04 January 2015

Journey to Korea - Day 5 (Namsan Tower)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Khamis - 30 Januari 2014

Akhirnya sampai juga kami ke Namsan Tower dari Itaewon! nama baru dia ialah N Seoul Tower. tapi biasanya orang tetap panggil Namsan Tower =D







Aku memang teringin sangat nak pergi Namsan Tower sebab kat tempat ni ada love padlocks. hihi. selalunya lovers yang datang sini akan tulis wish kat padlock sama-sama, then dorang kunci padlock tu dan buang kunci dia jauh-jauh. konon cinta dorang akan berkekalan selama-lamanya lah. ala-ala kau kunci cintaku dalam hatimu di Namsan Tower lah kiranya. lulz~

Memandangkan Namsan Tower terletak kat atas bukit, ada dua pilihan untuk naik ke sini kalau korang travel sendiri.

Pilihan pertama, jalan kaki. yup jalan kaki mendaki bukit. entah tercabut kat mana lah kaki korang tu nanti. haha. aku tengok rileks je ajumma Korea daki bukit.

Bagi sesiapa yang tak suka mendaki, korang boleh naik cable car. tapi kena bayar lah. aku kan ikut travel agency. so, aku naik bas sampai ke atas. hehe =D



EXO pun ada pergi Namsan Tower dalam EXO Showtime Episod 7. sebab tu lah aku nak sangat pergi sini. hihi. mana tau terjumpa padlock EXO =D



Bas berhenti kat satu tempat. nak ke Namsan Tower tetap kena jalan kaki dalam 300 meter lagi



Mendaki bukit. tapi tak terasa penat pun sebab cuaca sejuk dan view sangat cantik =)






Mak aku dah kepenatan. jadi aku dan adik perempuan aku terpaksa mengheret mak ke atas. kekeke =P
(perasan tak trench coat baru tu? hewhew)



Yezza dah sampai ke Namsan Tower! =D
Kalau nak pergi menara tinjau, kena beli tiket. tapi aku malas nak pergi menara tinjau tu. perasan tak kat atas tu ada banyak padlocks? xD



Love benches and padlocks =D
Berdepan je dengan kaunter tiket. bench tu memang bengkok kat tengah supaya lovers akan sentiasa rapat to each other. gitewwww =P



Banyak love padlocks =D



Hiks~



Waiting for my another half~



Dah puas bergambar kat bawah, kita naik ke atas pulak. ni lah tempat yang boleh nampak dari kaunter tiket tadi =)






Full of love padlocks~



View dari Namsan Tower =D



Love bench ni sangat menarik perhatian aku =)



Sebab EXO ada bergambar kat sini. ngee~






Ni semua peminat yang conteng atas love bench tu



Kat sini lah tempat EXO pasang padlock dorang



Puas cari tapi tak jumpa pun -,-



Kat sini pun orang ada gantung padlocks






Saranghaeyo =D



Dah puas kagum dengan semua love padlocks yang ada, kini tibalah masanya untuk turun ke bawah semula. aku langsung takde pasang padlock pun sebab takde bawak padlock dari Malaysia. nak beli kat Namsan Tower ni mahal kot. pastu nanti tinggal kat sini. sayang. hee~



View masa nak jalan balik









Dah lah Namsan Tower ni tempat lovers. saja je nak buat orang jeles mak ayah ni. keke =P



"Disebabkan kita takde lovers, meh lah kita bergambar sweet sama-sama", kata adikku



Guess what I've found on the way back >.<



Aku tengok ramai orang vandalisme kat sini. aku pun join sekaki. tapi takde bawak marker pen. so, try lah conteng guna ballpen. baru sekerat jalan menulis, dakwat pen beku sebab sejuk sangat -,-



Bila dah sampai bus stop, naik bas semula untuk menuju ke Cheonggyecheon Stream dan Gwanghwamun Square. annyeong Namsan Tower! semoga kita bertemu lagi lain kali. kononnya simpan impian nak pergi sini dengan husband. nak pasang padlock sama-sama. bolehhh??? keke =P


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...