23 January 2017

#3rdtriptokorea - Day 2 (Jungmun Beach & Yongduam Rock) - Jeju-do

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Isnin - 18 April 2016

Kitorang habis merayap kat Cheonjeyeon Falls dalam pukul 1.30 petang. Mengikut plan asal, destinasi seterusnya adalah Jungmun Beach selepas itu baru lah pergi makan ikan bakar kat restoran Jeju Halmang Ttukbaegi. Akan tetapi, perut masing-masing alert betul dengan lunch time. Automatik meronta-ronta minta diisi.

Masalahnya, restoran tu jauh dari sini. Setengah jam perjalanan menaiki bas. Jungmun Beach pulak dekat je. Naik teksi dalam 10 minit dah sampai. Haaa masa nilah pemikiran kritis amat diperlukan dalam penyelesaian masalah. Kehkeh. So, kitorang decide untuk alas perut sekejap kat convenience mart yang berhadapan dengan entrance Cheonjeyeon Falls. 

Masing-masing ada bekalan biskut yang dibawa khas dari Malaysia. So, kitorang cuma beli air sorang satu then duduk makan kejap kat meja yang disediakan. Convenience mart kat Korea ni best sangat. Dah lah selesa... siap ada meja dan kerusi untuk pelanggan lagi. Part paling best, wifi pun ada tau! Hohoho.

Masa tu, ada promotion untuk coffee milk. Beli 3 percuma 1. Nice sangat lah kan sebab kitorang berempat. Harga asal sebotol coffee milk adalah 1,300 won (RM4.70). So, cuma perlu bayar 1,000 won (RM3.60) seorang. Oh ye. Pada hari pertama, kitorang preload T-Money 30,000 won je sedangkan bajet untuk transport adalah 60,000 won. So, kitorang topup lagi 30,000 won (RM108) hari ni.

Selepas perut diisi, marilah kita meneruskan perjalanan!

***


Ku tidak sabar untuk ukir namamu di atas pasir pantai Jeju :P


Jungmun Beach merupakan destinasi terakhir kitorang kat Seogwipo-si. Sebenarnya, takde apa yang menarik sangat pun kat sini. Memandangkan Jungmun Beach masih terletak dalam kawasan Jungmun Tourist Resort Complex, tak salah kan nak lawat kawasan sat. Kehkehkeh. Dah lah pantai tu takde entrance fee. Bila jadi backpacker ni, kita kena pandai manfaatkan masa dan bajet. Tempat yang dekat-dekat mesti harung sekaligus. Masa jimat, bajet pun jimat :D

Ada satu lagi tempat tarikan pelancong kat kawasan Jungmun Tourist Resort Complex yang takkan kitorang kunjungi iaitu Teddy Bear Museum. Aku tak berapa berminat dengan teddy bear. Jadi macam takde semangat untuk ke situ. Dah lah entrance fee dia mahal. 10,000 won (RM36) seorang. So, memang aku pangkah awal-awal lah. Kehkeh :P

***

Okeh, jom sambung cerita mengenai Jungmun Beach. Pantai tu berdekatan dengan Hyatt Hotel. So, dari convenience mart tersebut... kitorang menaiki teksi untuk menuju ke Hyatt Hotel. Perjalanan mengambil masa 10 minit dengan tambang 2,800 won (RM10.10).

Ahjussi taxi driver tu pulak drop kitorang betul-betul kat depan pintu masuk Hyatt Hotel. Dah lah hotel tu 5 bintang. Tetiba ada bellboy tolong bukak kan pintu teksi kitorang. Siap pergi but teksi lagi untuk ambik luggage. Terkejut beruk aku. Tak pernah-pernah orang bukak kan pintu kereta untuk aku. HAHAHA :D

Lepas bayar tambang teksi, kitorang berempat terus lari dari situ sambil tunduk-tunduk hormat kepada bellboy tadi. Oppa... mianhaeyo. Kitorang belum cukup duit nak menginap kat hotel 5-star. Kang duit habis kat bilik hotel je, tak dapat jalan tak dapat makan. Kahkah!

Tengok lah lagi 10 atau 20 tahun. Nanti kitorang datang semula ke Jeju untuk menginap kat Hyatt Hotel ye. Hahaha.


Gambar sebagai motivasi. Kehkeh.


20 tahun akan datang kita mai ke sini lagi ye! Masa tu boleh lah bellboy ambik luggage kat but kereta. Kuikui.


 Lepas tu, kitorang teruskan perjalanan untuk ke Jungmun Beach


Katanya pantai tu dalam 200 meter je dari Hyatt Hotel. Ni dah hampir 1 kilometer awat tak sampai-sampai lagi? Lepas tu baru aku terfikir, pantai tu kan dekat dengan Hyatt Hotel. Yang kitorang berjalan keluar dari kawasan hotel tu dah kenapa. Patut lah tak jumpa-jumpa.

So, kami pun berpatah balik ke hotel tadi. Dari tempat taxi drop, belok je ke kiri kemudian akan nampak ini~


Laaa buang masa dan tenaga je jalan jauh-jauh. Padahal dekat je. Umpama kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Eh terkeluar peribahasa pulak.


 Wahhhhh cantiknya!!! Pantai yang bersih dan takde orang! Hahaha!


 Bagi can dia berehat sekejap. Dah penat tersalah jalan. Kihkih.


 Jungmun Beach terkenal dengan pasir nya yang putih


 Ayuh kita turun ke bawah!


 Batu-batuan kat Jeju semua berwarna hitam :)


Aku suka suasana tepi pantai. Rasa tenang dan damai. Tapi jarang pergi pantai kat Malaysia sebab panas. Itew puteri lilin kahkahkah :P


 Pantai kat Korea best sebab sejuk dan windy hihihi


 Sesuai untuk buat photoshoot


Dan juga untuk melayan perasaan :P


 Adakah jodohku sedang berenang ke hatiku? :P


 Mana tah jodoh tu. Terpaksa berdrama dengan dia pulak kat tepian cenggini.


 Pastu dia pun nak tunggu jodoh jugak


Hmmm dia ni pun sama


Banyak foot steps atas pasir


 Macam best je kalau main kejar-kejar. Catch me if you can!


 Hmm tapi yang ni over sangat. Sorry tak kenal.


  Kat Jeju memang banyak windmill. Mungkin sebab lokasi dia di tepi laut.


 Kalau tengok dalam gambar, macam lawa je pantai ni. Sebenarnya ada jugak part yang tak berapa lawa hehe.


 Tapi dalam gambar kita kena tonjolkan part yang cantik je. Termasuk orang yang cantik ehem! :P


 Selain daripada melayan perasaan, best jugak main conteng-conteng di atas pasir pantai


 Haaa tengok tu. Busy betul minah ni! HAHA :D


 Mana tah aku dapat kayu tu. Kehkeh :P


 Yoo Si Jin, eodiyo?








 Dangyeol! (salute)


 Seperti biasa... gambar berempat kena ada. Hihi :D


Tak sampai sejam pun kitorang kat sini. Yelah bukan buat apa pun. Setakat jalan-jalan tepi pantai, melayan perasaan dan photoshoot je. Asalkan dah tinggalkan jejak cukup lah :)

Masa ni dah pukul 3 petang tapi kitorang belum lunch lagi! Haaa so marilah kita pergi ke restoran Jeju Halmang Ttukbaegi~


Bus stop berdekatan dengan restoran tu terletak kat depan Sunbeach Hotel


Mengikut plan asal, kitorang perlu naik teksi dari Hyatt Hotel menuju ke entrance Cheonjeyeon Falls semula. Dari situ boleh naik airport limousine bus menuju ke Sunbeach Hotel. Akan tetapi, bayang teksi langsung tak nampak! 

So, dari Hyatt Hotel... kitorang berjalan kaki keluar mengikut arah tersesat awal-awal tadi. Kot-kot teksi ada kat jalan besar je. Tengah-tengah berjalan tu, ternampak pulak airport limousine bus. Apa lagi, kitorang terus tahan bas tersebut untuk menuju ke Sunbeach Hotel. Tambang bas 2,000 won (RM7.20). Bayar guna T-Money.

Pabila dah sampai kat bus stop depan Sunbeach Hotel, kitorang naik teksi pulak untuk menuju ke restoran Jeju Halmang Ttukbaegi. Perjalanan mengambil masa 10 minit dengan tambang 2,800 won (RM10.10).


Inilah dia restoran tersebut!


Restoran ni cuma menghidangkan seafood. No pork, no lard. So, boleh lah makan atas keyakinan sendiri :)

Kitorang order dua jenis ikan iaitu broiled tilefish dan grilled mackerel. Setiap jenis ikan dihidangkan sekali dengan semangkuk nasi. Tapi kitorang berempat. So, kena order dua mangkuk nasi extra.


Kalau tak silap aku, ahjumma tu ada bagi buku menu dalam English. Rasanya lah. Tak tau lah kalau aku terlupa nak ambik gambar buku menu. Aku cuma ada gambar menu kat dinding ni je. Hihi.


Kitorang order hidangan yang kat tengah~

고등어구이 (grilled mackerel) - 15,000 won (RM54)
옥돔구이 (broiled tilefish) - 20,000 won (RM72)
Semangkuk nasi - 1,000 won (RM3.60)


Kalau boleh, kitorang nak tambah hidangan yang berkuah macam sup. Tapi ahjumma tu cakap sup dah habis.


 Omoooo lapaq sangat nih!


 Lapaq macam mana sekalipun, bergambar jangan dilupa


 Meokja! (let's dig in)


 Dua syarat untuk senyap - makanan dan wifi. Restoran ni pulak ada kedua-duanya. Complete package sangat!


Masa ni dah pukul 4.30 petang sedangkan kitorang belum solat lagi. Restoran tu pulak takde pelanggan lain. So, kitorang mintak izin ahjumma tu untuk tumpang solat. Masalahnya, ahjumma tu tak faham pebenda menatang 'prayer'. Kitorang tunjuk bahasa isyarat takbiratul ihram dengan harapan dia faham pun dia tak faham jugak. Pastu, Ziha search kat google sat. Tunjuk kat ahjumma tu gambar orang solat. Pastu baru ahjumma tu mengangguk tanda faham sambil buat isyarat sujud. Oh patut lah dia tak faham tadi. Kitorang tunjuk isyarat takbiratul ihram dah kenapa. HAHA.

Masing-masing bergilir untuk ambik wuduk kat toilet then solat kat tepi meja makan. Ahjumma cakap jangan lama-lama sangat sebab dia takut tetiba ada pelanggan datang, ingat kitorang buat ritual menyembah dinding pulak. Kitorang angguk-angguk faham je. Orang yang beragama lain hormat agama kita pun dah cukup baik :)

Selesai solat, meh lah kita blah dari sini. Hidangannya sedap. Layanan pun baik. Memang recommended sangat restoran ni. Total makan untuk 4 orang adalah 37,000 won (RM133.20). So, sorang perlu bayar 9,250 won (RM33.30).

Then, kitorang patah balik ke bus stop kat depan Sunbeach Hotel dengan menaiki teksi. Tambang teksi 2,800 won (RM10.10).


Awat lengang je jalan ni?


Bas pun tak nampak bayang huhu


Lepas tu, nampak sebuah airport limousine bus sedang bergerak kat seberang jalan. Tapi, dia tak berhenti kat depan kitorang pun. Dia berhenti kat bus stop seberang jalan je. Baru je nak kejar, tetiba bas tu dah gerak. Apa lagi... kitorang berlari mengikut bas tu. Nasib baik dia tak pandu laju. Then, dia berhenti lagi kat depan bus stop lain di depan New Kyungnam Hotel. Alhamdulillah kitorang mampu catch-up bas tu. Terus je naik, cakap kat ahjussi driver nak pergi ke Jeju International Airport. Tambang bas 5,500 won seorang (RM19.80). Bayar guna T-Money.




Tamat sudah pengembaraan kat Seogwipo-si. Ayuh pulang ke Jeju-si!


Perjalanan mengambil masa sejam setengah. Dalam pukul 7.30 petang barulah kitorang tiba kat Jeju International Airport. Adakah anda ingat kami akan terus pulang ke guesthouse? Jawapannya tidak! Ada satu lagi destinasi lain yang perlu kami cover malam ni. Jadual trip aku memang padat dan sendat. Mereka yang kental sahaja mampu mengikutinya. Hohoho.

Destinasi seterusnya adalah Yongduam Rock. Tempat tu berdekatan dengan airport. Apa lagi. Marilah menaiki teksi bersama-sama.


Waktu Maghrib kat Korea semasa musim bunga sama je dengan waktu Maghrib kat Malaysia


Selepas 15 minit, akhirnya kami tiba di entrance Yongduam Rock. Tambang teksi 5,300 won (RM19.10).


 Nah baca sikit info mengenai Yongduam Rock. Tiada entrance fee.


Kat sepanjang jalan menuju ke Yongduam Rock ada banyak kedai. Kitorang target nak masuk kedai ni nanti. Nak cari souvenir.


Hari dah start gelap. Pemandangan dah tak nampak sangat. Huhu.


Kena turun tangga kalau nak tengok Yongduam Rock secara dekat


 Laut ni bersebelahan dengan airport. So, banyak kapal terbang lalu atas kepala kitorang.


Eh bila masa Farah duduk kat situ? Memang pantang nampak kerusi minah ni. Hahaha!




 Yeay dah semakin dekat!


 Dah nampak Yongduam Rock!!!!

 
Hello batu berkepala naga :D


Okeh meh sini aku nak cerita sikit pasal Yongduam Rock~

Yongduam Rock membawa maksud batu berkepala naga. Bentuk unik ni terhasil daripada pertembungan antara lava gunung berapi yang panas dengan angin laut yang sejuk serta ombak yang deras. 

Tapi, ada 2 versi cerita dongeng mengenai batu berkepala naga ni. Yang pertama, katanya naga ni pergi curi batu jade kat Mount Halla. Batu tu pulak bernilai tinggi. Habislah kena panah dengan dewa Mount Halla. Masa kena panah tu, badan naga dah ada dalam air. Tapi, belum sempat kepala dia nak terbenam sama... terus beku pulak dah. Keras kejung gitu sambil memandang langit. Mungkin kifarah daripada kejahatan yang dia buat. Kuikui.

Selain tu, ada yang cakap... batu ni sebenarnya kuda putih yang berangan nak jadi naga. Dia pergi terbang ke langit, pastu kena tangkap lantas di sumpah menjadi batu. Tulah... lain kali jangan berangan tinggi-tinggi sangat. Ukur baju di badan sendiri okay.

Aku cerita lah kisah dongeng ni kat dorang bertiga. Tapi Ziha tak berminat langsung dengan kisah tersebut. Dia sibuk konfius mulut naga tu kat atas ke bawah. Ceh buang air liur je cerita kat depa nih! -,-


Dah alang-alang sampai, kenalah bergambar walaupun gelap


Minah ni masih lagi tak puas hati dengan naga tu


Ambik gambaq muka pun tak jelas sangat. Kiy surrender terus dia ambik gambaq back view ja.


Kalau korang pi sini waktu siang, boleh lah nampak Haenyeo (female divers) menyelam nak tangkap hidupan laut. Jeju memang terkenal dengan para Haenyeo. Dah lah depa perempuan, pangkat ahjumma lagi. Gagah betul mampu menyelam walaupun dalam keadaan cuaca sejuk.

Tapi kitorang pergi waktu malam. Memang tak nampak apa sangat lah. Sekejap je kitorang kat sini. Meh lah kita pulang.


Dalam perjalanan pulang, terjumpa kedai menjual seafood


 Ada eomuk dan sotong bakar!


Terliur tengok sotong bakar tu. So, kitorang decide beli satu je. Kongsi 4 orang.


 Harganya 7,000 won (RM25.20). Sedap woi!!!!


Tadi plan nak singgah kedai souvenir. Tengok-tengok dah tutup. Huhu. Awal beno depa ni tutup kedai.


Then, kitorang berjalan kaki ke tempat teksi turunkan kitorang awal-awal tadi. Dalam 10 minit jugak lah menunggu. Bayang teksi pun tak nampak. So, kitorang decide untuk keluar ke jalan besar. Ya Allah sejuk gila masa nih!!! Angin bukan setakat sepoi-sepoi Bahasa Korea. Dah tahap kurang ajar nih!

Alhamdulillah. Akhirnya ada pun teksi kat jalan besar. So, kitorang terus naik teksi untuk balik ke guesthouse. Perjalanan mengambil masa 15 minit dengan tambang 4,000 won.

Dah sampai guesthouse... apa lagi. Makan maggi pastu tidur!

Day 3 - Jeju-si. To be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...