26 June 2015

BERJIMAT ATAU BERBELANJA? : Tips Menyimpan Duit

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



Hello pencinta $$$ sekalian. ahaks! =P

Kebanyakan student IPT sekarang ni suka benar nak travel ala-ala backpackers. dah macam trend 2015 lah kiranya. sape tak pernah travel dia hijau!!! bhahahahaha =P

Errkkk tak elok bergurau cenggitu dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. padahal aku pun tergolong dalam kategori sibuk nak travel tu. hiks! okayyyy marilah kita masuk ke topik yang sebenar atas nota yang serius (on a serious note).

***

Apa yang aku perhatikan, sekarang ni... ramai benar yang share cara simpan duit untuk kahwin, travel, beli rumah, beli kereta dan sebagainya. memang macam-macam cara sangat. ada yang guna konsep simpan duit ikut warna lah, simpan duit ikut hari lah, simpan duit dalam balang lah, curi duit orang lah... eh yang tu tak.




Ada jugak yang cakap simpan duit dah tak relevan sebab mata wang semakin jatuh. better simpan emas. pape jelah labu. duit kau, bukan duit aku. emas kau, bukan emas aku. hihi.

Ramai jugak yang persoalkan kemampuan aku untuk travel walaupun masih belajar. yelah... pergi Korea dah dua kali. dah lah kos untuk travel ke Korea tu mahal yang amat. ayah aku kerja kerajaan je. mak aku pulak tak kerja. family aku bukan kaya pun. duduk pun kat rumah kuarters je. takde lah sampai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. cuma kitorang tak mewah. hidup sederhana setiap masa.

Then, tetiba kitorang mampu pulak ke Korea. manalah orang tak mengata kan? tulah... orang suruh simpan duit kau berjoli sakan. bila orang lain mampu melancong, kau panas dah kenapa? hahahaha!




Secara jujurnya, aku tak layak pun nak share dengan korang semua mengenai cara-cara menyimpan duit. umur pun baru 23 uolllsss. bak kata orang tua-tua, masih berhingus lagi tapi ada hati nak mengajar orang. hak tuiiihhh =P

Akan tetapi, memandangkan aku mampu lah jugak mempunyai sedikit simpanan untuk masa depan dalam umur 23 tahun ni, rasa macam nak share jugak. lagi-lagi pabila mengetahui kebanyakan pembaca blog ni terdiri daripada kalangan pelajar sekolah menengah dan IPT. seelok-eloknya, sikap suka menabung ni dah dipraktikkan sejak kecil lagi. tapi, andai kata korang tak pernah menabung... penting tau korang start dari sekarang untuk simpanan masa depan. jangan jadi muflis di kemudian hari.




***

So, berikut merupakan tips menyimpan duit atau menabung yang aku dah praktikkan sejak dulu lagi~


1. Aku mula menabung sejak sekolah rendah - simpan duit kat akaun bank mak

First of all, aku bersyukur kerana dikurniakan ibu bapa yang amat mementingkan pendidikan anak-anak. walaupun mak dan ayah aku belajar sampai SPM je, dorang seboleh-bolehnya nak kitorang empat beradik berjaya hingga ke tahap yang tertinggi. oleh sebab itu, mak dan ayah aku menggalakkan kitorang menabung sejak kecil. kalau takde duit, camne nak sambung belajar kan.

Aku ingat lagi kitorang ada tabung memasing. masa tu tabung KFC femes gila. semua orang excited nak simpan duit dalam tu sebab asal masukkan duit je, ada muzik iringan bersama kecingan syiling yang baru dimasukkan tersebut. kekeke. pastu kitorang empat beradik bergaduh ke camne, tabung tu terjatuh dan pecah. hahahaha menangis!


(sumber carian : google)


Aku start simpan duit pabila dah masuk darjah 1. masa tu kan kita start dapat duit belanja sekolah daripada ayah. mak ayah dah ajar awal-awal, beli apa yang patut je kat sekolah. duit baki tu simpan dalam tabung. then, pabila dah kenal erti duit raya... semua duit raya yang aku dapat, aku akan simpan dalam tabung jugak. masa tu takde lah dapat banyak sangat macam budak-budak zaman sekarang. sebuah rumah dapat 20 sen je. okay lah tu daripada takde. daripada 20 sen sebuah rumah tu lah aku start menabung. bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit =)

Pastu bila dah habis UPSR, aku dapat banyak lagi duit sebab dapat 5A. hihi. sedara-mara bagi duit, sekolah bagi duit, mak ayah pun bagi duit sebagai galakan... so duit tabungan aku makin banyak. kecik-kecik pun dah jadi mata duitan uollllsss. hahaha. disebabkan duit aku dah makin banyak, tabung pun semakin penuh, jadi mak aku pun simpankan duit tabung tersebut ke dalam akaun ASB dia. umur belum cukup nak buat akaun ASB sendiri. so, menumpang akaun mak. nasib baik mak amanah. tak songlap duit aku tu. haha!


Budak-budak kecik memang mudah terpedaya dengan tabung kiut-miut macam ni termasuklah aku


Haaaa itu cite zaman sekolah rendah. zaman duit tabungan tak banyak sangat. janji ada. masa tu pun hidup ni mak ayah sponsor 100%. takyah pening-pening pikir masalah duit. pergi sekolah dapat duit belanja. baju sekolah kasut sekolah semua ayah yang belikan. antara nak-tak-nak je pasal menabung tu. aku terkejut jugak bila dapat tau, ada antara kawan-kawan aku yang tak pernah menabung dari kecik. aku tak nak komen lah pasal tu. mungkin itu cara didikan ibu bapa dorang. yang penting, aku bersyukur dengan cara didikan ibu bapa aku. lebiuuuuuollllssss mmuaaaahhhhh!


2. Ayah bukak akaun SSPN untuk adik beradik aku masa kitorang sekolah menengah - persediaan pinjaman PTPTN

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan memohon pinjaman PTPTN masa kat IPT nanti. senang cite, semua orang yang nak mohon PTPTN perlu ada simpanan minima dalam akaun SSPN tu. kalau takde simpanan minima tersebut, korang tak boleh mohon PTPTN. ni semua sebab ramai sangat yang culas nak bayar balik PTPTN lah ni.

Memandangkan jarak umur antara aku, abang aku dan adik lelaki aku tersangatlah dekat, jadi ayah ambik langkah awal dengan cara menyimpan duit tabungan kitorang masa sekolah menengah ke dalam akaun SSPN tersebut. tak mampu punya ayah aku nak sara kitorang bertiga kat universiti nanti. paling-paling pun kena ambik PTPTN. huhu.




Jadi, kitorang tiga beradik ada akaun SSPN masing-masing beserta duitnya sekali. ofkos simpanan awal akaun tersebut daripada duit tabung kitorang. sampai ke sekolah menengah aku masih menabung okay! bila dah sekolah menengah, duit belanja lebih sikit dari sekolah rendah dulu. tapi aku bawak bekal dari rumah. mak masak sedap. kekeke. so, duit belanja tak digunakan sangat pun. banyak lah boleh masuk tabung. kecing kecing!

Zaman tu pun masih dapat duit raya dan hidup ini di-sponsor 100% oleh ayah. hihi. masih lagi tak pening memikirkan masalah duit. dah tu... nak buat apa kan duit tersebut. daripada duk berjoli sakan, baik menabung! toksah acah-acah kaya sangat nak beli smartphone. aku start dapat henfon lepas UPSR kot. tu pun henfon polifonik. sampai habis PMR aku pakai henfon tu tau. kiki =P


Oh memorinya henfon ini =D


Then, aku start dapat banyak gila duit lepas PMR sebab dapat 9A. hihi. dapat pulak Tokoh Pelajar kat sekolah. memang masyukkk gila lah masa tu. simpanan lepas PMR je dah beratus-ratus. so, ayah masukkan lagi dalam SSPN. rasanya masa tu simpanan aku dalam SSPN dah beribu-riban kot. dah lepas dah syarat simpanan minima tu.


 Dapat henfon ni sebagai hadiah PMR daripada mak. hihi


Lepas result SPM keluar... alhamdulillah aku dapat 10A, masyukkkk lagi lah kali ni. hiks! mungkin sebab darjat SPM lebih tinggi daripada PMR, so amaun yang aku dapat pun lebih tinggi. kiki. then, dapat lagi Tokoh Pelajar. masyukkkk lagi lah uolllllssss. kekeke. masa ni, mak pulak ambik peranan untuk sambung simpan duit pancingan SPM aku tu ke dalam akaun ASB beliau. secara keseluruhan, kalau dicampurkan kesemua hasil simpanan aku dalam akaun ASB tu adalah dalam empat ribu kot. pastu, mak keluarkan seribu untuk aku simpan dalam akaun bank sendiri sebab dah nak masuk universiti. jadi, ada baki lagi 3 ribu dalam akaun ASB mak. hihi =)


3. Habis SPM - kerja part-time - mencari duit poket

So, bila dah habis SPM... ofkos lah banyak masa untuk membuta kat rumah. kalau membuta duit masyukkk takpe. ni membazir air liur basi je. keke. masa tu jugak, aku start ambik lesen kereta. alhamdulillah ayah sponsor kos lesen aku tu. terima kasih ayah! hihi. oh ye, aku ambik lesen kereta je. lesen motor tak ambik. maklumlah... kaki pendek. kaki tak mampu untuk menjejak tanah kalau bawak motor. LOL.

Tapi, agensi tu buat hal lah pulak. lepas aku dapat lesen L, dia menghilang. kurang ajar betul. nasib baik kos lesen L dan lesen P asing. takde lah istilah ditipu pun di situ. cuma tergendala lah kejap urusan lesen kereta aku. so, sementara jumpa agensi lain yang lebih bagus, aku gedik-gedik nak kerja part-time.




Biasalah... kebanyakan budak lepasan SPM kan memang suka kerja part-time. konon-konon sebagai tanda berdikari kerana bakal memasuki fasa dewasa dalam hidup mereka. lulz. takpe lah... better bekerja kan dari merayap tak tentu hala. at least, dapat jugak duit poket =)

Aku bekerja kat kedai bunga masa tu. gaji ikut jam. sejam RM3. okay lah tu. kerja nya pun tak berat. aku kerja kat situ 4 bulan. purata gaji sebulan dalam RM300-RM400. first time gaji, aku terus bagi mak RM50, ayah RM50. konon dah dewasa sangat lah tu. hihi. then, baki nya aku buat belanja. masa ni lah baru sibuk nak beli macam-macam. beli beg lah, baju baru lah, Kpop merchandise lah. sebelum ni tak reti nak meminta-minta sangat daripada mak ayah. bila dah dapat gaji sendiri, first time pulak tu... tangan pun start gatal. hiks!




Tapi, disebabkan mak ayah dah ajar dari dulu... betapa pentingnya sikap suka menabung, so aku tetap simpan baki duit gaji tu dalam akaun bank sendiri. tak salah pun nak belanja kan hasil titik peluh sendiri. cuma perlulah berpada-pada. jangan boros sangat ;-)


4. Zaman asasi - zaman dah start dapat elaun = zaman menguruskan kewangan sendiri

Okeh itu tadi cite zaman sekolah yang mana mak ayah sponsor hidup aku 100%. juga zaman lepas SPM yang mana masa tu dapat duit gaji sikit je untuk berjoli. sekarang ni, kita dah masuk zaman asasi atau matrikulasi yang mana aku dah kena pandai-pandai hidup berdikari sebab dah dapat elaun sendiri.

Aku tak ingat sangat lah berapa elaun yang student asasi atau matrikulasi dapat masa tu. yang pasti, dalam seribu lebih per semester. masa tu, satu semester kat asasi 4 bulan lebih. so, aku pun start menguruskan kewangan sendiri ala-ala menguruskan duit gaji. hiks! kena ada akaun bank lain untuk duit elaun asasi ni. so, aku pun bukak lah akaun bank kedua.




Secara jujurnya, aku dah start buat BUKU PENGURUSAN WANG sendiri sejak asasi. hihi. tak kisah lah orang nak cakap aku kedekut ke, berjimat sangat ke... duit aku, bukan duit kau. kalau aku susah pun, bukan nya kau nak tolong pun. betul tak? so, takyah nak bising-bising atau perli-perli cara pengurusan kewangan aku kayyyy =P



Macam ni lah buku pengurusan kewangan aku. aku akan buat column duit MASUK dan KELUAR. dalam keluar tu pulak, harus lah ada part YURAN, BELANJA dan LAIN-LAIN. kenapa sampai ada 3 parts?

Penting untuk aku tau berapa elaun yang aku habiskan untuk bayar yuran. kiranya kalau duit cepat je berkurangan, boleh lah set dalam otak... ohhhh aku dah bayar yuran dengan duit tu.

Then, setiap pengeluaran daripada ATM aku akan kategorikan sebagai belanja. sebagai contoh, kalau aku keluarkan RM100, aku akan catit RM100 kat column belanja. apa yang aku maksudkan sebagai belanja? well... makan, shopping, jalan-jalan... tu semua belanja. habis je setahun asasi, aku jumlahkan perbelanjaan tersebut dengan pen merah. korang boleh nampak total RM2,150 kat situ. hihi.

Untuk column lain-lain pulak, kalau aku ada beli benda-benda penting untuk tujuan pembelajaran, aku akan catit kat situ. senang cerita, ini untuk mengingatkan aku yang aku dah spend banyak kat barangan tersebut. sebab tu lah elaun makin berkurangan. hiks!




Jadi, boleh lah aku anggarkan dengan lebih tepat... berapakah yang aku habiskan untuk perkara wajib iaitu yuran, dan berapa pulak yang aku habiskan untuk makan dan melagha ;-)

Senang cerita, ini lah hasil pengurusan kewangan aku semasa asasi. baki elaun tersebut haruslah disimpan ke dalam akaun bank pertama. oh ye, ayah aku tak pernah bagi duit belanja kat aku sepanjang asasi. dia bagi duit untuk beli buku je. kos sara hidup, kos melagha semua aku gunakan duit elaun. sape kata elaun asasi tak cukup untuk sara diri? cukup je kalau kita pandai menguruskan kewangan. asalkan jangan boros sangat. kalau tak mampu, buat cara tak mampu =)


5. Degree - biasiswa JPA - dugaan terhebat dalam menguruskan kewangan

Alhamdulillah... aku dapat CGPA 4.00 masa asasi. so, aku dapat sambung medic kat UKM dengan biasiswa JPA. toksah lah susah-susah pinjam PTPTN. hihi. ramai yang cakap... untunglah dapat biasiswa JPA. dapat banyak duit. tak risau pasal duit. takyah bayar pinjaman. bla bla bla.

Yesss aku akui. memang sangat beruntung dapat JPA. aku bersyukur sangat-sangat. memang dapat banyak duit pada pandangan mata kasar. tapi, ada sesuatu mengenai biasiswa JPA yang korang perlu tau. sila klik link di bawah =)


Memandangkan aku belajar kat KL, so aku dikategorikan sebagai penerima JPA kadar A. dapat biasiswa RM6,345 per semester (satu semester = 6 bulan). sape-sape yang belajar medic kat luar bandar tu, dorang berada dalam kadar B dan dapat dalam RM5,600 per semester. kurang RM700 dari kadar A. huhu.

Dapat biasiswa ni memang heaven ah. tak perlu pikir pasal nak bayar balik pinjaman lepas habis belajar. amaun yang dapat setiap semester pun boleh tahan banyak. asalkan... korang sanggup berkhidmat dengan kerajaan lepas habis belajar nanti. masa ni pun, ayah aku dah tak sara hidup aku kat universiti langsung. dia tak pernah bagi duit belanja pun. hihi.




Ramai orang ingat, setiap penerima biasiswa ada duit berkepuk-kepuk dan takde masalah kewangan langsung. it is so damn wrong okay. berbalik kepada perkara di atas, segala perihal kewangan ni bergantung kepada individu. kalau duit sikit, tapi pandai berjimat... konfem individu tu mampu menyimpan walaupun sedikit. kalau duit banyak tapi selera besar, sampai kiamat pun duit kau takkan pernah cukup.

Jadi, masa ni lah aku dah start buat financial planning yang planning habis! kalau ada orang tertengok buku financial planning aku tu, konfem dia ingat aku cheapskate. bagi aku, takpe cheapskate asalkan kau tak menyusahkan orang lain dan tak menyakitkan hati orang lain. prinsip aku... takde duit, buat cara takde duit.

Toksah lah berbelanja sakan beli baju baru, tudung baru, beg baru, kasut baru, gadjet baru kalau kesemua benda tu elok lagi. pastu mula lah cakap kat aku, banyak jugak eh duit kau Kura-Kura? memang lah duit aku banyak sebab aku tak membazir kat benda yang tak perlu ;-)




***

So, marilah kita menelusuri secara terperinci mengenai financial planning aku berbekalkan duit biasiswa tersebut~

p/s : tips ni aku khususkan untuk student IPT sebab aku perasan ramai dalam kalangan kita tak pandai uruskan kewangan. asalkan kita dah praktik dari awal, konfem takde masalah nak manage financial sendiri bila dah kerja nanti ;-) 


* Selesaikan pembayaran yuran terlebih dahulu

Okeh part ni paling penting. sejurus selepas duit biasisiwa atau pinjaman pelajaran masuk je ke dalam akaun bank korang, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membayar yuran. mana-mana makhluk yang duk sibuk berjoli sakan dengan duit tersebut sampai tak cukup duit untuk membayar yuran memang nak kena pelangkung. ini serius!

Lepas je biasiswa RM6,345 tu masuk dalam akaun, aku akan terus bayar yuran yang berjumlah RM1,800 secara purata (yuran pengajian + yuran kolej). so, akan ada baki RM4,545 untuk aku survive selama 6 bulan. senang cerita, aku cuma boleh spend maksimum RM750 sebulan. fineeeee! mesti ada yang cakap, banyak tu dapat RM750 sebulan. yesssss memang banyak pun. tapi, macam yang aku bagitau awal-awal tadi, kalau duit banyak tapi selera besar... sampai kiamat pun duit tak cukup ;-)

p/s : aku masih lagi menggunakan BUKU PENGURUSAN KEWANGAN yang sama dari zaman asasi =) 

Tahun 1

 Masa ni yuran tak mahal sangat sebab baru first year kot


Tahun 2

 Sebenarnya amaun masuk RM6,345. entah nape aku konfiden sangat tulis RM6,350. padahal beza RM5 je. LOL. masa ni aku stay kolej luar. memang mahal gila lah yuran gila i tell youuuu. haaaa nampak tak apa aku tulis kat column lain-lain? itu untuk menyakinkan diri aku yang duit dah banyak habis untuk benda wajib. bukan untuk melagha


Tahun 3 & Tahun 4

Macam biasa, jumlah perbelanjaan dalam setiap semester haruslah berwarna merah. baru mata ni nampak sikit. hiks!


* Perlu bezakan keperluan VS kehendak




Perkara ni paling utama dalam perancangan kewangan. korang mesti tau apakah itu keperluan, dan apakah itu kehendak. keperluan tu ofkos lah makanan dan pakaian. akan tetapi, keperluan tu boleh jadi kehendak jugak pabila selera korang tinggi melangit. sebagai contoh, nak makan kat tempat mahal je, pakaian pulak kalau boleh setiap hari nak beli baru, mahal-mahal pulak tu.

Haaaaaa... so itulah pentingnya pengawalan hawa nafsu. bukan tak boleh nak makan sedap-sedap. boleh saja kalau korang mampu. tapi, janganlah sampai setiap hari duk makan sampai RM50. dahsyat sangat tu. kalau seminggu sekali nak raikan diri sendiri dengan makan sedap-sedap boleh saja. aku pun selalu buat camtu. hihi. stress kot setiap hari terperap kat hospital. sekali-sekala nak jugak enjoy-enjoy-release-the-stress =)




Then, bab pakaian pulak. apa yang aku perasan, sejak zaman fashionista semakin mengganas ni... ramai benar yang suka shopping online. bukan tak boleh shopping. bolehhhhh. kalau nak shopping hari-hari pun boleh. tapi, sekali lagi aku nak tekankan... tolong sedar tahap kewangan masing-masing terlebih dahulu. kalau korang anak orang kaya yang tiap-tiap bulan mak bapak bagi duit belanja takpe jugak. kalau setakat dapat biasiswa atau buat pinjaman pelajaran, tak mampu sebenarnya nak shopping setiap hari.

Kalau tak shopping setiap hari sekali pun, apa yang aku perasan... amaun yang habis untuk shopping tu melampau gila. sehelai dress sampai RM170? bagi aku not make sense. entahlah... mungkin sebab aku cheapskate kot. aku sangat berkira-kira nak beli pakaian yang harganya RM100 ke atas. yelah... aku bukannya dapat duit belanja daripada parents pun. anyway, semuanya terpulang kat diri memasing. kalau dah sedar diri tu kaki shopping, janganlah nak bising-bising takde duit pulak. lagi satu, jangan tertipu dengan bisnes online ;-)



* janganlah pulak cheapskate sangat sampai memanjang pinjam baju orang. sungguh tak sopan =)


Oh ye, satu lagi. mengenai gadjet. kalau henfon korang elok lagi, toksah lah ikutkan nafsu sangat nak beli henfon baru. kalau ada duit takpe jugak. ni sampai tak cukup duit, mak ayah pulak kena masukkan duit dalam akaun bank korang padahal korang dah ada biasiswa atau pinjaman pelajaran. kesian lah kat mak ayah tu. dorang bersengkang mata kerja cari rezeki, kita dok perabis duit je. benda yang masih elok tu, pakai lah dulu. jangan ikutkan sangat nafsu membeli tu ye =)




* Buat perancangan kewangan secara terperinci

Dah habis membebel pasal keperluan vs kehendak, kini tibalah part yang agak penting iaitu merancang bajet. bagi aku, perancangan kewangan ni kita kena tulis. kalau setakat nak agak-agak, congak-congak dalam otak memang tak jalan sangat. lama-lama duit korang yang jalan dulu. haha!

Tadi aku dah bagitau yang aku boleh spend maksimum RM750 sebulan kan? tapi, apa yang perlu aku belanjakan bukan setakat untuk makan atau shopping. aku kena jugak beli barangan keperluan pembelajaran dan buku yang beratus-ratus harganya. selain tu, aku ni jenis selalu balik ke rumah family waktu weekend. diri ni takde kereta sendiri. so, kenalah masukkan kos tambang public transport sekali dalam bajet tersebut.

Aku tak reti pulak nak buat bajet ikut bulan. sebab bukannya beli buku tiap-tiap bulan pun. beli buku masa awal semester je kan. hihi. that's why, aku buat bajet cenggini sejak dari Tahun 1~



Ni semua anggaran je. at least, aku nampak berapa banyak yang perlu aku spend kat setiap perkara tu. takde lah setiap semester aku habiskan RM500 untuk buku. dah namanya pun anggaran kan. bila dah ada Baucer Buku 1 Malaysia, lagi lah berkurangan kos untuk membeli buku. hihi =)

Oh ye. untuk part makan, aku memang tak hadkan sangat bajet nya. bagi aku, seminggu sekali makan sedap tu wajib. hehe. kalau tak keluar makan dengan kawan, aku akan keluar dengan family dan belanja dorang makan. belanja family makan sekali dalam satu semester pun cukup kalau tak mampu sangat. mesti mak ayah korang happy. jangan lah dok asyik belanja partner masing-masing je. bila duit tak cukup, mintak kat mak ayah pulak =)

Then, segala kos melagha tengok wayang, main boling, beli baju baru, tudung baru, kasut baru, beg baru tu semua aku masukkan dalam bajet shopping. RM700 je per semester. tak banyak kan? hehe =D


* Simpan duit untuk travel

Memandangkan aku dah simpan impian untuk ke Korea sejak dari sekolah menengah, aku dah berazam dengan diri sendiri... duit biasiswa JPA nanti akan ku simpan RM500 per semester demi menunaikan impian ku itu. ternyata aku tak main-main dengan azam tu sebab memang aku simpan RM500 setiap semester pun. hihi. sejurus selepas biasiswa masuk je ke dalam akaun, aku akan terus settle kan yuran dan simpan RM500 awal-awal dalam akaun bank pertama sejak dari Tahun 1.

Kat atas tadi aku dah habaq yang sekarang ni duit simpanan aku dah ada 3 ribu dalam akaun ASB mak, manakala dalam akaun bank pertama dah cecah 2 ribu kot. kalau diikutkan, duit simpanan yang ada memang dah cukup sangat kalau nak ke Korea. tapi, masa tu aku muda remaja lagi. ayah pun tak bagi pergi jalan jauh-jauh. so, aku pendamkan dulu impian untuk ke Korea tu. boleh lah kumpul duit banyak-banyak untuk travel banyak kali. hihi.


 Setiap orang ada cara tersendiri untuk merealisasikan impian travel masing-masing. yang penting, ikut kemampuan diri ;-)


So, bila umur dah mencecah 22 tahun... masa tu dah masuk Tahun 3 (kengkonon dah dewasa sangat lah... lulz), aku cakap kat ayah yang aku nak pergi ke Korea. dah dekat sepuluh tahun tau impian ni terendam. huhu. disebabkan masa tu takde pengalaman langsung ke luar negara, aku sanggup ambik pakej. mahal pun mahal lah. dalam RM4,000 campur shopping. alhamdulillah, ayah bagi keizinan sebab ayah pun nak ikut sekali. hahahaha! ayah cakap aku kena tanggung diri sendiri. ayah tanggung diri dia dan mak je. adik aku pun kena tanggung diri sendiri (dia pun menabung jugak). walawei memang incredible hulk sangat tetiba ayah bagi ke oberseas. hiks!

I memang tak kisah pasal tanggung diri sendiri uolllls sebab I dah menyimpan dari dulu lagi. so, let's fly to Korea bebeh~


Bila impian untuk ke Korea dah terlaksana, aku tetap simpan RM500 setiap semester untuk melancong sebab ada hati nak travel lagi. kiki =P


Laaaa ni duit simpanan dalam akaun ASB mak dan duit dalam akaun bank pertama dah habis lesap aku gunakan untuk ke Korea selama dua kali. hahahahaha! XD

Tapi, duit dalam akaun SSPN aku masih elok dijaga oleh ayah. takpe lah. bagi ayah pegang akaun tu. kang banyak sangat akaun rambang mata pulak =P 


* Asingkan duit simpanan awal-awal

Dok sibuk beli buku, makan, shopping, berjimba, simpan duit untuk travel... takkan tak simpan duit untuk masa depan kot. simpanan untuk masa depan ni sangat penting okay. kalau ikut stail aku, setiap semester aku dah biasa belanjakan RM5,000++ secara total. so, konfem akan ada baki at least RM1,000 untuk disimpan.

Masa ni umur dah cukup. dah boleh buat akaun ASB sendiri. so, aku bukak akaun ASB untuk simpan RM1,000 setiap semester bagi tujuan masa depan. rasanya RM1,000 tu okay lah bagi aku sebab dapat JPA. kalau korang simpan at least RM500 per semester pun dah okay sangat =)




Disebabkan nafsu shopping aku so-so je, aku mampu simpan RM1,000 tu pada penghujung semester. kalau korang rasa nafsu shopping korang tak mampu dibendung, better simpan pada awal semester. then, jangan diusik pulak duit simpanan tu. not even once!

* aku tak minat berniaga sebab aku tak suka membeli. kalau nak tambah duit simpanan, boleh lah berniaga. berniaga tu kan sunnah Rasulullah s.a.w. dan tuntutan agama kita. tapi, jangan paksa orang lain membeli atau join MLM ye!

Alhamdulillah, hingga ke saat ini... aku masih mampu menyimpan RM1,000 per semester dalam akaun ASB sendiri. aku dah janji dengan diri, duit simpanan ni cuma boleh digunakan untuk saat-saat kecemasan dan untuk masa depan. aku ni kereta pun takde lagi. padahal dah nak masuk final year. lepas grad nanti konfem kena beli kereta sendiri. then, bila dah stabil sikit nanti, boleh lah beli rumah pulak. hihi. aset hartanah ni penting tau uolllsss. nilai hartanah akan datang mau nya 80 kali ganda dari nilai sekarang.




Pastu, nak jugak simpan duit untuk berbakti kat mak ayah. bawak dorang pergi melancong, pergi umrah, pergi haji. banyak sangat impian aku ni! LOL.


* Bersedekah

Lastly, asyik simpan-belanja-simpan-belanja je... sekali-sekala elok lah jugak gunakan duit yang ada untuk bersedekah. kalau kita tolong orang lain, insyaAllah hidup kita jadi senang. takyah banyak-banyak pun takpe. asalkan ada tabung derma lalu depan korang, sedekah RM1 dengan niat yang ikhlas pun cukup =)






***

Akhirnya, habis pun entri ni. hahahaha. panjang sangat macam lah orang rajin baca. kekeke. senang cerita, praktikkan lah menabung dari sekarang. jangan dok mengharap duit belanja daripada mak ayah je. silap-silap, nak kahwin pun mintak duit mak ayah. kalau diikutkan, duit simpanan aku dah cukup untuk kahwin. tapi, apakan daya tiada yang meminati diriku ini. kwang kwang kwang. aku mintak tolong mak carikan calon, tapi mak tak nak. kalau anak mak ni tak kahwin-kahwin sampai umur 30, mak jangan nangis ye =P




19 June 2015

Short Escape : Universal Studios Singapore

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Sempena hari baik bulan baik ni, aku ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua warga bumi. semoga Ramadhan kali ni memberikan seribu keberkatan kepada kita =D

***

Sejurus selepas result final exam keluar, aku saja ajak my partner in crime, ziha untuk pergi ke Universal Studios Singapore (USS). sebenarnya, ini merupakan kali kedua aku ke USS. dulu pergi dengan family. kali ni saja gedik-gedik nak pergi lagi. konon-konon sebagai meraikan diri sendiri sebelum melangkah ke final year. kiki. senang je nak ajak ziha ni jalan-jalan sebab kitorang coursemate merangkap housemate. dah tentu-tentu kami berjalan menggunakan duit biasiswa JPA. bhahahaha. kepada pembayar cukai sekalian, maafkan kami kerana menggunakan duit JPA untuk travel. don't worry, we will serve you in one year time. insyaAllah =D




Memandangkan masing-masing jenis nak travel tapi bajet ciput, so kitorang pun godek sana-sini demi mencari cara termudah dan termurah untuk ke USS. walaupun aku tahu kebanyakan orang dah biasa pergi ke USS, seminggu sekali mungkin *LOL*, aku nak jugak share cara aku ke sana. kot-kot ada antara readers yang belum pernah ke USS. hehe =D

* panduan untuk ke USS ni aku baca kat blog sis JM. boleh lah rujuk sini untuk penerangan yang lebih mantap! =D

Untuk pengetahuan korang, ada bermacam cara untuk ke USS antaranya dengan menaiki flight, bas, train dan kereta. kitorang orang miskin, takde kereta sendiri. so, pangkah kereta awal-awal. kat Singapore ada train macam LRT yang mana namanya MRT. tapi, kalau naik MRT dalam dua kali kot kena transfer line. aku malas nak transfer-sana-transfer-sini. dah katanya nak cari cara termudah kan. hehe. so, pangkah train jugak. jadi, pilihan yang tinggal cuma lah flight dan bas. 


 MRT Singapore Line


Masa tu pulak, kebetulan Air Asia tengah buat promo flight ke Johor Bahru. apa lagi, kitorang pun terus rembat flight from KLIA2 to Senai International Airport, JB dengan harga RM39 one way. tak perlu lah bersusah-payah naik bas kan. dah lah masa perjalanannya lebih panjang berbanding flight. hihi.

Oh ye, lupa pulak nak bagitau awal-awal. kalau bajet korang ciput, toksah lah stay kat Singapore. menginap kat JB sudah. tau tak Ringgit Malaysia jatuh kaw-kaw ketika ini. 1 Singapore Dollar (SGD) bersamaan RM2.78 kot! boleh dikatakan harga barangan kat Singapore 3 kali ganda lebih mahal dari kat Malaysia.




Jadi, kitorang pun plan untuk stay kat JB satu malam je. awal pagi keesokan harinya pergi ke USS, then malam tu terus balik KL semula.

So, lepas booked flight ticket... settle lah cara untuk kami pergi ke JB. masa tu cuma flight KLIA2-JB je yang tengah promo. flight JB-KLIA2 takde promo. sebab tulah kitorang tak nak naik flight untuk balik. dasar bajet ciput! haha =P


Ada 3 slot waktu untuk flight KLIA2-JB. slot yang paling ideal adalah yang pukul 2.05 petang. tapi, cuma slot 8.25 pagi je yang tengah promo. so, kitorang pun rembat yang tu. awal pagi pun takpe lah asalkan murah. kiki =P


Pada hari kejadian, pukul 6.30 pagi adik aku dah hantar ke KLIA2. dah breakfast siap-siap kat rumah sebab nak jimat. sampai-sampai je kat KLIA2, terus pergi ke boarding gate. dalam setengah jam jugak lah tunggu open gate. then, masuk ke dalam flight and departed! part yang paling kelakar, aku tak pernah naik domestic flight. pernah lah jugak masa kecik dulu. tapi mana ingat. dalam 15 minit je kat atas udara, tetiba pilot announced kita dah nak touchdown. aku macam terkejut ah. kejap gila! tak sempat pun bladder nak penuh. hahaha =P

Sampai-sampai je kat Senai International Airport, aku terkejut lagi. kecik gila airport tu! al-maklumlah, orang jarang naik flight memang macam ni. bersusah-payah berjimat duit JPA tu demi melaksanakan impian ke Korea. sampai 2 kali pergi Korea, tapi negara sendiri tak habis jelajah lagi. hiks!


Senai International Airport


Kitorang bakal menginap kat Tune Hotel, Danga Bay untuk malam ni. sampai airport baru pukul 9.30 pagi. check-in hotel pukul 2 petang. banyak sangat masa yang perlu dihabiskan kat airport sebelum menuju ke hotel. aku malas nak pergi ke hotel awal-awal sebab bukan boleh check-in pun. nak jalan kat area hotel pun takde pape. so, kitorang pun menghabiskan masa kat MPH yang ada kat dalam airport. dah bosan stay kat MPH, kitorang duduk lah pulak kat ceruk mana entah untuk online. terasa masa sangat lambat berjalan ketika itu. bosan yang teramat!

Then, dalam pukul 11.30 pagi, kitorang lunch dulu kat Old Town yang ada kat dalam airport. first time aku makan lambat yang amat sebab nak stay kat situ sampai pukul 1.30 petang. hehe. aku order nasi lemak (RM13.90) dan lime juice (RM5.50). total lunch untuk first day je dah RM19.40.

Kemudian, bila dah pukul 1.30 petang... kitorang terus pergi ke kaunter teksi berlesen yang ada kat dalam airport. tujuannya ofkos untuk naik teksi dari airport ke Tune Hotel. mula-mula, korang perlu bayar RM44 (one way) kat kaunter teksi berlesen tersebut, then dia akan bagi resit. tunjuk resit tersebut kat kaunter yang ada banyak teksi putih tu, barulah boleh naik teksi. tambang teksi ni fixed. so, tak perlu risau kot-kot driver teksi nak tipu korang ke apa. memandangkan kami berdua, so sorang perlu bayar RM22.

Dalam setengah jam jugak lah dari Senai International Airport ke Tune Hotel tu. sampai kat Tune Hotel tepat-tepat pukul 2 petang. then, terus check-in.


Tune Hotel, Danga Bay


Sedikit info mengenai Tune Hotel, Danga Bay. info lain semua betul. cuma Saffron Restaurant dan Skybus Service tu dah tak wujud


Aku dah buat online booking untuk hotel ni. jadi, sampai-sampai je cuma perlu tunjuk IC then terus ambik kunci bilik. kunci bilik dia pun berbentuk kad. bukan anak kunci pun. untuk pengetahuan korang, harga bilik kat Tune Hotel ni boleh berubah-berubah mengikut keadaan. sama je macam flight Air Asia.

*sila klik sini untuk booking*

Masa aku booked tu, rate untuk double room RM60 per night. tu pun basic je. cuma untuk katil, bilik air dan kipas. kalau nak tambah kemudahan towel, toiletries kit, wifi, TV dan air-conditioner, kena bayar extra. takmo ah extra-extra payment ni. ada kipas pun dah cukup. haha. so, sorang perlu bayar RM30 untuk hotel =)


Macam ni lah biliknya. TV dan air-conditioner memang ada. tapi non-functioning kalau korang tak bayar extra


Mula-mula kitorang masuk bilik dulu untuk letak beg dan tengok keadaan bilik. okay lah. not bad. selesa untuk didiami. then, terus turun semula ke lobi hotel untuk pergi ke ofis Odyssey Shuttle Service yang terletak kat dalam kawasan hotel. kat sini ada jual tiket bas untuk ke USS (return). bukan setakat tiket bas, tiket masuk USS pun dia ada jual jugak.


Signboard berwarna oren kat sebelah 7-Eleven tu lah ofis Odyssey Shuttle Service tersebut


Then, kitorang terus beli tiket bas pergi-balik Tune Hotel-USS sekali dengan tiket masuk USS dengan harga RM195 per person. kalau korang cuma nak beli tiket USS je kat sini pun boleh. harganya RM175. kalau nak beli tiket bas je pun boleh. harganya RM30. kalau beli dua-dua sekaligus dapatlah diskaun RM10.


Gini lah rupa tiket bas tu. cuma perlu tunjuk kat officer dia sebelum naik bas pada awal pagi esok


Bas akan bertolak pada pukul 7.30 pagi kat depan Tune Hotel. jangan risau sebab bas ni akan bawak korang direct ke USS. then, dia akan jemput korang semula pada pukul 7.30 petang kat USS seterusnya menuju ke Tune Hotel semula. bagi aku senang lah cara camni berbanding dengan menaiki train transfer sana-sini.

Mengenai tiket masuk USS pulak, aku nasihatkan korang beli lah awal-awal. kalau dah sampai sana baru nak beli, kena beratur panjang. buang masa. dah lah USS tu bukak pada pukul 10 pagi hingga 7 petang je. nak beli online boleh, nak beli kat ofis Odyssey Shuttle Service pun boleh. kalau beli online, harganya SGD74.

Then, kalau korang banyak duit... upgrade lah Express Ticket kat Day Pass korang tu. baru lah boleh enjoy semua ride tanpa perlu beratur panjang. tapi kitorang bajet ciput. tak mampu nak spend SGD30 untuk upgrade tiket tu. huhu =(




Dah settle urusan membeli tiket bas dan tiket masuk USS tu, kita pulang lah ke bilik hotel semula. mengenai tiket masuk USS, mula-mula korang akan dapat resit dulu. esok pukul 7.15 pagi camtu, baru tunjuk resit tu kat officer Odyssey, then dia akan print tiket masuk USS untuk korang.

Sampai kat bilik... solat dulu, then tidurrrrr! kepenatan kot bangun awal pagi demi menaiki flight tambang murah. kekeke. lama jugak lah aku tidur. sedar-sedar dah pukul 4 lebih. haha. then, tengok variety show Korea kat tab sampai pukul 6 lebih. al-maklumlah... takde TV. huhu. memang kebosanan yang amat lah masa tu sebab kitorang takde kereta. takde life langsung. duk terperap dalam bilik dari pukul 2 petang sampai ke malam. hahaha =P

Lepas Maghrib, bersiap lawa-lawa *lawa ke? LOL*, kitorang turun ke bawah untuk dinner. kat depan Tune Hotel ada satu restoran namanya Sekinchan Ikan Bakar. orang takde kereta hanya mampu menapak menggunakan kaki untuk menuju ke restoran terdekat. beginilah nasib. sobsobsob.


Kat bawah tu lah restorannya. ni view dari tingkap bilik kitorang


Walaupun makan kat restoran ikan bakar, aku hanya mampu order nasi ayam penyet (RM10) dan milo ais (RM3.50) untuk dinner. tak mampu nak bayar untuk ikan bakar yang sangat mahal tu. bagi aku, harga nasi ayam penyet tu je pun dah mahal gila. so, total dinner untuk first day adalah RM13.50.

Dah habis makan, singgah 7-Eleven jap. nak beli maggi cup dan nescafe tin untuk breakfast esok. hehe. selain daripada tu, aku beli sekali twiggies, air kotak dan air mineral untuk mengalas perut kat USS nanti. harga makanan kat USS tu kan 3 kali ganda lebih mahal. tak mampu aku. harga kesemua makanan di atas adalah dalam RM12 kot. oh ye, nak masuk USS boleh je bawak makanan. dia tak check pun.

Then, balik ke bilik dan tidurrrr. haha. aku ni memang jenis perut-kenyang-mata-lelap. gastro-eyelid reflex aku tersangat lah pantas. kekeke =P

***

Kemudian, kita bertemu dengan hari kedua kat JB. pukul 5.30 pagi dah bangun untuk bersiap ke USS. lepas Subuh, terus turun ke lobi hotel untuk breakfast maggi cup *sadis gila breakfast maggi*. kat lobi hotel tu ada water dispenser. then, kitorang pun check-out hotel.

Pukul 7.15 pagi pergi ambik tiket masuk USS kat ofis Odyssey dulu. tiketnya cuma di-print kat atas A4 paper je. korang takyah lah bajet tiket dia lawa-lawa kaler gold pulak ye. kiki. then, pukul 7.45 pagi barulah bas sampai. gini lah janji Melayu. tak pernah nak tepat. cakap pukul 7.30 pagi, pukul 7.45 baru sampai. gitu-gini-gitu-gini, dalam pukul 8 pagi barulah bas bertolak. masa aku pergi ni ada satu bas je. dulu masa first time pergi sampai 4 bas sebab masa tu cuti sekolah.


Masa beli tiket bas, korang akan terus dapat form ni. sila isi awal-awal mengikut contoh di atas. form ni diperlukan masa kat imigresen Singapore


Untuk pengetahuan korang, bas ni akan berhenti dua kali sepanjang perjalanan ke USS. mula-mula, dia akan berhenti kat imigresen Malaysia, then yang kedua akan berhenti kat imigresen Singapore. kat imigresen Malaysia, semua orang perlu lah turun dari bas then scan passport kat automated ePassport gates. beg korang takkan diperiksa pun kat imigresen Malaysia.

Kat imigresen Singapore pulak, passport korang bersama dengan form di atas akan diperiksa oleh pegawai imigresen Singapore. masa ni, beg yang korang bawak akan di-scan. antara barang larangan untuk memasuki Singapore adalah chewing gums.

Pabila dicampur segala urusan kat imigresen dan masa perjalanan dari Tune Hotel ke USS, pukul 10 pagi barulah kami tiba di USS. 2 jam jugak lah masa perjalanan sebab jammed kat Tambak Johor dan imigresen kedua-dua negara.

Sampai-sampai je kat USS, kitorang terus berlari mencari toilet! haha. toilet kat Singapore takde paip air tau. jadi, pandai-pandai lah korang nak beristinjak macam mana. then, barulah kami ke globe yang femes ni!


Apsal lah tangan aku berulik mayang pulak kat situ. HAHA!


Dah berpuluh gambar kitorang ambik kat globe ni, barulah duk sibuk pergi scan tiket USS untuk masuk ke entrance USS yang sebenar. kalau korang tak beli tiket USS pun takpe sebenarnya. ambik je gambar banyak-banyak kat globe tu, then upload dengan caption "USS checked!" acah dah menjejakkan kaki ke USS. konfem kawan korang percaya je. haha =P


Nah ni map USS. bagi aku, USS ni takde lah besar mana pun. tiket dia je mahal. dah lah waiting time untuk semua ride lama gila


Mula-mula, kita akan jumpa area Hollywood dulu. takde apa yang menarik pun kat Hollywood ni. kalau setakat nak bergambar dan menonton parade tu boleh laaaa~








***

Kalau belok ke kanan selepas Hollywood, kita akan jumpa area New York~


 Ride yang sesuai untuk budak-budak. kalau untuk yang baya mak budak, tak sesuai kot. bosan. haha!


Masa kitorang pergi ni, ada Fast & Furious 7 Display~


 Dia ni bini nombor 5 Van Diesel


Sorry Van Diesel. I tak minat U *sambil mengetuk-ngetuk kereta beliau*


***

Ride pertama yang aku nak naik dalam kunjungan kali ni adalah TRANSFORMERS!!! ride macam ni barulah sesuai dengan jiwa muda remaja I ni uolllsssss. sebab tu lah sampai-sampai je kat USS, kaki ni terus menuju ke area Sci-Fi City. tak main ah Hollywood dan New York tu =P


Masa nak naik ride ni kena pakai 3D glasses. memang best ah! disebabkan masa tu agak awal lagi, so waiting time dalam 20 minit


 Gini lah rupa ride tersebut. pape ride pun, kalau duduk depan sekali paling best. tapi kat USS, petugas setiap ride dah tetapkan korang beratur kat line mana. so, ikut nasib lah dapat depan ke belakang




Dah settle TRANSFORMERS, kitorang pergi pulak ke ride kedua dalam area Sci-Fi City iaitu Battlestar Galactica : HUMAN vs CYLON!!! untuk pengetahuan korang, ride ni merupakan roller coaster yang paling mencabar kat sini. akan tetapi, dia dah lama gila tutup. dalam dua-tiga tahun kot. tahun lepas aku pergi USS, roller coaster ni masih belum bukak. Jun 2015 baru lah dia bukak semula. memang bernasib baik lah kitorang pergi masa dia dah bukak. hehehe. tak syok langsung pergi theme park, tapi takde roller coaster kan?


 Battlestar Galactica : HUMAN


 Battlestar Galactica : CYLON


 HUMAN guna laluan merah, CYLON guna laluan biru


Kedua-dua roller coaster akan berjalan serentak. bagi aku CYLON lebih best sebab kaki tergantung. hehe =D


Mula-mula, kitorang beratur untuk naik HUMAN dulu sebab waiting time untuk HUMAN dalam 30 minit berbanding CYLON yang 55 minit. tapi, korang kena simpan segala beg dan pape benda yang ada dalam poket kat loker yang disediakan. loker dia guna cap jari. for the first 45 minutes free of charge, tapi after 45 minutes akan di-charge SGD3. for subsequent 20 minutes pulak akan di-charge SGD2.


 Gini lah loker nya


Memandangkan waiting time untuk HUMAN tak lebih 45 minit, so kitorang tak dikenakan pape bayaran untuk loker. lepas keluarkan beg dan masukkan ke dalam loker yang baru, kitorang pergi beratur untuk CYLON pulak. tapi waiting time untuk CYLON memang azab. dekat sejam! yelah CYLON kan lebih best, sebab tulah ramai yang nak naik. masa ni aku tersangat jeles dengan sape-sape yang ada Express Ticket. huhu.

Jadi, kami pun di-charge SGD3 sebab dah lebih 45 minit. tapi, any change takkan dipulangkan. kurang ajar betul kan loker tu. dah lah masa tu aku ada SGD4 je. so, ziha cancel kejap proses re-open locker kitorang tu sebab ada orang lain nak guna loker tersebut di kala aku mencari duit pecah. rupa-rupanya, once kita dah exit then re-open balik, tak semena-mena charge akan bertambah SGD2 walaupun belum 20 minit. sabar je ah dengan loker tu. tak pasal-pasal kena bayar SGD5!




Nasib baik uncle yang jaga loker tu bagi kitorang diskaun SGD1. so, kitorang kena bayar SGD4. ceh... SGD4 habis kat loker je. disebabkan kami berdua, so sorang kena bayar SGD2.

***

Settle part Battlestar Galactica : HUMAN vs CYLON, kitorang pergi pulak ke area Ancient Egypt untuk naik Revenge of the Mummy~




Gini lah rupa ride nya. indoor roller coaster yang gelap. beg pun kena simpan kat dalam loker. waiting time tak lama sangat, dalam 20 minit kot sebab dah ramai orang pergi kat Battlestar Galactica agaknya










***

Dah habis jelajah Ancient Egypt, meh kita pergi ke area The Lost World~


Mari kita naik ride ni - Jurassic Park Rapids Adventure. tak perlu simpan beg ke dalam loker. masa ni waiting time dalam 30 minit


Kalau nak naik ride ni, kena ready... kot-kot baju korang akan basah. aku dah prepare raincoat awal-awal. hehe. kalau nak beli raincoat kat sini boleh saja. harganya SGD4. aku tak mampu. hahaha =P


 Kalau dah basah sangat, ada drying pods disediakan kat luar ride tersebut. harganya SGD5. semua benda kat USS ni mahal-mahal belaka!


Then, kitorang pergi pulak ke WaterWorld. ini merupakan live water show yang dilakonkan oleh stuntman omputih. ada waktu tertentu untuk show tersebut. kalau tak silap, dalam sehari ada 3 kali kot show ni dilakonkan. korang boleh tengok slot show tersebut kat entrance WaterWorld.




 Show ni sama je pun setiap tahun. aku dah pernah tengok show ni tahun lepas. saja je nak suruh ziha tengok jugak. okay lah best lah jugak stunt dia. tapi disebabkan aku dah tengok tahun lepas, dah boleh hafal jalan cerita dia, so bosan sikit bagi aku. show ni hanya best bagi first timers. hehe =D


***

Settle part The Lost World, kami beralih pula ke area Far Far Away~








Aku dah pernah tengok Shrek 4-D Adventure tahun lepas. saja ajak ziha tengok lagi. masa ni waiting time 15 minit. benda alah ni macam tengok wayang 4D. kena pakai 3D glasses then ada effect 4D jugak. jalan cerita tetap sama macam tahun lepas. takde yang beza pun. best untuk first timers je kot. heeeee~




 Rumah Shrek


 Tandas Shrek


Seppp sikit Pinocchio!!!


Then, kitorang naik ride terbaru yang ada kat USS iaitu Puss In Boots' Giant Journey~


Masa ni waiting time 30 minit


Naik suspended coaster. okay lah best lah jugak. tapi tak thrill. sesuai untuk budak-budak. haha =P


***

Akhirnya, kita tiba kat area terakhir yang ada dalam USS iaitu Madagascar~


Secara jujurnya, semua ride kat area ni tak thrill langsung. disebabkan dah bayar tiket mahal-mahal, rasa macam rugi pulak kalau tak try ride yang ada kat area ni. so, kitorang pun naik lah Madagascar : A Crate Adventure. waiting time dalam 10 minit je


Gini lah rupa ride tersebut. tak best pun. bosan. haha!


Then, ziha cakap dia teringin nak naik merry-go-round kat King Julien's Beach Party-Go-Round. takpe lah layan kan jelah. lagipun ride tu takde waiting time langsung. haha!






***

Pastu, macam dah tiba masa untuk makan. perut pun dah berkeroncong ni. tadi duk sibuk alas perut dengan twiggies dan air mineral je sepanjang beratur sebelum menaiki ride. telan air liur jelah tengok macam-macam jualan kat stall yang ada kat sekitar USS. orang takde duit memang macam ni. huhu. kat sini, ada je restoran halal. try tengok kat map, di manakah terletaknya restoran halal tersebut then boleh lah korang makan kat situ.


Tahun lepas aku makan nasi briyani kat sini - Marty's Casa Del Wild. tapi kali ni dia tutup pulak


So, kitorang pun pergi ke restoran Goldilocks yang ada kat area Far Far Away. rupa-rupanya kat situ dia jual burger dan ayam je. macam KFC. takpe lah bantai jelah asalkan tak kelaparan sangat.




Kitorang order combo F - spicy chicken burger and fries. harga dia SGD11.80. kalau ditukarkan ke Ringgit Malaysia adalah dalam RM33. nak tersedak makan burger sampai RM30! hahaha >.<

Kitorang tak beli air pun. ziha cuma minum air mineral yang dibawa dari JB, aku pulak minum air kotak yang dah beli kat 7-Eleven semalam. air paling murah kat situ berharga SGD3.50 (RM10). tu pun carbonated drinks.

Then, perut dah kenyang... marilah kita pergi menunaikan solat. sila cari surau kat area Sci-Fi City, betul-betul kat sebelah Battlestar Galactica : HUMAN.




Kecik je surau dia. ruangan muslimin dengan muslimat asing. ada tempat wuduk sekali kat dalam ruangan solat tersebut. tapi takde cermin


***

Dah selesai semua urusan yang wajib, kitorang berpatah balik ke arah TRANSFORMERS. masa tu waiting time dalam 15 minit. so, kitorang pun naik ride tersebut untuk kali kedua. konon-konon lepas tu nak naik Battlestar Galactica : HUMAN vs CYLON lagi. tapi waiting time untuk HUMAN je 45 minit, CYLON pulak 55 minit. kalau kitorang tunggu, konfem tak sempat nak jalan-jalan kat sekitar USS sebab masa tu dah dekat pukul 6 petang. dah lah USS tutup pukul 7 petang. di sinilah terbukti betapa pentingnya membeli Express Ticket bagi mereka yang mampu T_T

Ada je ride lain yang kitorang tak naik sebab ride tersebut hanya sesuai untuk budak-budak. kalau mak budak nak naik boleh saja. tapi tak thrill langsung. hihi. jadi, kitorang pun ambik keputusan untuk ronda-ronda USS je~






Pabila dah pukul 7 petang, kitorang pun keluar dari entrance USS. singgah jap kat souvenir shop yang ada kat depan globe femes tu sebab ziha nak beli souvenir untuk family dia. aku takde beli pape. dah pernah beli souvenir tahun lepas. hehe. harga souvenir kat sini sangat mahal. paling murah dalam SGD5 kot.

Then, ayuh pergi menaiki bas kat tempat bas turunkan kita pagi tadi. tepat pukul 7.30 petang, bas pun bergerak menuju ke Tune Hotel semula. proses yang sama berlaku. bas akan berhenti kat imigresen Singapore dan imigresen Malaysia. sampai kat Tune Hotel dalam pukul 9.45 malam.

Then, aku mintak tolong staff hotel tu call kan teksi bermeter sebab kitorang nak ke JB Sentral. sekejap gila teksi sampai. dalam 5 minit je driver teksi dah tercongok kat depan Tune Hotel. perjalanan dari Tune Hotel ke JB Sentral memakan masa 15 minit. tambang nya RM15 tapi tambah upah call teksi RM2 jadilah RM17. so, sorang perlu bayar RM8.50.




Kenapa kitorang pergi ke JB Sentral memalam buta ni? haaaaa semalam pergi ke JB naik flight... hari ni nak balik ke KL semula kita naik KTM! sebenarnya, ni first time aku naik Intercity KTM. first time jugak nak merasa KTM yang ada katil tu. kikiki =P


Kitorang ambik KTM direct from JB Sentral to KL Sentral. bertolak dari JB Sentral pada pukul 11.35 malam, sampai kat KL Sentral pada pukul 6.50 pagi esok


Memandangkan perjalanan nya sangat lama, so kitorang nak tidur dalam train. takmo tidur kat seat biasa. nak katil. demand! haha. tapi, duit tak berapa nak ada. so, molek lah kiranya kita ambik katil yang paling murah dengan tambang RM39. sama je kan macam harga one-way flight KLIA2-JB. hehe =D

Kitorang dah booked online Intercity KTM ni. sape-sape yang nak book tu boleh lah klik sini =)

***

Train pukul 11.35 malam. masa sampai kat JB Sentral, jam baru menunjukkan pukul 10 lebih. so, kitorang lepak KFC dulu then aku pun order KFC sebagai dinner. ambik set yang paling murah sebab cuma nak alas perut sampai pagi esok. total dinner dalam RM10.

Then, kitorang pun menunggu kat depan gate B yang ada dalam JB Sentral tu. first time menunggu train cenggini. excited pun ada. rasa macam nak balik kampung beraya. hehehe =D

Akhirnya, train pun tiba!


 Gini lah rupa koc untuk Superior Night Class =)


Aku ambik katil yang atas. so, kena memanjat tangga sikit


Overall okay lah pengalaman aku first time naik Intercity KTM ni. lena je aku tidur. rasa macam dalam buaian. hahaha! pastu ada toilet kat setiap koc.

Train ada banyak kali berhenti kat stesen mana entah. aku tak ambik tau sangat. tidur lagi bagus. hihi. bila dah nak sampai kat KL Sentral, petugas gerabak akan kejutkan semua orang. so, takyah risau kot-kot terlepas stesen pulak.

Sampai kat KL Sentral dalam pukul 7 pagi. then, kitorang terus ambik ERL atau KLIA Transit untuk balik ke Putrajaya Sentral dengan tambang RM9.50. orang lain sibuk nak pergi kerja, kitorang muka tak mandi naik ERL. hahaha =P

Sekian! itu sahaja cerita short escape aku ke USS. memang short sangat kan trip kitorang kali ni. dua hari dua malam je meliar. pastu, balik ke pangkuan keluarga semula. kekeke =P

***

Jadi, jumlah keseluruhan perbelanjaan aku dalam trip ke USS adalah~


* Flight KLIA2-JB = RM39
* Teksi from airport to Tune Hotel = RM44 / 2 = RM22
* Tune Hotel = RM60 / 2 = RM30
* Bas dan tiket masuk USS = RM195
* Teksi from Tune Hotel to JB Sentral = RM17 / 2 = RM8.50
* KTM JB Sentral-KL Sentral = RM39

Total transport + hotel + tiket USS = RM333.50


* Lunch kat airport = RM19.40
* Dinner kat JB = RM13.50
* Breakfast dan jajan beli kat 7-Eleven = RM12
* Lunch kat USS = SGD11.80 = RM33
* Dinner kat KFC = RM10

Total makan = RM87.90

TOTAL SEMUA = RM421.40

***

Senang cerita, korang kena prepare sekurang-kurangnya RM500 untuk ke USS. tu pun kalau korang dari KL. part makan tu pulak bergantung kat diri masing-masing. kalau nak saving lagi, takyah makan. puasa! kekeke =P

Okay sampai sini sahaja entri aku kali ni. tetiba blog si Kura-Kura ni dah jadi macam blog travel pulak kan. hiks! sejak dah pandai travel sendiri, kaki ni gatal je nak pergi travel lagi. bajet banyak sangat duit. HAHA!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...