla.

Part 4 -
Tapi, lelaki tu tak suka dia lah pulak. buat penat je dia ubah imej dia sume. dia kecewa dan marah gila.

Part 5 -
Don’t stop your happiness! let’s bring it back to 140 (bpm). maksudnya, jom pergi part rancak yang "I got a boy" tu semula. toksah kecewa-kecewa sangat. tapi, ada jugak orang cakap 140 tu bermaksud waktu yang ke 1.40 dalam mp3 lagu ni. sebab 1.40 tu waktu dorang nyanyi "I got a boy" jugak. entah la... mana-mana pun boleh kot.

* bagi sesape yang tak faham 140 bpm tu apa... bpm bermaksud beats per minute. 140 bpm tu kira irama yang rancak lah. kadar degupan jantung normal bagi manusia adalah 60-100 bpm. bila korang nampak crush korang, tak semena-mena kadar degupan jantung korang akan jadi 140 bpm jugak. itu dipanggil tachycardia. kalau nampak nenek korang, errrrr jadi rendah daripada 60 bpm ataupun bradycardia. hee. eh tetiba keluar medical term. ahaks! =P


***




Tadaaaa... tu lah dia maksud sebenar lagu ni. sebab tu dia ada banyak part. start dengan gossip girls yang jeles pastu perempuan yang dikutuk tu pulak bersuara. memang unik gila lagu ni. berborak je sepanjang masa. haha =D

Kesimpulannya, aku dah addicted kat lagu ni. walaupun lagu dia agak pelik dan banyak menerima kritikan, lama-lama dengar best jugak kot. cuma, aku masih tak berapa suka dengan outfit SNSD yang funky tu. lebih suka imej dorang yang elegan. huhu. oh ye, kalau korang rasa MV lagu ni caca marba, cer korang tengok live performance ni. better kot dari official MV. enjoy~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...