28 May 2015

#2ndtriptokorea - Day 6 (Gwanghwamun Square, Cheonggyecheon Stream & Gyeongbokgung Palace) #backpackers

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Pada hari ke-5, kami dah puas bercanda kat banyak tempat. tetiba sudah masuk hari ke-6. huwaaaa esok dah last day. tak nak balik Malaysia boleh? nak stay sini je. takde ke mana-mana oppa nak kahwin dengan saya supaya saya boleh terus stay kat sini? ahaks! =P

***

Jumaat - 20 Februari 2015


We will meet you later, King Sejong!


Kalau diikutkan, aku plan untuk ke Gwanghwamun Square dan Cheonggyecheon Stream malam nanti. setahun lepas aku dah ke sini pada waktu siang *sila klik sini untuk baca*. jadi, adalah lebih afdal untuk aku menikmati suasana malam pulak sebab malam lebih cantik... banyak lampu.

Tapi, ziha prefer untuk ke sini pada siang hari. memandangkan aku merupakan tour guide yang mengamalkan sikap toleransi yang sangat tinggi, aku terima je permintaan ziha tu. customers always right kan *eh tetiba*. sebagai tanda penghargaan, aku tambah lagi satu destinasi yang takde dalam plan asal iaitu Gyeongbokgung Palace. ketiga-tiga tempat ni tersangatlah dekat. macam rugi je kalau tak pergi kan?

Seperti biasa, bangun pagi-gosok gigi-cuci muka-solat subuh *sila baca dalam nada menyanyi*. lepas tu, tidur semula. haha. biasalah... makin lama kami kat Korea, makin lambat lah kami bersiap untuk keluar berjalan. gitu-gini-gitu-gini, pukul 10.00 pagi jugak lah baru kitorang keluar dari guesthouse tu. hari ni breakfast biskut je. takde selera nak makan sebab esok dah kena balik Malaysia *konon* =P

***

Haaa hari tu masa Day 1, kitorang cuma preload T-Money KRW20,000 je kan. rasa macam dah banyak sangat jalan. takut tak cukup pulak. jadi, kitorang decide untuk topup lagi KRW6,000 (RM18). cukuplah untuk dua hari yang terakhir ni. huhu.

Cara untuk topup T-Money ni senang je. korang hanya perlu pergi ke mana-mana 7-Eleven atau GS25, pergi ke kaunter, cakap nak topup, bagi duit, then settle. memandangkan kat depan guesthouse kitorang ada kedua-dua mart tersebut, kitorang pilih GS25. takde sebab istimewa pun pilih GS25 tu sebenarnya. hehe.

Aku cakap nak topup T-Money dalam English. tapi ofkos lah cashier tu tak faham. so, aku keluarkan T-Money card, keluarkan duit KRW6,000, tunjuk isyarat tangan sikit barulah dia faham. sekejap gila proses topup tu. kurang dari seminit. tengok balance dalam T-Money dah ada KRW8,100. jadi, marilah kita teruskan perjalanan!

Subway route dari Myeongdong Station ke Gwanghwamun Station adalah~



1. Dari LINE 4 Myeongdong Station (Danggogye bound), transfer kat Chungmuro Station
2. Kemudian, tukar ke LINE 3 menuju ke Jongno 3(sam)-ga Station (Daehwa bound)
3. Lepas tu, tukar ke LINE 5 menuju ke Gwanghwamun Station (Banghwa bound)


Kat Gwanghwamun Station tu, korang keluar ikut EXIT 5. kemudian, akan nampak lah tugu ini~




King Sejong telah lama menunggu kedatangan anda. sampai beliau dah keras kejung kat sini akibat kesejukan melampau. haha. untuk pengetahuan korang, King Sejong merupakan pengasas tulisan Korea (hangul). tanpa dia, Korea akan terus menggunakan hanja (sistem tulisan daripada China) yang semestinya lebih susah daripada hangul.

Nasib baik kau wujud King Sejong. kalau tak, tak reti aku nak faham tulisan Korea yang lama (hanja). mulia sungguh hati kau sebab cipta hangul yang senang difahami tu. haha!

Kat depan tugu King Sejong ni pulak, ada tugu Admiral Yi Sun-Sin yang berjasa masa perang Korea-Jepun.


Kita tengok back view dulu ye. hehe =D


Selepas keluar dari Exit 5 tersebut, kitorang meneruskan perjalanan untuk bergambar dengan tugu King Sejong secara dekat.


 Tak tau kenapa ada segmen mengenang Korean War. mungkin sebab semalam Seollal kot? nak kata Independence Day Korea lambat lagi.
15 Ogos nanti


Dia ni duta keamanan masa Korean War dulu


 Okay dah sampai kat tugu King Sejong. nah ittew lanje selfie cikit
(baca: nah kita belanja selfie sikit)


 Dah katanya dia ni pengasas hangul, mestilah ada hangul kat depan tugu tersebut


 Berlatarbelakang kan tulisan SEJONG DAE WANG
(King Sejong the Great)


 Ada banyak benda bersejarah kat sekitar tugu King Sejong. antaranya jam matahari ni (entah betul ke tidak)


Pebenda entah ni. aku bukan reti sangat bab-bab sejarah. hihi


Kat seberang jalan ada muzium King Sejong. sape yang nak tau pasal sejarah Korea tu boleh lah masuk


Entrance fee nya FREE je. tapi aku tak masuk pun. sejarah Malaysia pun ke laut ada hati nak tau pasal sejarah Korea. hahaha =P


 Sebelum kami beredar ke tugu Yi Sun-Sin, haruslah bergambar dulu


Tahun lepas pun dah bergambar cenggini. hiks!


 Daring betul pose kau, ziha!


Dia tidak ketinggalan!


Kemudian, kitorang pun berjalan menuju ke tugu Yi Sun-Sin.


Dari jauh boleh nampak Gwanghwamun Gate (pintu Gyeongbokgung Palace) kat belakang tugu King Sejong


 Finally, front view of tugu Yi Sun-Sin! adik aku cakap, mata Yi Sun-Sin tu macam tengah pandang kitorang


Bila ambik gambar kat sudut lain pun mata dia masih memandang. dah macam Mona Lisa pulak


Tugu Yi Sun-Sin yang penuh misteri nusantara


OMG scary kot! jom lariiiiiiiiii


Kini, tibalah masanya untuk ke Cheonggyecheon Stream. tempat tu merupakan terusan yang menjadi tumpuan pelancong ekoran airnya yang sangat jernih. stream tu panjang gila. entah berapa kilometer entah. aku tau landmark untuk ke Cheonggyecheon Stream dari Gwanghwamun Square adalah satu sculpture berbentuk cengkerang siput. tapi, tak nampak pulak sculpture tu dari tugu Yi Sun-Sin. so, better tanya arah kat memana polis yang ada kat sini. bak kata pepatah... malu bertanya, sesat jalan. hiks!


 Masa ni ada pameran mengenang tragedi feri Sewol yang karam pada April 2014. ramai polis berlegar-legar kat sekitar Gwanghwamun Square sebab lokasinya dekat dengan Gyeongbokgung Palace


Muda remaja sangat muka polis ni uollllsss. aku tengok macam muka budak sekolah je. ni polis ke kadet polis?


 Selepas kadet polis tu tunjuk arah untuk ke Cheonggyecheon Stream, kitorang pun ikut jelah. bila dah melintas jalan, baru perasan kewujudan sculpture cengkerang siput tu


 Kat depan cengkerang siput tu ada permainan tradisional Korea pulak. adik aku pun sibuk nak tunjuk skills


Masa ni self-esteem dia tinggi sikit selepas berjaya memasukkan beberapa anak panah ke dalam tong sampah tu
(yang ada arrow merah tu lah sculpture tersebut)


 Akhirnya, kami pun tiba di Cheonggyecheon Stream!!!


Waterfall yang mendamaikan walaupun airnya sejuk nak mampus
(yang ada arrow merah tu sculpture cengkerang siput tersebut. memang dekat je kan dengan tempat ni)


Boleh menghayati pemandangan bandaraya Seoul kat sini =)


 Ada banyak sangat jambatan sepanjang stream ni. takde lah aku nak ingat semua. keke =P


Pabila terjumpa 'wishing well', aku pun bagitau ziha... dia boleh buat hajat dengan cara mencampakkan duit ke dalam 'well' tersebut. ziha ni pulak gelojoh. nak hajat dia cepat dimakbulkan, so dia pun keluarkan not KRW50,000 (RM150). tak main ah setakat syiling 100 won (30 sen).
apa barangggg!


Bersungguh-sungguh betul. hajat nak kahwin dengan orang Korea ke hape?


Tetiba dia berat hati nak campak not KRW50,000 tu. sebab tu lah dia tak dapat pakwe Korea kat sini. hahaha =P


*aku gurau je part berhajat tu. tak perlu lah nak campak-campak syiling segala. kita kan muslim. berdoa tadah tangan mintak kat Allah lagi bagus =D


Kemudian, kitorang pun jalan-jalan sepanjang stream ni. takdelah berjalan jauh sangat pun. penat dan sejuk. hehe.








Okay lah uolllls. nak berpatah balik ke arah Gwanghwamun Square sebab nak ke Gyeongbokgung Palace =)


Aku dah pernah ke Gyeongbokgung Palace setahun lepas *sila klik sini untuk baca*. berdasarkan pengalaman aku, takde lah best mana pun tempat tu. ianya cuma istana Korea yang dibangunkan semula bagi tujuan pelancongan. yang unik pasal tempat tu hanyalah... rekaan bumbung setiap bangunan menggunakan unsur-unsur naga. mengikut kepercayaan mereka, naga tu lah yang akan jaga bangunan tersebut.

Sebab tu aku tak masukkan Gyeongbokgung Palace dalam plan kali ni. nak masuk dah lah kena bayar KRW3,000 (RM9) per person. nak beratur beli tiket yang azab sebenarnya. tapi, demi ahli trip ku yang tercinta... meh lah kita pergi juga ke istana Korea ni. hihi =D

Opening hours from 9.00 am to 5.00 pm. closed on Tuesday. kalau korang nak terus pergi ke Gyeongbokgung Palace tanpa melalui Gwanghwamun Square, sila berhenti kat Gwanghwamun Station (Line 5) Exit 2 atau Gyeongbokgung Station (Line 3) Exit 5.


Ada ramai guard kat depan pintu istana ni. kalau bernasib baik, boleh lah tengok The Royal Guard-Changing Ceremony


Ziha sibuk nak bergambar dengan guard yang sorang ni. tapi, korang faham-faham jelah. ziha tu memang hyperactive sikit. tak reti duduk diam. hampir-hampir jari dia singgah ke dalam lubang hidung guard tersebut. kan dah kena marah! hahaha =P


Lepas dah kena marah, baru behave sikit. keke =P


Dah ambik gambar dengan guard yang garang, kitorang pun masuk ke Gyeongbokgung Palace. pastu tengok queue untuk membeli tiket punyalah panjang tak ingat! terus kitorang cancel plan untuk menjelajah istana Korea ni. ronda-ronda kat open area je cukuplah kot. hihi =D


Tak dapat masuk Gyeongbokgung Palace pun takpelah labu. gate ni je yang femes sebenarnya. so, jom ambik gambar bebanyak kat sini!


Adik aku ni, kalau boleh semua tempat dia nak poyo-poyo ber'black belt'. tengok, pakcik kat belakang tu dah pandang semacam je. haha!


Okay. Gyeongbokgung Palace checked! *padahal sampai gate dia je. LOL*


Kemudian, kami pun berpatah balik ke arah Gwanghwamun Station Exit 5 untuk ke destinasi yang seterusnya =)


Centre of Seoul =D


Next destination ---> Gangnam! nak bajet orang kaya sikit. hihi =P


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...