04 February 2017

#3rdtriptokorea - Day 3 (Seongsan Ilchulbong) - Jeju-do

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Selasa - 19 April 2016

Selesai sudah sehari merayap kat Jeju-do. Marilah kita meneruskan pengembaraan menaiki pengangkutan awam dan berjalan kaki tanpa henti di pulau ini! Destinasi pertama kami pada hari ini adalah Seongsan Ilchulbong (Seongsan Sunrise Peak).


 Ginilah rupa Seongsan Ilchulbong tersebut :)


Aku pernah cerita dalam entri ni bahawasanya Pulau Jeju terbahagi kepada 2 bahagian utama. Semalam kitorang dah cover Seogwipo-si (west side of Jeju). So, hari ni kenalah cover Jeju-si (east side of Jeju) pulak!

Seawal pukul 6 pagi masing-masing turun breakfast kat lobi YEHA Guesthouse. Kalau kat Malaysia, pukul 6 pagi tu gelap lagi. Tapi kat sini terang dah. Semasa musim bunga, pukul 6 pagi matahari dah terbit. Subuh seawal pukul 4.30 pagi. Waktu Maghrib sama je macam kat Malaysia, dalam pukul 7.30 petang. Best sikit lah berjalan waktu musim bunga sebab siang lebih panjang.  

Kalau berjalan semasa musim sejuk, waktu tu agak terbatas. Pukul 7.30 pagi baru cerah. Pukul 5.30 petang dah gelap. So, tak boleh berjalan lama-lama sangat. Kesejukan pada waktu malam tu pulak tahap menggigil tak hengat. Part paling best pasal berjalan semasa musim sejuk adalah, boleh merasai pengalaman bersalji kalau bertuah. Hihi :)

Overall, setiap musim lain-lain pengalamannya. Kena rasai sendiri dulu barulah faham :D

***

Semalam, masing-masing breakfast roti dengan jem je sebab penat. Hari ni, tenaga dah fully recharged. So, boleh lah breakfast gah sikit. Hohoho.


 Tengok tu busy betul memasing kuikui :P


Ziha dah siap bakar roti :)


Farah sibuk buat scrambled eggs :D

 
Hmm aku pulak be like a boss kahkah!


Sambil-sambil menunggu orang gaji siapkan breakfast, boleh lah mendendangkan lagu seketul dua


Yeay breakfast nampak mahal dah siap! :D


Sambil-sambil makan, boleh lah baca semua info mengenai Pulau Jeju yang tertampal kat meja tu




Selesai breakfast, basuh semua pinggan cawan dulu pastu boleh lah blah. Dalam pukul 6.45 pagi jugak lah baru kitorang bertolak dari guesthouse.


Baru pukul 6.45 pagi tapi dah terang cenggini


 Haaa tu dia destinasi kita, Seongsan Ilchulbong. Perjalanan menaiki bas mengambil masa sejam setengah.


Semalam, kita kena naik airport limousine bus untuk menuju ke arah Jungmun Tourist Resort Complex. Hari ni, kita kena naik intercity bus untuk menuju ke arah Seongsan Ilchulbong.


Ini dia Jeju Intercity Bus Route


Ada bermacam-macam bus route yang berlainan warna. Kalau nak ke Seongsan Ilchulbong, kita kena ikut East Belt Line route yang berwarna merah. Secara purata, operasi Jeju intercity bus bermula seawal pukul 6 pagi dan berakhir pada pukul 9 malam. So, pandai-pandai lah korang rancang perjalanan sendiri ye.


Dari YEHA Guesthouse, boleh jalan kaki mengikut peta menuju ke arah JEJU bus terminal. Dalam 10 minit je dah sampai.


Suasana sekitar Jeju yang sentiasa tenang


Kitorang sampai kat Jeju Intercity Bus Terminal tu dalam pukul  7 pagi. Pastu aku terus tanya kaunter mengenai bas untuk ke Seongsan Ilchulbong. Katanya kena naik bas bernombor 701. Belum sempat duduk rileks, ambik gambar seketul dua tetiba bas dah sampai. Kelam-kabut lah kitorang pergi ke gate untuk menaiki bas tersebut. So, mintak maaf ye sebab takde gambar langsung. Korang bayangkan jelah Jeju Intercity Bus Terminal tu macam Terminal Bas Pudu.

Nak naik intercity bus takyah beli tiket. Boleh guna T-Money je. Yang penting, bagitau kat driver mana destinasi korang. Dia akan tolak duit siap-siap dari T-Money. Aku tak sedar pulak berapa tambang masa tu sebab kelam-kabut naik bas punya pasal. Hihi.

Lagi satu, intercity bus ni tak bagi resit macam airport limousine bus. So, kena alert sendiri lah berapa tambang korang. Tambang bas bermula dari 1,000 won... berbeza mengikut destinasi.


Bas dia kecik sikit berbanding airport limousine bus


Ramai bebudak sekolah je dalam bas ni. Aku tak tau lah depa ni masuk sekolah pukul berapa? Dah nak dekat pukul 8 pagi depa masih lagha kat dalam bas.


 Windmill Jeju-do yang femes!


Boleh nampak dari jauh je huhuhu


Ada berpuluh-puluh bus stop sebelum sampai kat Seongsan Ilchulbong. Boleh jadi mereng jugak lah kalau kena alert dengan semua bus stop tu. Tapi korang jangan risau, sistem pengangkutan awam kat Jeju ni tersangatlah efisien. Kat dalam bas siap ada monitor yang memaparkan nama 'this stop' siap dengan nama 'next stop'.


Ginilah rupa monitor tersebut. Nice kan?


Selepas 1 jam 30 minit, akhirnya kami pun tiba di bus stop Seongsan Ilchulbong!!! Finally :D

Tapi, korang jangan pulak expect turun je dari bas terus tersergam indah Seongsan Ilchulbong tu kat depan mata. Prinsip travel ke Jeju-do adalah... berjalan kaki selagi mampu. Huhu. So, sila lah berjalan kaki sejauh 1 kilometer menuju ke entrance Seongsan Ilchulbong. Follow je tanda arah yang ada.


 On the way to the entrance of Seongsan Ilchulbong




Pastu ternampak pulak outlet Innisfree. Mata Farah dah bersinar-sinar masa ni. Hajat nak cari make-up kat Myeongdong kan tak kesampaian ekoran drama tersesat kat Seoul hari tu. Haaa inilah masanya untuk Farah tebus kekecewaan tersebut.


Dari belakang pun nampak excited HAHA :P


Alangkah malangnya nasib Farah sebab outlet Innisfree belum bukak lagi. Masa tu baru pukul 8.30 pagi sedangkan kebanyakan kedai cuma akan bukak pada pukul 9 atau 10 pagi. So, kitorang decide untuk singgah ke sini lagi dalam perjalanan balik nanti.


 Jalan punya jalan... akhirnya nampak pun Seongsan Ilchulbong!!!


Seongsan Ilchulbong ni termasuk dalam UNESCO World Heritage


Harga asal entrance tiket adalah 2,000 won. Sekali lagi kitorang menggunakan kelebihan sebagai 'youth' so kena bayar 1,000 won (RM3.60) seorang. Hihi.


 Opening hour : one hour before sunrise until sunset


Katanya... tempat tercantik untuk sunrise view di Jeju-do adalah kat puncak Seongsan Ilchulbong. Masalahnya, sunrise pukul 6 pagi. Pukul berapa pulak kitorang nak bertolak pergi sini. Hahaha. So, kita lupakan jelah hasrat nak tengok sunrise tu.


Tengok sunrise melalui gambar cukup lah :P
(Gambar ihsan KTO)
 

 Hello beauty :D


Seongsan Ilchulbong berasal daripada letusan gunung berapi lebih 100 ribu tahun dahulu. Kat atas puncak Seongsan Ilchulbong ni, ada kawah gergasi yang berukuran 600 meter diameter. Bentuk kawah tu pulak seakan-akan mahkota.


Ginilah rupa kawah tersebut dari pandangan mata burung
(Gambar ihsan Google)


Selain tu, Seongsan Ilchulbong juga dikelilingi oleh bunga kuning (canola flower) yang femes gila kat Jeju-do.


Tak mampu lah pulak kitorang nak menapak ke sini semata-mata nak dapatkan view cenggini huhu
(Gambar ihsan KTO)


 Setakat gambar cenggini mampu lah hewhew


 Tempat wajib bergambar kat sini. Tengok tu semangat tak aku beratur tunggu turn hehe.


Comrades! :D


Dok sibuk bergambar je, bila masa nak daki Seongsan Ilchulbong nih :P


Persiapan sebelum mendaki... sorok double chin sat :P


Orang kat Jeju ni jenis ramah-tamah sikit. Depa macam jarang nampak orang luar. Lagi-lagi yang bertudung. Macam satu pemandangan yang menakjubkan bagi depa. Tengok tu tak pasai-pasai Ziha femes. Ada orang nak bergambar dengan dia. Dah taraf retis dah :P


 Pasni boleh lah release album hewhew :P


Lagi satu, orang Korea suka puji perempuan bertudung 'yeppeo' (cantik). Banyak kali jugak lah kitorang kena puji kat sini. Kat Malaysia takde orang nak puji pun. HAHAHA! Jadi, kalau korang dipuji 'yeppeo' kat Korea, toksah perasan sangat kot. Benda tu biasa je sebenarnya :P


Tunggu Ziha si retis tu bergambar punya pasal, pukul 9 pagi jugak lah baru kami mulakan pendakian




 Sila prepare stamina anda secukupnya. Jangan lupa bawak air mineral.


Asal nampak port cantik sikit mesti lah kena berhenti untuk bergambar hihi


 Lepas dah sedar diri, baru teruskan pendakian


 Farah dah start pancit lagi lettew :P


Kebanyakan ahjussi dan ahjumma Korea fit belaka. Setakat naik berjuta-juta anak tangga ni takde masalah. Lebih laju dari anak muda Malaysia pulak tu. HAHAHA :P


 Jangan buat malu anak muda Malaysia please. Ayuh teruskan pendakian!


 Sikit lagi :D


Hmmm aku rasa cita rasa ahjumma Korea ni lebih kepada fancy clothes. Dah macam bipolar disorder in manic phase pulak aku tengok kehkehkeh :P
(Minah sebelah ahjumma tu pun kadang-kadang manic jugak LOL)


 Dah nak sampai ke puncak! Magnificent scenery subhanallah :D


 Setimpal lah dengan segala tenaga yang dicurahkan untuk mendaki ke sini :D


 Cantik kan?


 Walaupun penat dan berpeluh, muka maintain tak berminyak ekoran keadaan yang windy :D


 Hello Jeju-do!




 Belum sampai ke puncak lagi. Kena teruskan pendakian untuk jumpa kawah gergasi.


 Akhirnya kami pun tiba di puncak Seongsan Ilchulbong! Yeay!!!!


 Sebahagian kawah gergasi. Aku takde drone nak capture full view :P


 Setengah jam jugak lah nak sampai ke puncak. Bergantung kepada ketangkasan pendakian anda.


Sebahagian lagi kawah gergasi


 Takde apa sangat pun kat kawah gergasi ni. Cuma ada pokok dan rumput.


Tapi kalau dah namanya traveller, pokok dan rumput pun mampu menambat hati :P


 Cuaca agak panas jugak kat sini. Matahari tegak atas kepala.


 Sape yang nak pergi sini, aku pesan awal-awal. Perangai acah-acah diva tu tolong tinggal kat Malaysia okay. Sila pakai kasut yang bersesuaian untuk mendaki. Jangan pi pakai high heels pulak.


 Kalau hangpa pi Jeju-do, kena prepare mindset untuk mendaki dan berjalan tanpa henti. Bukan mindset sebagai pelancong yang pakai glam-glam ye :P


Masa kitorang tengah kat puncak tu, ada drone dok terbang atas kepala. Tak tau sape punya. Kitorang pun terkinja-kinja sekejap kat situ kot-kot muka Malaysia ni boleh masuk TV Korea kehkeh :P


 Dalam 15 minit jugak lah kami bersenda-tawa di puncak ini. Kihkih. Haa marilah kita turun!


 Route naik dengan route turun depa asing awal-awal supaya tak bertembung di tengah jalan


 Haaa part turun tangga ni laju sikit. Hihi.




 Lajunya Farah. Tak pandang belakang dah. Turun tangga punya pasal :P




 Haa hang tengoklah ketinggian tangga tu


 Tak sangka kitorang pi Jeju untuk mendaki sebegini


 Farah sentiasa kat depan. Konfiden je minah tu walaupun first timer. Tak ambik iktibar langsung insiden pada hari pertama. Kahkah :P


 Yeay dah sampai ke bawah!


 Pastu depa ni nak bergambar aksi pelik-pelik. Tak pasal-pasal orang lain dok pandang je -,-






 Ada banyak bunga purple tapi takde bunga kuning sobsob




Kalau kitorang dok berdiri ramai-ramai pakai tudung gini, mesti ada orang Korea akan tegur. Pertanyaan biasa adalah... "Indonesia?" Duhhh... asyik disalah-anggap sebagai orang Indonesia je huhuhu. Bagi depa, asal pakai tudung je orang Indonesia. Ada jugak pertanyaan... "Indonesia or Malaysia?". Haaa yang tu menyedapkan hati sikit sebab ada sebut Malaysia. But still... they mentioned Indonesia first. 

Kalau setakat disalah-anggap sebagai Indonesia boleh terima lagi. Ni ada yang tanya... "India?". "Africa" pun ada. Rasa macam nak lepuk je mulut depa. Hahaha. Tau lah kami tak Qu Puteh barulah putih -,-

Nasib baik dipuji 'yeppeo'. Hihi.


Eh kat bawah tu ramai orang


Haaa kat situlah tempat Jeju Woman Diver (Haenyeo) beraksi


Depa ni hebat tau. Umur dah 60 tahun pun mampu menyelam tangkap hidupan laut tanpa bergantung kat tong oksigen.


Ginilah rupa para Haenyeo yang hebat itu
(Gambar ihsan KTO)


 Ingat nak turun sat. Tapi tengok lah tangga dia tinggi mana.


Jadi kami batalkan saja niat itu. Lagipun masa ni baru pukul 10.15 pagi. Haenyeo performance tu pukul 1.30 petang dan 3 petang je.


 Tengah syok bergambar kat situ, boleh pulak ahjussi kat belakang membuang air kecil di atas rumput -,-


 Fineeee gambar aku je tercemar dengan ahjussi tadi. Gambar dia tak pulak.


 Selain daripada Haenyeo performance, horse riding pun ada jugak kat sini


 Gadis berpapan tanda


Okay lah gambar terakhir sebelum blah. Annyeong Seongsan Ilchulbong!


Kat entrance Seongsan Ilchulbong ada kedai menjual souvenir. Aku rembat seketul fridge magnet je. Harganya 3,000 won (RM10.80). Harga souvenir kat Jeju-do mahal-mahal belaka. So, tak perlu target nak cari souvenir sangat kat sini. 

Oh ye. Semalam pun aku ada beli souvenir kat entrance Daepo Jusangjeolli Cliff. Lupa pulak nak cerita. Aku cuma beli satu set patung Dol Hareubang yang kecik berharga 2,000 won (RM7.20) dan satu set patung Dol Hareubang yang besar sikit berharga 3,000 won. Takde motif pun beli patung tu. Saja je gedik sebagai tanda dah sampai ke Jeju-do :P


Tudiaaa busy betul membeli-belah :P


Haaa tadi nasib Farah agak malang sebab outlet Innisfree belum bukak. Marilah kita mencuba nasib sekali lagi :)


On the way nak ke Innisfree, terjumpa outlet Aritaum
(Gambar ihsan KTO)


Aritaum merupakan outlet make-up yang femes kat Korea. Dalam tu ada bermacam-macam jenama femes sampai boleh rambang mata. So, Farah buat keputusan untuk ke sini dulu.

Aku tak reti sangat pasal make-up. Yang aku tau... duta make-up ni merupakan girl crush aku. Song Hye Kyo!!! :D


Mahal-mahal betul barang Laneige ni


 Dangyeol!


Dah settle urusan kat Aritaum, kitorang blah ke Innisfree pulak. Farah ada beli something. Tak ingat pulak aku pebenda yang dia rembat. Lepas tu, kitorang dok tunggu teksi kat depan outlet Innisfree tu. Nasib baik lah ada teksi berhenti.

Next destination ---> Seopjikoji. To be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...