05 July 2013

Dr Jekyll and Mr Hyde Pun Boleh Jadi Cerita Dalam Lagu

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Buat sape-sape yang umur dekat-dekat dengan aku tu, mesti pernah baca novel ni masa Form 3 kan? tapi aku tak ingat lah pulak, novel Dr Jekyll and Mr Hyde ni cuma untuk zon tengah atau satu Malaysia. sekarang ni silibus sekolah menengah dah banyak berubah. adik aku yang Form 3 tak tau pun kewujudan novel ni. nak harapkan dia saja-saja baca, memang tak lah.

Disebabkan novel ni merupakan komponen literature wajib untuk PMR dulu, aku pun terpaksa menggagahkan diri membaca buku rujukan dia. nak baca novel ni???? haram.... langsung aku tak sentuh. tengok kulit novel je. kekeke. tak baca novel ni pun dapat 9A jugak PMR. *ehem!* 

***



Kalau korang memang tak pernah baca novel ni, meh sini.... biar aku bagi sinopsis sikit lah pasal Dr Jekyll and Mr Hyde. kalau tak silap aku, ada jugak movie adaptasi daripada novel ni. tapi aku tak pernah tengok pun. malasssss. hehehe.

Berdasarkan hasil pembacaan aku daripada buku rujukan literature masa Form 3 dulu *eceh*, dapatlah aku simpulkan yang Dr Jekyll ni ada 'split personality'. dia ni sebenarnya baik dan pandai gila. tapi ada satu semangat dalam diri dia, iaitu Mr Hyde yang jahat gila nak mampuih sampai sanggup bunuh orang. Dr Jekyll tak sedar pun kewujudan dua personaliti berbeza dalam diri dia tu. so, nak tau apa kesudahan cerita ni, sila lah baca sendiri novel dia. aku dah tak ingat. ni lah akibatnya baca buku rujukan je. kihkihkih =P

***

So, apa kaitan novel Dr Jekyll and Mr Hyde dengan entri aku hari ni?

Well, pencipta lagu sekarang ni semua kreatif-kreatif belaka. tak cukup dengan cerita cinta biasa-biasa, boleh pulak dia buat lagu dengan konsep cinta ala Dr Jekyll and Mr Hyde. apa kata korang try tengok MV VIXX - Hyde ni~




Amacam? best kan jalan cerita dia. totally related dengan novel buku rujukan yang aku baca masa Form 3 dulu. lelaki yang pakai baju putih tu Dr Jekyll sementara yang pakai baju hitam dengan mekap menakutkan tu pulak Mr Hyde. dah lah lagu ni boleh tahan sedap didengar jugak. so, sekarang ni aku dah jadi peminat novel Dr Jekyll and Mr Hyde lagu Hyde. ahaks!

***



Sebenarnya, kumpulan VIXX ni pernah datang Malaysia untuk Shout Awards 2012. dorang datang sekali dengan kumpulan Nu'est. tapi kedatangan dorang jadi kontroversi sikit bila kena boo dan dibaling dengan botol air oleh Kpophaters yang diketuai oleh Sam Bunkface. kemungkinan dua kumpulan ni akan fikir beratus kali sebelum datang Malaysia lagi. kang tak pasal-pasal kena baling dengan kasut pulak. cuba lah para Kpophaters tu berfikiran rasional sikit, baling duit ke. nice jugak kan?

***

Errrr ok lah. aku bukannya nak cerita panjang lebar pun pasal VIXX. aku cuma suka lagu dorang kalau sedap didengar. dalam hati ni, SNSD tetap nombor 1. ehem.




***

Well, dalam minggu ni aku lebih tertarik dengan lagu yang ada jalan cerita best. tak kisah lah sape penyanyi nya. memang aku layan je. selain daripada Vixx - Hyde, aku dah terminat jugak kat MV B.A.P - One Shot dan Mblaq - It's War.







Gaya tarian yang bertenaga dan nampak kelelakian tu memang awesome! lagi best bila ada scene tembak-menembak. memang macam movie. pehhhhh... tetiba aku rasa brutal semacam. kehkehkeh =P


* mungkin Sam Bunkface boleh belajar buat video lagu kreatif macam ni? bukannya belajar baling botol air kat orang je. oppppsss!


04 July 2013

SNSD 7th Japanese Single - Love & Girls

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Hai SONE! dah lama aku tak update pasal SNSD kan. konon busy sangat lettew. kekeke. memandangkan aku dah habis final exam dan dah pun dapat result minggu lepas (alhamdulillah lulus), so boleh lah update balik dengan SNSD. seterusnya, boleh update blog jugak. hewhew~

Well, pada 17 Mei 2013 yang lepas, SNSD ada released MV terbaru dorang sempena musim panas. tapi ini merupakan Japanese Song. konsep MV ni lain daripada MV SNSD sebelum ni. tak pernah-pernah dorang buat MV shooting kat luar studio, tetiba untuk MV Love & Girls, SNSD menggunakan konsep flash mob. so SONE... just enjoy this song =D




Highlight dalam MV ni adalah 'shampoo dance' yang mana dorang gerakkan tangan macam nak syampu rambut tu. secara jujurnya, aku tak faham pun maksud lagu ni. hahaha. cuma lagu dia boleh tahan lah. ada feeling happy-happy sebab summer, dan MV dia pun colourful. tak kisah lah. ni bukannya comeback song SNSD pun. jadi kalau tak best sangat pun takpe. hewhew~

***

Kemudian, pada 5 Jun 2013, Love & Girls Dance Version pulak released. takde beza pun dengan Love & Girls MV. cuma kali ni, semestinya menampilkan tarian semata-mata~




***

Lepas comeback dengan 'I Got A Boy', SNSD sibuk dengan 2nd Japan Arena Tour dari Februari hingga April 2013. sebab tu lah tak banyak update pasal dorang dalam tempoh ni. bermula awal bulan Jun hari tu pulak, SNSD dah start dengan World Tour. tak tau lagi sampai bila World Tour dorang ni. memang sampai ke sudah lah SNSD akan busy.



Oh ye, mengikut perancangan, SNSD akan adakan World Tour kat Malaysia 24 Ogos 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil. pehhhhhh... mesti para SONE excited gila nak tunggu konsert solo SNSD ni. masalahnya, tarikh tu serentak dengan CN Blue World Tour kat Malaysia jugak. haih.... mesti SONE dan BOICE pening kepala tak tau nak pilih yang mana ~,~



Update : CN Blue World Tour kat Malaysia dah pun berjalan dengan jayanya pada 24 Ogos 2013. malangnya, sampai sekarang pun belum ada SNSD World Tour kat Malaysia. tak tau lah bila baru ada -,-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...