09 January 2015

Journey to Korea - Day 6 (Annyeong Korea!)

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Jumaat - 31 Januari 2014

Hari ni merupakan Chinese New Year kat Korea. juga kat Malaysia. dan kini, tibalah masanya untuk aku ucapkan selamat tinggal kat Korea =(







Flight balik ke Malaysia pukul 11 pagi, jadi seawal 6.00 pagi kitorang dah check-out hotel. sebelum pergi ke Incheon International Airport, kitorang singgah kat satu mall yang aku tak tau namanya untuk solat Subuh dan breakfast.

Kat restoran tu ada bilik rehat lelaki dan perempuan. jadi, kitorang jadikan bilik tu surau sekejap. lepas solat, terus pergi makan.




Kata Sophie kitorang akan makan Japanese food untuk breakfast. nampak macam udon. rasa pun macam udon *mee tenggelam kat bawah... hee*



Lepas makan, jalan-jalan sekejap kat mall tu untuk last minute shopping. barang-barang belian kitorang semua dia terus letak dalam kotak untuk masuk kargo. sebab masing-masing dah kemas luggage kan. mestilah malas nak punggah semula.

Habis je shopping, kini tibalah masanya untuk bertolak ke airport. annyeong Seoul =(



Sayu je bila tengok boarding pass ni >.<



Lagi sayu bila tengok kapal terbang. huhu. *padahal naik MAS, tapi saja je nak ambik gambar Korean Air... hee*



Lepas 6 jam dalam flight, aku dah mula nampak hijau-hijau kat bawah. huwaaaaa nampak pokok sawit. maksudnya dah sampai Malaysia -,-

Sampai KLIA, ambik luggage, naik kereta, balik rumah dan teruskan hidup sebagai rakyat Malaysia seperti biasa. haha! *ingatkan dapat lah pakwe Korea sorang. tapi tak dapat pulak =P*


***


So, buat korang yang teringin nak pergi Korea waktu winter, aku nasihatkan prepare lah baju sejuk sehelai. kalau korang tak pernah pergi luar negara *macam aku*, dan tak pernah ada baju sejuk, aku sarankan korang beli je baju sejuk yang berpatutan harga dia.

Faham... baju sejuk semua mahal. budget constraint kan. so aku beli baju sejuk kat Uniqlo je. harga dalam RM100++. tak ingat dah harga sebenar. hehe =D



Ni lah baju sejuk tu. memang tak stailo sangat, asalkan aku tak mati kesejukan sudah =)



Aku dan adik perempuan aku memang suka beli baju yang sama design. kaler je lain. hee~



Dah sampai Korea, barulah cari lagi sehelai baju sejuk. harga baju sejuk kat Korea lebih murah dari kat Malaysia tau. trench coat macam ni mau sampai RM400 kat Malaysia. tapi aku beli RM210 je kat Korea =)



Sekali lagi, kitorang memang suka baju design sama. hee~



***

Dah habis part baju sejuk, laa ni aku nak habaq mai sikit pengalaman sebagai pelancong yang ikut travel agency. secara jujurnya, aku rasa buat orang-orang muda yang gagah perkasa, better pergi sendiri kot. 

Kalau pergi sendiri lagi best sebab korang memang akan pergi tempat yang korang suka. cuma kena plan awal-awal lah. dan kena bawak bekalan makanan banyak-banyak dari Malaysia sebab makanan halal kat Itaewon mahal. dan transport semua memang kena naik train. sebab tu lah perlukan tenaga yang kuat. train station kat Korea semuanya bertangga-tangga Batu Caves sangat >.<

Tapi, kalau korang pergi ikut tour package, takyah risau pasal transport sebab konfem akan naik bas. tak perlu plan tempat awal-awal pun. dan tak perlu susah-payah cuba tanya arah kat orang Korea yang rata-ratanya tak pandai English. tour guide korang kan ada. lagi satu, part makan, memang langsung takyah risau =)

Pape pun, setiap keputusan tu ada baik buruknya yang tersendiri. tak kisah lah korang nak pergi sendiri ke, nak ikut tour package ke... asalkan korang enjoy melancong. lagi-lagi buat orang yang jarang melancong macam aku. hehe =D



Souvenir dari travel agency =)



Asyik cerita pasal tempat shopping je kan sebelum ni. tapi takde pun share aku beli apa bawak balik Malaysia. keke. so, meh lah aku share sikit apa yang aku beli kat Korea~




Ni kawan aku yang order. semuanya EXO merchandise. ada yang beli kat Dongdaemun, dan ada yang beli kat Myeongdong~

Calendar - 8,000 KRW (RM24)
Mouse Pad - 3,000 KRW (RM9)
Post Card Set - 8,000 KRW (RM24)
Keychain - 8,000 KRW (RM24)
Sticky Note - 2,000 KRW (RM6)



Aku beli kasut ni kat Myeongdong. harga dia 9,000 KRW (RM27)



Stokin YoonA beli kat Dongdaemun... 2,000 KRW (RM6), 
stokin Baek Hyun beli kat Myeongdong... 1,500 KRW (RM4.50)



EXO merchandise untuk diri sendiri. beli kat Dongdaemun dan Myeongdong~

EXO Diary - 12,000 KRW (RM36)
Post Card Set - 8,000 KRW (RM24)
Sticky Note - 2,000 KRW (RM6)



Disebabkan beli banyak barang kat Myeongdong, ahjussi tu bagi poster EXO free =D



Buat yang tertanya-tanya sticky note tu macam mana dalamnya, macam ni lah~



Siap beli album EXO - Growl lagi kat Myeongdong. hehe. harga dia 20,000 KRW (RM60)



Dapat poster free lagi =D



Selain daripada barang-barang kat atas ni, aku ada jugak beli t-shirt, keychain, pen dan apa entah lagi dah tak ingat. hehe. kebanyakannya nak buat souvenir. beli kat Dongdaemun. boleh dikatakan jumlah aku shopping lebih kurang 160,000 KRW (RM480).

Tak banyak pun aku shopping sebab tujuan utama pergi Korea nak melancong. maklumlah... impian sejak sekolah menengah. hehe =D

Okay uollllsssss. sampai sini jelah cerita Travelogue Korea 2014 (Winter) aku. insyaAllah kalau ada rezeki nak pergi lagi. hihi. tapi kali ni nak pergi backpacker style =D






Last but not least~




Boleh??? bhahahahaha =P


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...