22 March 2014

SNSD Korean Comeback 2014 - Kisah Di Sebalik MV Mr. Mr.

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



Hello SONE! korang tau tak yang SNSD dah released MV untuk lagu terbaru dorang iaitu Mr. Mr. pada 28 Februari 2014 lepas. dan korang tau tak yang aku lambat gila update pasal comeback SNSD kali ni sebab aku busy tengok semua live performance dorang kat music show. haha =D

Dah setahun dua bulan SNSD takde lagu Korea baru lepas I Got A Boy kan. macam biasa, dorang banyak keluarkan lagu Jepun je dalam tempoh masa tu. so, Korean comeback kali ni memang lah sangat dinanti-nantikan oleh semua SONE sejati. ahaks!

***

So, pada 10 Februari 2014, SM Entertainment dah berjaya membuatkan para SONE excited tak hingat pabila menonton Image Teaser Mr. Mr. ni~




Kalau mengikut perancangan asal, MV penuh untuk lagu Mr. Mr. ni sepatutnya released pada 19 Februari 2014. akan tetapi, ada masalah masa editing process sehingga membuatkan ada data yang hilang, seterusnya SNSD tak dapat lah released MV ni mengikut jadual. grrrrrrrrrr~

Aku rasa SM Entertainment tau lah semua SONE marah pasal delayed comeback ni. kitorang dah tak sabar nak tengok SNSD tau tak. bagi meredakan kemarahan para SONE, SM pun keluarkan lah short video mengenai aktiviti harian semua ahli SNSD. baru lah terubat sikit hati ni. hihi =D



Kalau korang nak tengok video-video tu, sila klik link kat bawah ye =)








<Yuri>


***

Lepas dah tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya.... 28 Februari 2014, pukul 10 malam waktu Korea, MV Mr. Mr. pun released! yeay!!!!!!! SONE, let's go~




***

Okay... mungkin korang agak tak puas hati dengan MV lagu ni sebab banyak sangat close-up, sikit je dance part. betul tak? itu jugak lah perasaan aku masa mula-mula tengok MV ni. dah lah banyak close up. banyak effect lagi. tak nampak jelas tau muka ahli SNSD. part yang bagus, lagu Mr. Mr. ni takde problem. memang sangat best pada pendengaran aku. heeeeee =)



Akan tetapi, ketidakpuasan hati aku hilang bila dapat tau yang konsep SNSD kali ni adalah misteri. sebab tu lah MV dia creepy sikit. SNSD dah macam doktor/nurse yang jahat. gaya macam nak bunuh pesakit. hehe.

Doktor/nurse yang jahat? haha!


Hospital setting


Eh, apa kaitan lagu ni dengan hospital setting kan? haaaaa... kalau korang tengok balik lirik lagu Mr. Mr. ni, lelaki tu digambarkan sebagai pemalu dan kurang keyakinan diri. omputih cakap, he has a fragile heart *ececeh*. sebab tu lah doktor SNSD nak bagi jiwa lelaki a.k.a Mr. tu kental sikit. so, dorang pun buat pembedahan jantung ke atas Mr. tu. konon-konon nak ganti jantung dia yang lemah tu lah. sebab tu lah tulisan 'Mr. Mr.' tu ala-ala ECG (electrocardiograph). kreatif betul kan!

ECG sebenar


ECG versi SNSD


Kalau korang perasan, kat permulaan MV ni ada botol calcium chloride yang mana benda ni digunakan untuk rawatan 'cardiac arrest'.



Selain tu, ada jantung versi SNSD jugak. memang creepy gila!

Hai Yuri. main pegang-pegang jantung pulak dia. tapi tak tau lah jantung bling-bling ni boleh berfungsi ke tak dalam badan manusia. keke =P


***

Bila doktor SNSD dah start buat pembedahan ke atas lelaki tu, mestilah pandangan lelaki tu kabur disebabkan kesan ubat bius. haaaaa sebab tu lah MV lagu ni macam kabur-kabur dan tak jelas. video shot lagu ni diambik daripada perspektif lelaki tu. 



Akhirnya... doktor SNSD pun berjaya dalam pembedahan mereka. aku belajar medic dah 3 tahun pun tak boleh bedah orang lagi. SNSD tak belajar pape, tetiba boleh pulak buat heart surgery. hebat gila. haha! =D

Secara kesimpulannya, MV ni ada deep meaning. kalau tengok sekali je, mesti tak faham. kena tengok banyak kali baru faham apa yang nak disampaikan sebenarnya. so, korang dah faham kan sekarang? baguslah kalau dah faham. *berapa banyak faham daa... haha*



***

Korang masih rasa tak puas hati sebab MV ni tak banyak dance part kan. aku tau tu. sebab tu lah aku sabar menunggu stage performance SNSD selama seminggu. kalau tengok stage performance, memang 100% dancing. tu yang aku suka!

MV lagu ni released 28 Februari 2014, tapi 6 Mac 2014 baru lah dorang buat persembahan kat pentas M Countdown (ala-ala Muzik-Muzik kat Malaysia). so, apa kata korang tengok sikit first stage performance dorang =)




Amacam? cool gila kan. manly habis! aku paling suka part Jessica tampar, Tiffany sepak dan Soo Young langkah lelaki tu. untung kot dia. haha! =D

Baru hari pertama comeback, SNSD terus menang tau. dahsyat habis. indeed, they are Girls' Generation ;)



***

Tapi, dalam banyak-banyak stage performance Mr. Mr, aku paling suka yang ni. white outfit, red lipstick, straight hair, red shoes. perfect! =D





***

Memandangkan SNSD dah buat Korean comeback, mestilah banyak variety show yang dorang join. so, sila nantikan list variety show tu kat sini =)

Till then SONE, annyeong~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...