18 August 2015

Trip to Sabah : Day 2 - Kundasang (War Memorial, Kinabalu Park) #r4308vacay

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Dah habis cerita pasal Day 1, marilah kita beralih ke Day 2 pulak :)

Kat Sabah, pukul 4 lebih dah Subuh. Jadi, seawal pagi kami bangun untuk solat. Then, terus mandi sementara hari masih gelap. Nanti dah terang susah pulak nak mandi pabila mengenangkan dinding toilet kami yang transparent tu.

Kalau mengikut plan, pukul 6.30 pagi nak bertolak ke destinasi seterusnya sebab pukul 11 pagi dah kena check-out hotel. Tapi, gitu-gini-gitu-gini, pukul 7.30 pagi baru kitorang keluar dari bilik. Haha. Pastu, duk sibuk merayau-rayau kat sekitar J. Residence dulu.


 Jangan ingat ini candid sebab memang kitorang saja berposing cenggitu. Luls.


 Aku dengan Kak Cik sibuk set-up camera, budak dua orang ni sedap pulak tidur bersama meow di situ.


 Punya lah lama nak set-up camera, sekali gambar ni je yang jadik. Yang lain hampeh. Haha.


Dekat sejam jugak lah kami membuang masa di situ. Rasanya baik kita menuju ke destinasi yang seterusnya! Tapi, sebelum kita sambung berjalan, better pergi breakfast dulu kot sebab perut dah berkeroncong. J. Residence cuma sediakan kopi segera je kat bilik hotel. Takde breakfast.

Memandangkan semalam kitorang dah dinner kat Restoran Hidayah, jadi pagi ni nak tukar selera pulak. Kitorang breakfast kat Restoran Intan, berdepan je dengan Restoran Hidayah.

Aku sorang je yang order nasi goreng. Dorang bertiga order soto ayam. Memang dah jadi tradisi kat Kundasang kot untuk makan sup panas pagi-pagi sebab cuacanya sejuk. Soto nya pulak bukan guna nasi impit tau. Dia guna mihun. Then, aku order nescafe O suam sebab tak mampu nak minum ais dalam cuaca yang sejuk ni. Total breakfast aku adalah RM6.50. Gambar breakfast takde sebab masing-masing dah kebulur. Haha.

Pabila perut dah kenyang, kami pun teruskan perjalanan ke Kundasang War Memorial.


Dari J. Residence nak ke Kundasang War Memorial, kita akan lalu Restoran Intan dulu


 Gunung Kinabalu dari pandangan mata aku yang rabun :P


Tiket masuk Kundasang War Memorial RM2 seorang




Secara jujurnya, aku tak tau pun apa yang ada kat Kundasang War Memorial tu. Bila dah sampai sini baru tau tempat tu didedikasikan untuk tentera Australia dan British yang terkorban dalam kem tahanan perang kat Sandakan.




 Menurut hasil kajian Kak Cik, ada 4 garden kat sini. Mungkin yang ni first garden.










 Takde apa pun kat Australian Garden ni. Cuma ada pokok. Fat yang tengah further post-graduate study in plants jadi mangsa pada hari ni. Semua jenis pokok dia kena terangkan kat kitorang bagi membuktikan dia layak bergelar Master in Plants. Haha.


Second garden








Third garden. Aku kelihatan sangat pendek dalam gambar ini.


Kak Cik dan Fat. Orang kuat trip kali ni :)




 Aku dan Akmal bajet bergambar pre-wedding. Ahaks!


Mungkin ini the fourth garden




Lawanya view! Macam kat Gamcheon Cultural Village kat Busan :)


Haruslah iuolllsss berpoyo-poyo di situ :P


 Fat tengah update instagram. Haruslah bagitau followers dia ada kat Sabah :P


Berjuta-juta keratan akhbar mengenai Australia dan British


Generasi yang malas membaca macam aku cuma reti ambik gambar je. Hihi.


Dah habis pusing-pusing, meh kita bergambar sekeping dua. Buat kenang-kenangan orang kata.




Mintak jasa baik staff kat situ ambik kan gambar


Dia yang cadangkan ambik gambar kat sini. Memang photo zone katanya.


 Okay lah Kundasang War Memorial. Weollsss blah dulu ye~


Dalam pukul 10 pagi camtu, kitorang bertolak ke Kinabalu Park pulak.


Kinabalu Park tersangat dekat dengan J. Residence. Pasni boleh terus check-out.


Tiket masuk Kinabalu Park RM3 seorang


Route pendakian. Masa ni Gunung Kinabalu belum dibuka untuk pendakian selepas gempa bumi.


Mungkin kah satu hari nanti aku mampu mendaki Gunung Kinabalu? Setakat ni baru dua kali daki Bukit Broga. Haha.


Kitorang naik kereta sampai ke tempat permulaan mendaki (Timpohon Gate)


Bestnya kalau tinggal kat sini. Sejukkkk.






Kononnya nak panjat tangga ni untuk tengok water fall. Tapi outfit kami tak sesuai langsung dengan muka bumi kat sini.


Jadi mari kita memadatkan diri dalam lensa kamera! Tak dapat mendaki, bergambar pun jadi. Kitorang semua tak reti selfie. Monopod pun takde. Fat lah yang jadi mangsa mengambil gambar sebab tangan dia paling panjang. Haha.


Lepas dah sampai Timpohon Gate, kitorang berpatah balik ke entrance. Kita bergambar sikit kat entrance pastu jom lah blah ke J. Residence semula.


#r4308vacay to Sabah :)




Okay okay mari blah!


Masa tu dah dekat pukul 11 pagi. Kelam-kabut kitorang balik ke J. Residence. Takut kena bayar extra pulak kalau lambat check-out.


Dalam kelam-kabut tu, sempat pulak bergambar kat beranda. Hiks.


Nasib baik J. Residence tak denda kami sebab check-out lewat. Katanya takde visitor lain untuk bilik tu. Hihi. Okeh goodbye J. Residence. Overall iuolllsss bagi 6 bintang sebab dinding toilet transparent dan takde elektrik malam tadi. Haha.


Fat semakin pandai selfie. Hihi. Bersama signboard J. Residence dan Viva putih kami :)


Akhirnya, tamat sudah pengembaraan kami kat Kundasang. Marilah kita menuju ke KK pulak. Kali ni, Fat pulak jadi driver. Adios Kundasang! Helllloooo KK :)

To be continued~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...