05 August 2014

Happy 7th Anniversary SNSD!

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



Setelah 7 tahun menempuh segala ranjau dan duri, SNSD masih kekal bersama hingga ke hari ni! amat jarang untuk mana-mana girls group bertahan sampai 7 tahun tau. proud to be SONE ;')

So, hari ni aku akan story sikit pasal perjalanan life SNSD dari Ogos 2013 sampai laaaa ni. sila lah klik link kat bawah kalau nak tau cerita pasal anniversary SNSD yang ke-empat, lima dan enam =)




***

So, SONE... let's go~


Japanese Single - Galaxy Supernova - September 2013



Kalau korang suka tengok SNSD pakai colourful jeans dalam MV Gee dan Dancing Queen, MV Galaxy Supernova ni memang hadiah lah untuk korang. kali ni, SNSD jadi duta Samantha Thavasa Jeans. sebab tu lah dorang duk tayang-tayang jeans tu sambil menari. hehe. sila lah tengok MV Galaxy Supernova ni yang akan membuatkan korang pun rasa nak menari sama =)

***


Japanese Single - My Oh My - November 2013



Katanya, SNSD released MV untuk lagu My Oh My ni lebih awal daripada yang sepatutnya sebab dorang dah menang kat YouTube Music Awards (YTMA). pehhhhhh. SNSD berjaya kalahkan calon-calon lain yang bukan calang-calang pulak tu. terer tak terer SNSD kita. hihi. so, kalau korang rasa rindu nak tengok SNSD main percussion macam dalam MV Girls' Generation dulu, sila lah klik sini =D

***


Third Japanese Album - Love & Peace - Disember 2013



Kali terakhir SNSD keluarkan Japanese album adalah pada November 2012. so, setelah setahun berlalu... kali ni jom lah kita download Japanese album ketiga SNSD ni pulak. hihihi. macam biasa, dalam album tu mestilah ada lagu-lagu yang dah released lebih awal dalam bentuk single macam Galaxy Supernova dan My Oh My. selain tu, lagu Beep Beep yang MV nya tak pernah habis tu pun ada jugak. sebagai bonus, ada tambahan 9 lagi lagu baru lain dalam album tu ;)

***


Fourth Korean Mini Album - Mr.Mr. - Februari 2014



Yeay! setelah setahun menunggu Korean Comeback SNSD selepas I Got A Boy, akhirnya dorang kembali dengan Mr.Mr.! tapi, SM Entertainment ni memang tak bagi peluang langsung kat SONE untuk senang-hati-riang-gumbira sementara menunggu MV terbaru SNSD. boleh pulak dorang cakap ada data yang hilang masa editing process. grrrrrrrrrr. tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya MV Mr.Mr. pun released! weeeeeee. konsep MV lagu ni unik sikit. takde dah dancing-dancing in a box macam MV SNSD yang lain. kalau korang nak tau apa yang uniknya, sila lah klik link ni untuk baca penerangan aku pasal MV Mr.Mr. hehe xD

***

Japanese Album - Girls' Generation's The Best - Julai 2014



Memandangkan nama SNSD dah established kat Jepun, so dorang pun keluarkan album yang memuatkan kompilasi lagu-lagu hits SNSD dari mula debut kat Jepun sampai lah sekarang. tapi kesemua 18 lagu memang lagu Jepun lah. selain daripada Genie, Gee dan sebagainya... ada dua lagu lain yang dimuatkan dalam album ni iaitu Mr.Mr. Japanese Version dan jugak lagu baru SNSD yang bertajuk Indestructible =)

***

Okay. habis dah cerita pasal karier SNSD selama 7 tahun bertapak dalam industri hiburan Korea dan Jepun. hihi. harap-harap, dorang akan bertahan selama-lamanya. jangan hampakan SONE pleaseeeeee~


7 years and still counting =D


Selain daripada cerita pasal MV dan comeback SNSD, sebagai girls group yang paling femes kat Korea... tentu sekali SNSD tak terlepas daripada menjadi buruan paparazzi. semua orang sibuk nak tau, dengan sape ahli-ahli SNSD ni ber'dating' *termasuklah aku... keke*. 

So, pada Januari 2014... SONE dikejutkan dengan berita YoonA ber'dating' dengan lelaki yang memang suka dia sejak tahun 2009 iaitu Lee Seung Gi!!!! sebagai YoonAddict... aku tersangatlah gembira dengan berita ni sebab Lee Seung Gi tu nampak baik. hihi. so, Lee Seung Gi oppa... please take care of our precious YoonA well ya =D

Belum habis lagi terkejut dengan berita YoonA ber'dating', dua hari selepas tu... Soo Young pulak confirm ber'dating' dengan Jung Kyung Ho! kemudian, empat bulan selepas tu... keluar pulak berita Tiffany ber'dating' dengan Nichkhun. dua bulan kemudian, Taeyeon pulak confirm ber'dating' dengan Baek Hyun. aigoooooo. our babies are grown up ^^

Secara jujurnya, aku tak kisah langsung SNSD nak dating dengan sape. suka hati dorang lah kan. dorang pun ada life masing-masing jugak. bukan nak ikut telunjuk peminat je. lagipun, boleh dikatakan semua ahli SNSD dah lepas umur 25 tahun. so, normal lah kalau dorang ada plan nak kahwin kan. *mood tak sabar nak dengar berita wedding SNSD pulak*. hee =D



click here

***

So SONE, let's remember this chant together. right now it's SNSD, from now on it's SNSD, forever SNSD!!! 


Debut and Now


1 comment:

across the horizon said...

hye sis. saya ada tulis satu entri related to your blog. jemput baca.


http://fatinsyamirar.blogspot.com/2014/08/terinspirasi-dengan-kurakuraygslow.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...