06 January 2015

Journey to Korea - Day 5 (Cheonggyecheon Stream & Gwanghwamun Square)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...


Khamis - 30 Januari 2014

Dari Namsan Tower, kita pergi pula ke Cheonggyecheon Stream =)

Stream ni ada sejarahnya yang tersendiri. dulu dia kotor dan tak terurus pun. lepas tu, kerajaan Korea baik pulih... seterusnya jadi stream yang sangat cantik dan femes sebagai tempat tumpuan pelancong. stream ni sangat panjang. bersambung ke Han River. lalu lah semua bangunan-bangunan femes lain kat Korea ni.



Cheonggyecheon Stream =)



Kalau korang pergi melawat stream ni waktu malam lagi cantik sebab banyak lampu. tapi, kena prepare bawak baju sejuk awal-awal lah sebab sejuk dia memang tak boleh blah. aku pergi waktu siang pun dah menggigil yang amat kat tepi stream tu -,-



Boleh nampak view bandar Seoul =D






Waterfall =D






Ada 'wishing well'. ramai lah orang yang campak syiling kat dalam tu. Sophie cakap, kalau dah takde duit untuk shopping, boleh masuk dalam air, kutip semua syiling tu. asalkan tak tertangkap dengan guard sudah lah. keke =P



Banyaknya syiling O.o



Macam yang aku cakap awal-awal tadi, Cheonggyecheon Stream ni sangat panjang. tapi takdelah aku pergi berjalan sampai ke hujung pun. jalan sikit je pastu patah balik. sejukkkkk tak tahan.

So, dari Cheonggyecheon Stream, kitorang berjalan kaki pulak ke Gwanghwamun Square. dekat je dua tempat ni. Gwanghwamun Square merupakan pusat bandar Seoul. juga merupakan tempat shooting episod akhir drama 'Iris'. aku dah berjaya membuatkan Rifqah jeles sebab dah pernah pergi tempat Lee Byung-Hun berlakon. *walaupun aku tak minat pun Lee Byung-Hun... keke*



Gwanghwamun Square =D



Minta maaf. tempat ni bukan mall. sepanjang jalan raya ni dipanggil Gwanghwamun =)






Dari jauh dah nampak kelibat tugu Admiral Yi Sun-Sin



Admiral Yi Sun-Sin. kalau tak silap, dia ni berjasa masa perang Korea-Jepun



Belakang tugu Admiral Yi Sun-Sin, ada tugu King Sejong. dia ni pengasas tulisan Korea (Hangul)



Buat peminat Running Man, ingat tak dorang ada shooting kat sini untuk Episod 86



Running Man main boling kat depan tugu King Sejong



Selain tu, EXO pun pernah shooting kat sini untuk EXO Showtime Episod 7. tempat dorang berkumpul sebelum pergi Namsan Tower =D



Family aku pun tak ketinggalan untuk bergambar depan tugu King Sejong =D



Tanda dah pergi Gwanghwamun Square. hee~



Kat sini ada muzium King Sejong. free je kalau nak masuk. untuk sape-sape yang teringin nak mengenali sejarah Korea boleh lah kot. hehehe.

Dah habis jalan-jalan kat sekitar Gwanghwamun Square, kitorang naik bas semula untuk pergi ke Myeongdong pulak. tak sah kalau pergi Korea tapi tak pergi Myeongdong tau. ni lah tempat shopping paling femes kat Korea =D

To be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...