22 January 2017

#3rdtriptokorea - Day 2 (Daepo Jusangjeolli Cliff) - Jeju-do

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Isnin - 18 April 2016

Akhirnya, hari-hari kami kat Jeju bakal bermula selepas penat dengan drama di Seoul pada hari pertama. Kehkeh.


Annyeong haseyo, Jeju-do!


Sebelum aku mulakan cerita perjalanan kami pada hari ini, mai aku habaq sat pasal Pulau Jeju. Aku pernah cerita dalam entri ni yang mana Pulau Jeju sangat besar dan terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu Jeju-si (east side of Jeju) dan Seogwipo-si (west side of Jeju).

Memandangkan kitorang akan spend 2 full days kat Jeju, so aku dah susun itinerari cantikkk punya untuk cover Jeju-si selama sehari kemudian Seogwipo-si untuk hari yang berikutnya. Mengikut plan asal, kitorang perlu cover Jeju-si pada hari ini yang mana jadual perjalanannya bermula seawal 6 pagi. Akan tetapi, kitorang dah penat sangat berdrama semalam sampai tak larat nak bersiap awal pagi. So, aku tukar plan. Hari ni kita akan cover Seogwipo-si dulu. Esok baru cover Jeju-si.

***

Pukul 8 pagi masing-masing turun breakfast kat lobi YEHA Guesthouse. Hari ni kitorang makan roti sapu jem dengan minum air kopi je. Tak larat nak buat scrambled eggs. Penat HAHA. Dalam pukul 8.30 pagi, masing-masing dah ready nak mulakan pengembaraan kat Jeju-do! :D

Destinasi pertama pada hari ini adalah Daepo Jusangjeolli Cliff yang terletak dalam kawasan Jungmun Tourist Resort Complex kat Seogwipo-si. 


Perjalanan dari guesthouse menuju ke Jungmun Tourist Resort Complex mengambil masa sejam


Mengikut hasil pembacaan aku, ada yang cadangkan supaya menginap kat guesthouse yang berlainan mengikut lokasi. Sebagai contoh, kalau hari ni korang nak cover Seogwipo-si... better menginap kat Seogwipo-si. Kalau nak cover Jeju-si pada hari esok nya, check-out guesthouse kat Seogwipo-si then check-in guesthouse lain kat Jeju-si.

Kebaikan buat macam tu adalah masa tak banyak terbuang di atas jalan raya. Yelah... dari Jeju-si nak ke Seogwipo-si je dah sejam. Tu baru one-way. Perjalanan balik pun sejam jugak. Sedangkan 2 jam yang terbuang atas jalan raya tu boleh dimanfaatkan untuk melawat tempat-tempat menarik kat Jeju-do.

Tapi, aku malas nak pening-peningkan kepala untuk booking banyak guesthouse. Packing barang satu hal... nak check-in dan check-out lagi. Macam leceh. So, aku setia kat YEHA Guesthouse selama 3 malam. Kehkeh.

***

Okeh semua sudah selesai! Ayuh kita mulakan!


 Sesi mengambil gambar depan pintu masuk guesthouse. Semalam masa check-in dah gelap. Tak nampak sangat apa yang ada kat depan guesthouse ni. Hihi.






Adik aku snap gambar ni secara tiba-tiba. Sila maafkan ke'blur'an yang ada. Muka oppa belakang tu hilang dah macam watak Oh Sung-moo dalam Korean Drama W : Two World.




Comrades! :D


Boleh dikatakan semua tempat yang kitorang nak cover hari ni ada dalam kawasan Jungmun Tourist Resort Complex. Memandangkan kitorang tak sewa kereta, marilah kita meletakkan kepercayaan secara total kepada sistem pengangkutan awam yang ada kat Jeju-do.

Dari Jeju-si nak ke Jungmun Tourist Resort Complex kena naik airport limousine bus. So, kita kenalah pergi ke airport terlebih dahulu.


 Kita kena cari bus stop yang berdekatan dengan Hankook Hospital. Tambang bas dari bus stop ke airport adalah 1,200 won (RM4.30) seorang. Perjalanan mengambil masa 10-15 minit.


Apa lagi. Jom jalan kaki mengikut peta ini.


Inilah dia KUMHO Yak Guk (pharmacy) seperti yang ada dalam peta di atas


Korang jalan je ikut peta tu konfem tak sesat. Tak sampai 5 minit dah nampak bus stop.


 Awat ahjumma tu tenung kami bertiga cenggitu?


 Nampak tenang je Jeju-do ni. Tak sesak dan padat macam Seoul.


 Sistem pengangkutan awam kat Jeju sangat efisien. Ni bus stop tepi jalan kot. Bukannya terminal besar pun. Ada maklumat destinasi, nombor bas siap dengan ETA (estimated time of arrival) kat skrin ni.


Sementara menunggu bas, sempat pulak first timer kita berdrama. Bagi can ah. Semalam dah buat drama lain. Kehkeh :P


 Saya kakak tau, dia adik :P


Selepas beberapa ketika, barulah kami sedar yang kami tersalah bus stop. Hehe. Kalau nak ke airport, kena tunggu kat bus stop seberang jalan. Tu pun sebab ada local bagitau.


Bila dah ke seberang jalan, Kiy pulak sibuk berdrama sambil menunggu kehadiran oppa Korea kelahiran Jeju-do.






Tetiba, ada teksi berhenti kat depan kitorang. Aku ragu-ragu nak naik teksi sebab takut kena 'ketuk' 10,000 won macam malam tadi. Memandangkan teksi tu bukan berwarna hitam, rasa macam tak salah mencuba. At least, takdelah banyak sangat masa terbuang untuk menunggu bas.


 

Sebelum naik teksi, kena pastikan dia tau tempat yang nak dituju. Then, tanya tambang awal-awal. Kalau dia cakap ikut meter, should be okay.


Starting meter teksi Korea adalah 2,800 won (RM10.10). Nak bayar pakai cash boleh, pakai T-Money pun boleh. Kitorang pakai cash je sebab tong-tong tambang.




Setiap kali naik teksi Korea, aku mesti duduk depan sebab jadi trip leader. HAHA. Jangan konfius kedudukan tempat duduk penumpang untuk teksi Korea dengan teksi Malaysia. Kadang-kadang tindakan refleks selamba je bukak pintu depan bahagian kiri. Pastu terkejut sebab ada stereng. Hahaha. Haaa hang jadik lah driver :P


 Alolololo ahjussi ni cute sangat!


Dalam masa 10 minit je, dah sampai kat airport. Tambang teksi pulak 3,600 won je (RM13). Berbeza sangat dengan malam tadi kan. Hmmpppphhhh!!!! So, sorang perlu bayar 900 won (RM3.25). Lebih murah daripada tambang bas. Hehe.


 Jeju International Airport


Lepas tu, kitorang masuk ke dalam airport untuk tanya pekerja kaunter di manakah terletaknya bus stop untuk airport limousine bus. Katanya kena cari Gate 5.


 
Ini lah dia Gate 5 tersebut. Perempuan tu takkan selamanya ada di situ. Harap maklum.


Kita kena cari airport limousine bus nombor 600


Kalau nak pergi ke Daepo Jusangjeolli Cliff, kena berhenti kat International Convention Center (nombor 13)


 Yeay bas dah sampai!!!


Pastu kitorang selamba jelah naik bas macam biasa. Tapi ahjussi driver tu cakap apa entah. Gayanya macam tak bagi kami naik. Rupa-rupanya, bas berhenti rehat kejap. Sat lagi baru jalan. So, sila tunggu kat luar dulu.

Aku tanya lah pukul berapa bas bergerak. Campur sikit-sikit Bahasa Korea dengan English sambil mengharapkan ahjussi tu faham. Pastu dia jawab "9 - si - 45 - bun". Terkejut beruk aku sebab setahu aku 'si' tu 'jam', 'bun' pulak 'minit'. Dah kenapa lagi 9 jam 45 minit baru bas nak gerak! Rupa-rupanya, ahjussi tu maksudkan pukul 9.45 pagi. HAHA! Tulah... belajar Bahasa Korea tanpa berguru gini lah jadinya. Banyak ilmu sesat :P

Masa tu baru pukul 9.15. Ada setengah jam lagi ni. Ingat nak jalan-jalan sikit kat dalam airport sementara menunggu. Tapi, airport tu kecik je. Takde apa sangat pun. So, kitorang duduk je kat kerusi berdekatan dengan bas. Nasib baik kitorang tak merayau tempat lain sebab pukul 9.30 bas dah nak gerak. Apa ni ahjussi! Tadi cakap pukul 9.45.


 Tambang bas dari airport ke Jungmun Tourist Resort Complex adalah 4,500 won seorang (RM16.20). Kitorang bayar guna T-Money.


Keadaan dalam bas. Selesa gila. Kerusi besarrrr :D


 Muka-muka yang sudah bersedia untuk membuang lemak kat Jeju-do


 Setiap seat ada tempat letak cawan cenggini. Seatbelt pun ada. Wajib pakai ye anak-anak sekalian.


Setiap kali berhenti, driver bus akan buat pengumuman nama tempat tersebut. Sila alert ye!


Dah sampai kawasan Jungmun Tourist Resort Complex. Sempat lalu depan muzium Ripley's Believe It or Not.


Selepas sejam, akhirnya kami pun tiba di hentian International Convention Center. Jangan lah expect lepas keluar bas je terus si Daepo Jusangjeolli Cliff tu tercongok kat depan mata. Kena berjalan lagi okay. Kat Korea ni kaki kena kental.


 Kalau tak tau arah, tanya driver bus awal-awal sebelum turun dari bas


Bila dah sampai Jeju, kena lah ambik gambar dengan pape benda yang ada tulis perkataan Jeju... ye dakkk???


Selepas 10 minit berjalan, akhirnya kami pun tiba di entrance Daepo Jusangjeolli Cliff!


 Tiket masuk 2,000 won (RM7.20) seorang. Opening hour from 8 am until 7 pm.


 Haaa inilah dia rupa Jusangjeolli Cliff tu


Kebanyakan tempat menarik kat Pulau Jeju terbentuk daripada hasil alam semula jadi. Tak pelik lah kalau semua tempat diisytiharkan sebagai natural monument. Pulau Jeju berasal daripada lava gunung berapi, so batuan yang ada berwarna hitam. Nampak unik dan cantik. Takkan jumpa kat Malaysia punya :)

Sape yang nak hunting scenery and nature, wajib tau pergi Jeju-do!


Mari pergi ke observation deck


Hasil laut semua dijual fresh


Dah nampak laut dengan batuan hitam :)




 Yeay dah boleh nampak batu berbentuk kiub!!! :D


Unik kan batuan kat sini! :)




Jusangjeolli Cliff terbentuk pabila lava gunung berapi daripada Hallasan (Gunung Halla) melimpah ke laut Jungmun. Entah macam mana, batuan kat sini menjadi bentuk kiub dan heksagon. Bentuk-bentuk unik ni bukan orang buat okay! Dia terbentuk sendiri. Cantik kan. Subhanallah :)


Batuan berbentuk heksagon




Ecececehhh






Ramai jugak orang kat observation deck. Masing-masing sibuk nak tengok batuan unik secara dekat.


Sama tak macam dalam gambar kat entrance? Cantik kan :)


Blend with nature hihi




 Gambar terakhir sebelum blah. Semangat betul sorang tourist dari Singapore tu. Siap panjat kerusi untuk ambik gambar ni. Kehkeh.


 Dah nak blah dah. Tapi kawasan ni menarik perhatian kitorang.




Yeayyy ada Dol Hareubang!!!


Dol Hareubang membawa maksud "old grandfather", yang merupakan stone statue kebanggaan Jeju-do. Mengikut kepercayaan masyarakat Jeju, Dol Hareubang mampu menjaga pulau ni daripada dicemari kuasa jahat. Kita setakat nak excited jumpa Dol Hareubang boleh lah. Jangan percaya lebih-lebih. Lagipun, kat Jeju je ada Dol Hareubang. Kat tempat lain takdak.




Katanya, kalau nak anak lelaki... kena gosok hidung Dol-Hareubang. Kalau nak anak perempuan, gosok dagu dia.


Kiranya kau nak anak lelaki lah kan, Ziha?



 



 






 Tengah pilih gambar nak upload kat Instagram lettew


Okeh ni betul-betul gambar terakhir sebelum blah. Hehe.


Peta Pulau Jeju


Kat entrance ada tempat jual limau Jeju (harabong) dan coklat Jeju yang femes


 Halmeoni ni dah macam Dol Hareubang pulak dahhh


 5 kotak coklat Jeju berharga 10,000 won (RM36). Tak minat nak beli pun. HAHA.


Habis sudah kembara kami di Daepo Jusangjeolli Cliff. Pasni kita nak ke Cheonjeyeon Waterfall dan Seonimgyo Bridge pulak. Kaki masih belum tercabut lagi. HAHA!

Stay tuned~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...