24 June 2011

Jodoh

Assalamualaikum & annyeong haseyo...



“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya dan Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”- Blog The Other Khairul

In-Team & Mestica - Kerana Cinta

23 June 2011

Zaman sekolah dulu-dulu

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Apa khabar sume? harap-harap korang sihat *tetibe ambil berat*. entri kali ni takde pape info pun. cuma untuk santapan minda yang makin lama makin beku sebab banyak makan fast food je *terasa*.

Well.. korang pernah tak pikir-pikir balik apa yang cikgu and lecturer panggil korang dari tadika sampai masuk universiti (untuk sape-sape yang dah masuk universiti lah). tak pernah ke? korang memang tak suke berfikir secara kreatif dan kritis.. haha. takpe takpe.. aku boleh tolong pikirkan.

Masa tadika

Cikgu :  adik-adik.. dah dah main kat luar tu. jom masuk dalam makan snek.

Masa sekolah rendah

Cikgu :  murid-murid... faham tak apa cikgu ajar ni?

Masa sekolah menengah

Cikgu :  ada pape soalan ke pelajar sume?

Masa kat universiti

Lecturer :  mana-mana student yang ada soalan boleh jumpa saya secara personal.

---------------------------------------------------

Amacam? ada refresh balik tak otak korang tu? aku tak tau lah korang dapat title yang sama ke tak. tapi berdasarkan pemerhatian aku, ni lah yang selalu terjadi. macam-macam title kita dapat dari dulu sampai skang.


Masa kat tadika, cikgu bajet dia muda kot. sebab tu panggil kita adik. tapi bila dah jadi adik-adik, rasa tak yang word tu membawa maksud lain? haha.

Masa sekolah rendah, dah lali dah telinga ni dengar cikgu panggil murid-murid. tak taulah kenapa. kalau kat sekolah menengah amat jarang kita nak dengar cikgu panggil kita murid-murid kan. ada ke? sepanjang aku sekolah menengah tak pernah dengar lah pulak cikgu panggil murid-murid.

Aku pernah terdengar orang cakap maksud MURID tu adalah Masa Untuk Rasai Indahnya Dunia. haha. kreatif betul pemikiran orang tu. maksudnya sekolah menengah tak rasa indahnya dunia lah. sebab masa tu dah mula terbeban dengan masalah pelajaran dan cinta ke? (biasalah.. bila umur dah masuk belasan tahun mula lah nak cari true love). dan aku mula terpikir, apa maksud PELAJAR? kalau korang mampu pikir korang memang genius.


Finally, dah masuk universiti. masa ni mula lah rasa bangga giler. aku masuk universiti siot! lecturer pun start panggil student. pergghh serius rasa cam omputih beb. lecturer-student, memang terms yang mantap untuk menuju misi kerajaan bagi memperkukuhkan Bahasa Inggeris. jadi perlukah kita cari apa maksud STUDENT? tak payah kot. kan tu translation word pelajar je.

So, apa motif aku post entri ni? takde motif pun sebenarnya. saja je gatal-gatal tangan on laptop sebab mata tak mengantuk even esok aku kena bangun awal sebab nak tolong mak kat tempat kerja. adeh semput nafas cakap takde koma. ok lah.. chow bebeh. good night~

*  mengharapkan ada notification kat inbox facebook....


18 June 2011

Segmen belajar tulisan korea 3

Assalamualaikum & annyeong haseyo...


Hai you all! lama kot aku tak update entri mengajar bahasa korea ni. al maklum lah busy memanjang (busy lah sangat). ok ok, dah ready dengan ipad masing-masing? (apa kes pen dengan kertas.. outdated style). tak payah merepek-repek lagi, kita mulakan terus lah ye.

Kalau entri sebelum ni aku tekan kan pasal panggilan-panggilan dalam family, kali ni aku nak ajar kata-kata sapaan pulak. sekaligus, boleh lah korang praktikkan kat bakal mak mertua ke, bapak mertua ke, biras ke, beras ke, kucing sebelah rumah pun boleh jugak. kot-kot terus masuk senarai menantu pilihan sebab pandai cakap bahasa asing. aku pun dapat nama jugak.. haha perasan. dah dah! aku nak mula ni. korang ni suka buat aku lari topik. seperti biasa, ni bahasa formal ok. bukan bahasa pasar (banmal).

1.  apa khabar/ selamat  -  an  nyeong  ha  se  yo
     pagi sampai petang         안      녕   하  세 요


2.  selamat malam  -  an  nyeong  hi  ju  mu  se  yo
                                        안      녕   히  주  무   세  요


3.  selamat tinggal    -  an  nyeong  hi  kye  se  yo
     (orang yang pergi)     안     녕    히  겨   세 요


4.  selamat tinggal   -  an  nyeong  hi  ka  se  yo
     (orang yang stay)     안      녕    히 가  세 요



5.  hello (dalam telefon)  -  yeo  bo  se  yo
                                                여   보  세  요


6.  terima kasih  -  kam  sa  ham  ni  da
                                    감    사   합  니 다


7.  sama-sama  -  cheon  man  e   yo
                                    천      만  에 요


8.  maafkan saya  -  mi  an  ham  ni  da
                                      미  안  합   니 다


9.  tunggu sekejap  -  jam  kkan  man  yo
                                       잠     깐    만   요


10.  saya suka awak  -  joh  a  ha  se  yo
                                         좋   아   하  세   요


11.  saya sayang awak  -  sa  rang  hae  yo
                                              사  랑    해  요

Korang mesti pelik kan apsal sume ade 'yo' kat hujung. cam rap pulak ber-yo-yo. 'yo' tu menunjukkan rasa hormat, kalau berborak dengan member kamceng boleh lah drop 'yo' tu. tapi kalau berborak dengan mak mertua, jangan jangan. sila ber-yo-yo ok.

* kalau lah nak cakap 좋아하세요 tu semudah ABC, takde lah aku jadi kurakuraygslow =.=


10 June 2011

No more feeling

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Kabare? *mood jawa sikit* sila jawab waras. ini perintah! *mood garang lak* ermm.. buat pengetahuan semua, mulai hari ini, saat ini, detik ini, aku dengan rasa bangga dan gembira nya ingin mengisytiharkan bahawa kisah terencat telah diberhentikan penerbitannya. menurut kata penulis cerita tersebut, beliau dah tak nampak apa rasional nya lagi menyambung cerita yang dah tak bermakna pape lagi dalam hidup beliau. oleh itu, sesiapa yang dah tertarik dengan kisah tak menarik tersebut, sila lah menangis teresak-esak sambil memegang bahu kawan di sebelah ok.


Kata penulis itu lagi, beliau sangat pelik dengan sikap makhluk yang kompleks-dan-rumit-tapi-tak-nak-mengaku-kompleks atau dalam bahasa mudahnya LELAKI. yeah lelaki. dulu, masa beliau ada simpan limpa kat 'orang' tu and selalu mengharapkan 'orang' tu contact, like atau komen status, tak pun post something kat wall beliau, 'orang' tu tak buat apa pun. konon-konon macam tak berminat sangat lah dengan beliau. sampai beliau sedih-sedih sebab diabaikan oleh 'orang' tu, lantas meluahkan kesedihan beliau kepada lipas peliharaannya.

Tapi, bila limpa beliau dah mula takde kat 'orang' tu, atau dalam bahasa inggeris nya.. her feelings become fading *ececeh speaking london* 'orang' tu lak mula lah nak contact-contact beliau, waktu beliau tengah sibuk menanam tanaman untuk dimakan oleh zombie. kalau lah dari awal 'orang' tu tunjuk minat, takdelah beliau susah-susah nak susahkan diri kan (apsal macam pelik je tatabahasa ni?).


So, kesimpulannya.. beliau memang dah takde pape limpa lagi kat 'orang' tu. beliau nak bukak limpa untuk orang lain pulak. mungkin jugak bukak limpa cadaver.. haha. kepada 'orang' tu, kalau dia baca blog ni lah kan, beliau cuma nak ucapkan terima kasih sebab dah jadi kawan yang sanggup layan segala ayat-ayat merapu beliau. tapi, maaf sebab beliau dah takde limpa kat anda lagi. sekian, terima kasih.

03 June 2011

Mood ' I'm A Loner '

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Dah 5 hari aku tak online. ni sume sebab program tambahan yang memerlukan aku belajar dan jadi rajin tu. walaupun aku memang tak rajin, terpaksa lah buat-buat rajin, buat-buat masuk library tapi tak baca buku pun. boleh tak jadi doktor, tapi tak nak belajar? haha.. apa punya soalan sengal lah yang aku tanya ni. memang lah kena belajar PANDAI. kalau tak kau tak jadi orang, jadi penyu.

Dah habis part introduction yang takde kena mengena dengan cerita sebenar. aku just nak bagitau yang aku terasa macam aku ni seorang loner. seyes LONER. bila tengok orang ada partners, aku pun fikir punya fikir punya fikir, bila aku nak ada partners partner?




Abang dah ada miss diva gediks tu....
Adik pun ada affairs dia yang tak terkira banyak nya...
Kiah pulak ada... ermmm ada henfon dia...
Aku?????


muka seorang loner

Dan akhirnya, aku dah dapat jawapan. maybe, takde orang nak approach aku sebab nampak ni tertepek cantik kat muka aku.

nak jadi doktor kan kena baca banyak buku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...