29 August 2013

Cara-cara Membuat Riben Untuk Jambangan Bunga/Hamper #Tutorial

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai pengikut setia kurakuraygslow sekalian. ahaks *muntah* =P

Sekarang ni beta dah pun berada kat HUKM. bukannya sebab cengkerang beta pecah sehingga memerlukan rawatan intensif kat hospital. nak melahirkan anak lagi lah... jauhhhh sekali. beta belum kahwin lagi. hikhik. kalau sebelum ni beta meneruskan perjuangan Tahun 1 dan Tahun 2 (pre-klinikal) kat UKM Kuala Lumpur, laa ni... beta dah pun berpindah ke HUKM untuk sesi pembelajaran Tahun 3 sehingga Tahun 5 (klinikal).



So, kalau korang ternampak seorang kura-kura kat HUKM tu, jangan terkejut beruk pulak. itulah beta. ahaks! =P

p/s : tengah praktis buat signature. kot-kot lah ada orang nak mintak autograf *perasan*

***

Orait. seperti tajuk di atas, kali ni aku nak ajar korang tutorial membuat riben untuk jambangan bunga atau hamper. ni layman term lah kiranya. kalau medical florist term dia, riben yang diletakkan kat jambangan bunga atau hamper tu dipanggil pom-pom. sila jangan bayangkan pom-pom girl.



Mungkin ada antara korang yang bergiat aktif dalam persatuan. siap jadi exco cenderamata lagi. so, konfem lah kerja korang ada kena mengena dengan hamper. 

Tapi, dah ada hamper, takkan takde riben. masalahnya, kalau korang tak pandai buat riben sendiri, kena beli riben siap kat kedai lah pulak. harga satu riben siap tu bukannya murah.

Pastu takkan korang nak beli satu je. sekurang-kurangnya dalam lima riben jugak kan. duit persatuan bukannya banyak sangat untuk korang claim balik. pengarah projek pulak mintak korang save budget sikit. haish. macam mana ni???? eotteoke eotteoke??? *sambil letakkan kedua-dua tangan kat bawah dagu dan gelengkan kepala*



Haaaa jangan risau semua! kurakuraygslow ada penyelesaiannya *sambil mendabik dada* =D

***

Sebenarnya, nak buat riben pom-pom bukannya susah sangat. kos nya pun... alahai... ciput gila! kalau dibandingkan kos beli riben pom-pom dah siap dengan kos buat sendiri, memang jauh beza!

Harga satu gulung riben kertas yang standard, paling mahal pun RM2. korang boleh buat berbelas hingga berpuluh riben pom-pom. sedangkan kalau beli yang dah siap, satu riben pom-pom je paling murah RM1. seeeeeeeeee. betapa jimatnya kalau buat sendiri kan =)



Aku belajar buat riben pom-pom ni masa bekerja sebagai florist lepas SPM dulu. hehe. memang tak sia-sia buat part-time job. duit dapat, pengalaman pun dapat. lifelong learning ni! =D

***

So, korang boleh lah tengok video tutorial yang aku dah sediakan kat bawah. oleh kerana suara aku sangat eksklusif, korang kena lah baca dulu step nya satu-persatu, baru tengok video tu. hihi. so, let's start now~

***

Tutorial Riben Pom-Pom (Satu Warna)




Korang hanya perlukan segulung riben kertas dan gunting~


Warna pink mewakili SNSD... ahaks!


Mula-mula~

Step 1

Korang perlukan sedikit bahagian riben sebagai tali untuk ikat pom-pom tu nanti. so, sila gunting riben sepanjang 10-15 cm. bahagikan kepada 4 hingga 5 bahagian. gunting secara memanjang satu bahagian tu. ketepikan sekejap.


Step 2

Buat 8 gulungan riben mengikut saiz 4 jari. pastikan kedudukan hujung gulungan lebih daripada permulaan gulungan tadi. jangan betul-betul ikut kedudukan permulaan gulungan sebab kita nak ikat 8 gulungan ni nanti.

So, tekan sikit kat bahagian tengah. kemudian, lipat bahagian tengah tu. pastikan korang tak usik bahagian yang menggelembung. nanti tak pasal-pasal riben pom-pom korang penyek.

Kemudian, gunting bahagian yang korang dah lipat tadi. jangan gunting sampai habis pulak. pastikan bahagian tengah nya tidak digunting. so, korang kena lah gunting kat bahagian kiri dan kanan lipatan tu.

Sekarang ni, boleh lah korang ikat riben tu menggunakan tali yang korang dah sediakan kat step 1 tadi.


Step 3

Okay. ini adalah optional step. maksudnya kalau korang tak nak buat pun takpe. ada orang suka letak riben tambahan kat pom-pom dorang. ada yang tak suka. 

So, kalau korang nak letak riben tambahan ni... sila lipat dan gunting riben korang sepanjang 10-15 cm. kemudian, gunting pulak bahagian hujungnya supaya jadi bentuk tajam tu. 

Gunting pula bahagian yang dilipat tu macam step 2 tadi. pastikan bahagian tengah tidak digunting.

Kemudian, ikatkan riben tambahan ni kat gulungan riben yang kita dah ikat menggunakan tali tu.


Step 4

Ini adalah bahagian yang paling penting dalam pembuatan riben pom-pom. mungkin korang terfikir, dari step 1 sampai step 3 tadi, tak nampak macam bentuk riben pun. jangan risau. masa ni lah kita nak jadikan dia bentuk riben. hehe.

Ambik satu bahagian riben dulu. start dengan yang paling luar. pegang hujung dia. ingat pesanan aku, jangan sentuh bahagian yang menggelembung tu kalau tak nak riben korang penyek. dengan memegang hujung riben tu, buat pusingan 360 darjah. terpulang lah kat korang nak pusing macam mana pun asalkan bahagian hujung riben tu terpusing sampai habis.

Jangan tukar bahagian riben! teruskan dengan bahagian yang korang dah start tadi. kalau tadi kita bermula dengan gulungan luar, sekarang ni kita ambik gulungan dalam dia pulak. pusing lagi 360 darjah.

Sekarang ambik gulungan luar lagi. pusing 360 darjah. ulang step ni sampai semua gulungan dah dipusing 360 darjah kat bahagian tadi secara berselang-seli (luar dan dalam).

Bila dah habis satu bahagian, baru teruskan dengan bahagian yang satu lagi. ulang step yang sama. kalau korang dah habis pusing 360 darjah kesemua gulungan, kemas-kemas kan lah sikit riben pom-pom korang tu.

Tadaaaa... sekarang ada bentuk riben pom-pom tak? ;-)


Step 5

Ini merupakan step terakhir. dah nak siap dah riben pom-pom kita. kalau korang skip step 3, step 5 ni pun korang boleh skip.

Apa yang korang perlu buat tersangatlah simple. cuma gulungkan bahagian hujung riben tambahan tadi dengan menggunakan gunting =)


Akhirnya....

Siap pun riben pom-pom korang! boleh lah korang ikat riben ni kat hamper atau pun jambangan bunga menggunakan tali dalam step 1 tadi =D


sila klik video di bawah~



oleh kerana Fabric Starch Easy On semakin femes lantaran entri ini, aku dengan berbesar hatinya mempelawa beliau menjadi model untuk tutorial riben aku. keke =P


***


Tutorial Riben Pom-Pom (Dua Warna)




Kali ni korang perlukan dua gulung riben kertas yang berlainan warna dan gunting~


Warna pink masih lagi mewakili SNSD... warna biru pulak mewakili CN Blue... hehe =P


Secara asasnya, cara nak buat riben pom-pom dua warna ni sama je dengan yang satu warna~

Step 1

Sama jugak macam tutorial riben satu warna tadi. korang perlukan sedikit bahagian riben sebagai tali untuk ikat pom-pom tu nanti. suka hati lah nak ikat guna riben warna pink atau biru.


Step 2

Buat 6-7 gulungan riben mengikut saiz 4 jari menggunakan kedua-dua warna riben. pastikan kedudukan hujung gulungan lebih daripada permulaan gulungan tadi. sama je macam tutorial pertama tu.

Tekan sikit kat bahagian tengah. kemudian, lipat bahagian tengah tu dan gunting. pastikan tidak gunting bahagian tengah nya jugak.

Sekarang ni, ikat riben tu menggunakan tali yang korang dah sediakan kat step 1 tadi.


Step 3

Ini pun optional step memandangkan kita nak letak riben tambahan kat pom-pom tadi.

Sila lipat dan gunting kedua-dua warna riben korang sepanjang 10-15 cm. kemudian, gunting pulak bahagian hujungnya supaya jadi bentuk tajam tu. 

Gunting bahagian yang dilipat tu macam step 2 tadi. pastikan bahagian tengah tidak digunting.

Kemudian, ikatkan riben tambahan ni kat gulungan riben yang kita dah ikat menggunakan tali tu.


Step 4

Sama je macam tutorial pertama tadi, ambik satu bahagian riben dulu. start dengan yang paling luar. pegang hujung dia. buat pusingan 360 darjah. selang seli kan dengan gulungan dalam sehingga habis kesemua gulungan. kemas-kemas kan lagi riben pom-pom korang tu.


Step 5

Gulungkan bahagian hujung riben tambahan tadi dengan menggunakan gunting.


Akhirnya....

Riben pom-pom dua warna korang pun dah siap! boleh lah korang tunjuk kat pengarah projek korang nanti =P


sila klik video di bawah~




***

See. senang je kan cara nak buat riben pom-pom ni. tak sampai 5 minit dah siap. so, renung-renungkan dan selamat mencuba =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...