20 January 2017

#3rdtriptokorea - Day 1 (Seoul - Jeju-do) #mencariyoosijin

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Ahad - 17 April 2016

Dari Yeouido Hangang Park, kitorang teruskan perjalanan menuju ke Myeongdong. Waktu terbaik untuk melawat Myeongdong Street adalah pada waktu malam. Pada waktu siang, cuma outlet besar je bukak. Street vendors hanya akan mula beroperasi pada waktu malam. Sesuai sangat untuk sesiapa yang suka suasana havoc. Tapi, tujuan utama kitorang ke Myeongdong Street adalah sebab Farah nak cari make-up. So, pergi waktu siang pun no problem. 

Masa dalam subway on the way dari Incheon International Airport nak ke pusat bandar Seoul, aku tanya awal-awal dorang nak pergi mana. Belum sempat depa jawab, aku dah cop Hoegi Station, KBS dan Yeouido Hangang Park awal-awal.  Dasar diktator. Hahaha.

Kalau diikutkan, kitorang takde masa yang banyak pun untuk meliar kat Seoul. Pukul 6 petang mesti bertolak ke Gimpo International Airport sebab flight ke Jeju-do pada pukul 8.30 malam. Farah teringin nak pergi ke Myeongdong Street. Memandangkan dia tu first timer, so meh lah kita tunaikan permintaan dia. Hihi.


 Gerenti Farah dah tak sabar nak pergi syurga kosmetik nih!


Pastu boleh pulak minah tu suruh kitorang biarkan dia merayau sorang-sorang kat Seoul. Konon-konon nak cari jodoh lettew. Ceh!


***

Cara untuk pergi ke Myeongdong dari Yeouido Hangang Park adalah~



1. Dari LINE 9 National Assembly Station (Sports Complex bound), transfer kat Noryangjin Station
2. Dari Noryangjin Station, tukar ke LINE 1 menuju ke Seoul Station (Soyosan bound)
3. Dari Seoul Station, tukar ke LINE 4 menuju ke Myeongdong (Danggogae bound) 


Kitorang pun dengan perasaan gembira menaiki subway dari National Assembly Station menuju ke Noryangjin Station. Pabila tiba kat Noryangjin Station, perkara sama macam #2ndtriptokorea berulang kembali. Stesen dia lain dari subway station yang biasa. Dah macam stesen komuter. 

Masa beratur sebelum naik train tu, Farah berdiri paling depan. Konfiden je minah ni padahal first timer. Pastu train pun sampai. Farah dah naik dulu. Tetiba aku macam hesitate... eh betul ke tidak train ni? Ziha dan Kiy tengah berdiri kat belakang aku. Dalam aku teragak-agak tu, tetiba pintu train tertutup. Wehhhh Farah ada kat dalam tu!!! Dah lah dia first timer!!!! Then dia tak tau nak turun kat stesen mana!!! Huwaaaa macam mana nih!!!!

Pastu, train pun bergerak. Ziha cuba sedaya-upaya bagi bahasa isyarat supaya turun kat the next station. Dalam kelam-kabut tu, aku pun sibuk nak bagi bahasa isyarat jugak. Aku suruh dia pusing balik pergi ke stesen ni semula. Lepas tu baru aku terfikir, mana lah si Farah tu reti nak patah-balik ke sini. Ternyata otak aku bengap sangat masa tu.

Kitorang dah cuak dah. Baru first day kot. Apa nak jawab dengan mak-bapak Farah kalau anak dia hilang kat Korea.  Nak call dia tak dapat sebab kitorang takde simcard Korea. Nak whatsapp pun tak dapat sebab takde internet connection. Macam-macam teori keluar masa tu. Dah lah dah pukul 4 petang. Ada 2 jam je sebelum kitorang pergi ke Gimpo International Airport. 

So, kitorang ambik keputusan untuk naik the next train, then berhenti kat Seoul Station sebab tu je stesen yang familiar untuk Farah. Sambil mengharapkan kitorang boleh berhubung melalui telepati. Tapi bila sampai kat Seoul Station, Farah takde pun. So, kitorang berpatah balik ke Noryangjin Station. Duk panggil-panggil nama dia sepanjang Noryangjin Station tu. Tapi dia takde. Huhu. So, kitorang stop kat Yongsan Station pulak. Pun dia takde. Stop kat Namyeong Station pun dia takde.

Masa ni emosi dah tak stabil. Kitorang turun kat Seoul Station. Tak kisah lah tambang T-Money kena potong sekalipun. Kitorang mintak tolong eonni penjaga information counter kat Seoul Station. Tapi tak membantu sangat pun sebab dia tak reti English langsung!!! Dia suruh kitorang pergi ke pusat kawalan Seoul Station. Nasib baik eonni pusat kawalan tu reti sikit cakap English.

Semua vocab Korea keluar masa tu. Dengan bahasa isyarat sekali. Semata-mata nak bagi dia faham kerisauan kami. Kitorang suruh dia tengok CCTV. Ada tak makhluk bertudung oren berkeliaran kat sekitar stesen. Siap tunjuk gambar Farah lagi. Tapi nak cek CCTV tu ambik masa lah pulak. Huwaaaa nak nangis sangat masa nih!!!

Kitorang pun ambik keputusan untuk cari tempat loker simpanan luggage kat Seoul Station tu. Kot-kot Farah tengah setia menunggu kat situ. Masalahnya, kitorang tak jumpa loker tu!!! Seoul Station BESAR SANGAT! Dengan emosi yang tak stabil, otak pun tak mampu berfikir dengan waras. Pergi tanya eonni information counter sambil tunjuk resit loker pun dia tak tau loker tu kat mana apa cerita. Rasa macam nak sumpah-seranah je eonni tu masa tu. Hati ni bertambah risau kalau kitorang tak berjaya jumpa Farah. Huwaaa apa nak jawab kat mak-bapak dia.

So, kitorang pergi ke pusat kawalan Seoul Station semula. Malangnya, bayang Farah langsung takde dalam CCTV kat semua stesen. Huhuhu. Ni apa yang eonni tu cakap lah. Tak tau lah kalau dia tipu je sebab malas nak cari. Aku bengang jugak dengan oppa yang jaga CCTV tu. Duk gelak-gelakkan kitorang. Eiii rasa nak tumbuk je.

Then, eonni tu bagitau kitorang... pergi jelah guesthouse kot-kot Farah ada kat sana. Oh patutlah dia tak nampak risau sangat sebelum ni sebab dia tak tau yang kitorang takde guesthouse kat Seoul. Malam ni nak fly ke Jeju-do. Lepas bagitau gitu, barulah dia nampak risau sikit.

Kitorang merayu kat dia untuk pinjam hotspot. Seoul Station yang besar gedabak tu takde wifi free. Ceh! Ziha whatsapp mintak tolong kenalan kitorang kat Malaysia untuk call Farah. Alhamdulillah dia dapat call Farah then Farah bagitau dia dah ada kat tempat loker. Then kitorang mintak tolong dia call lagi supaya Farah tunggu je kat situ jangan pergi mana-mana. Kesian kat kawan kitorang tu terpaksa buat international call. Terima kasih banyak-banyak ye Zati :)

Then, kitorang hulur 5,000 won (RM18) kat eonni tu sebagai tanda terima kasih bagi pinjam hotspot tapi eonni tu tak nak terima. Ouchhh sweet sangat eonni tu. Hihi. Lepas dah ucap kamsahamnida kat eonni tu, kitorang pun blah untuk cari tempat loker semula. Memang dugaan sangat nak mencari tempat tu!!! Aku dah risau sangat masa ni sebab dah nak dekat pukul 6 petang. Kalau kitorang terlepas flight ke Jeju-do, memang burn macam tu jelah. Mana ada duit lebih nak beli tiket flight baru. Aku tak tau macam mana tetiba kitorang jumpa tempat loker tu! Then Farah tengah tunggu kat kerusi depan loker! Nampak je Farah kitorang terus peluk dia. Ya Allah rasa drama sangat masa tu.

Tapi nak berdrama lama sangat pun tak boleh. Kitorang kena bertolak ke Gimpo International Airport sekarang jugak. Lepas keluarkan luggage dari loker, kami pun bertolak ke destinasi yang seterusnya. Kami dicaj 8,000 won (RM28.80) untuk satu loker bersaiz medium. Disebabkan satu loker share 2 orang, sorang perlu bayar 4,000 won (RM14.40). Bayar pakai T-Money pun boleh. Emosi tengah tak stabil sampai terlupa nak ambik gambar loker. Kehkeh.



Perjalanan dari Seoul Station ke Gimpo International Airport mengambil masa 20 minit


Dalam subway, masing-masing diam membisu ekoran kepenatan fizikal dan mental. Sesekali je kitorang berborak, tanya pengalaman Farah tersesat sorang-sorang kat bandaraya Seoul. Tu lah mulut tu cabul lagi. Nak jalan sorang-sorang kat Seoul konon. Haaaa kan dah jadi kenyataan! HAHA!

Farah cakap mula-mula dia berhenti kat the next station after Noryangjin iaitu Yongsan. Dia tunggu punya tunggu kitorang tak sampai-sampai. Then, dia decide untuk tunggu kat tempat loker Seoul Station. Kiranya kitorang main kejar-kejar lah ni. Nasib baik si Farah tu kaki Korean Drama. Boleh lah bercakap ada bunyi-bunyi Korea sikit. Takde masalah sangat nak tanya arah kat orang Korea yang tak reti English. Hehe. Lastly, dia dah jumpa tempat loker, kitorang pulak tak jumpa. 

Aku akui salah aku sebab hesitate kat depan train. Patutnya masuk jelah sama-sama. Kalau salah train kita keluar sama-sama jugak. Sebenarnya, route dari National Assembly Station ke Myeongdong Station ada dua. Satu the fastest route, satu lagi the fewest route. Disebabkan nak jimat masa, aku pergi pilih the fastest route yang banyak transfer sedangkan the fewest route ada satu je transfer.

So, pengajarannya di sini... kalau travel in a large group... to be safe, sila pilih the fewest route yang tak banyak transfer. Keburukan the fewest route adalah... masa perjalanan lebih panjang berbanding the fastest route. Tapi kebarangkalian untuk tertinggal train tu kurang sikit sebab satu je transfer. 

Lagi satu, sila lah sewa portable wifi kalau perlu. Senang sikit nak communicate among each other. Aku malas nak spend duit lebih kat portable wifi sebab dalam #2ndtriptokorea haritu, takde pun drama macam nih. Kiranya salah Farah ke ni? HAHAHA :P

Pape pun alhamdulillah Farah selamat dijumpai. Kitorang pun sempat je nak catch flight ke Jeju-do malam ni. Cuma impian Farah nak cari make-up kat Myeongdong tak tercapai jelah. Maybe kena ada next trip? Kehkeh.


 Kehadiran army oppa dalam subway yang menenangkan jiwaku. LOL.


Akhirnya, kami pun tiba di Gimpo International Airport. Mula-mula, kita pergi check-in flight Jeju Air dulu. Then settle kan luggage drop semua barulah boleh menarik nafas lega. 

*sila klik sini untuk info lanjut mengenai Jeju Air*




 Maafkan muka keletihan kami itu. Banyak sangat drama hari ni. HAHA!


Lepas tu kitorang pergi beratur kat imigresen.


 Mak aiiii panjang nya barisan!


 Awat ramai sangat orang nak pi Jeju nih 


Selepas imigresen, kitorang terus cari Gate 11. Takde seat kosong so apa lagi, meh kita bersila atas lantai. Pedulik hape. Kitorang penat ni baru lepas berdrama. Hahaha.

Pastu, ada eonni pekerja Jeju Air cakap apa entah dalam Bahasa Korea. Gayanya macam something tak best. Pastu aku pergi tengok board kat depan Gate 11 tu. Rupa-rupanya, gate kitorang bertukar daripada Gate 11 ke Gate 15. Fuhhh nasib baik aku alert. Kalau tak, duduk lah kat depan Gate 11 tu sampai pagi esok.

Then, ada pengumuman dalam Bahasa Korea. Pun macam something tak best. Tapi mana faham kot. Fully Bahasa Korea. Takde English langsung! So, aku pergi tanya kat mana-mana pekerja Jeju Air pasal flight kitorang. Rupa-rupanya... delay daaaaaaa. Dari pukul 8.30 malam jadi pukul 10 malam. Haih dugaan betul first day nih. Hahahaha!


Kitorang selamba jadi gelandangan kat depan Gate 15. Bersila sambil bukak kasut pastu makan biskut. Penat, lapar, emosi terganggu semua ada. Pakej! HAHA!


Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Flight 7C165 kami dah sedia nak berlepas ke Jeju International Airport.


 Ziha, Farah dan Kiy dapat duduk sebaris. Aku sorang je tercampak duduk sebelah oppa Korea.


Tapi muka dah macam tempe. Oppa Korea tengok pun tak selera. LOL.


Perjalanan dari Gimpo International Airport ke Jeju International Airport mengambil masa sejam. First time aku dapat tidur dengan lena dalam flight. Mungkin sebab penat sangat kot. Tetiba aku terjaga saat pramugari sedang menghidangkan jus oren.


Jus oren ni FREE. Hehe. Okay lah jugak rasanya. Agak masam.


Lepas minum jus, aku sambung tidur balik. Sedar-sedar je dah pukul 11 malam. Flight dah mendarat dah pun. Budak tiga orang tu pun tidur lena. Sampaikan tak sedar langsung kehadiran jus. So, dorang tak dapat jus sebab tidur mati. Kesiannnnn. Kehkeh :P


Mula-mula kita settle kan imigresen dan ambik luggage dulu. Pukul 11.30 malam jugak lah baru kitorang berjaya keluar dari departure hall. Sejuk gila masa nih!


 Plan asal adalah untuk menaiki limousine bus dari airport ke guesthouse. Tapi dah lewat malam. Kita naik teksi jelah.


Tips untuk menaiki teksi kat Korea... jangan naik teksi hitam atau teksi besar sebab tambang dia lebih mahal berbanding teksi berwarna oren. Malangnya, tu je teksi yang ada malam tu. Kitorang malas nak fikir panjang sebab dah penat sangat dengan segala drama. So bantai jelah.

Ahjussi taxi driver tu tak pakai meter pun. Dia terus charge kitorang 10,000 won (RM36) one-way padahal jarak perjalanan dari airport ke guesthouse tak sampai 10 minit pun. Oh ye. Kat Jeju-do, kebanyakan pemandu teksi tak reti English langsung. So, sila print siap-siap segala nama tempat berserta alamat dalam Bahasa Korea okay. Tunjuk je kat depa masa nak naik teksi.

Selepas 10 minit, alhamdulillah... kami tiba kat Yeha Guesthouse. Eonni penjaga kaunter tu dah tersengguk-sengguk tunggu kitorang check-in. Kehkeh. Nasib baik dia faham kelewatan kami ekoran flight delay. Lepas check-in, berehat sambil makan maggi kejap pastu tidur! Berakhir sudah Day 1 yang sangat memenatkan fizikal dan mental. Banyak sangat kenangan pahit dan manis boleh cerita kat anak-cucu nanti. Hihi.

Aku akan cerita mengenai guesthouse kitorang kat Jeju-do dalam entri seterusnya.

Stay tuned~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...