21 January 2017

35 Tips & Tricks Backpacking to Korea

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Sebenarnya, aku dah post tips ni kat akaun Facebook aku *boleh klik sini*. The Vocket pun dah post tips aku kat website dorang. Tak salah kan aku nak post sekali lagi kat blog sendiri pulak? :P

***

* PUBLIC TRANSPORTATION

1. Medium pengangkutan utama kat Korea adalah train (subway). So, mesti download apps 'Subway' kat Google Playstore. Toksah susah-susah nak fahamkan route subway yang berselirat tu. Pakai je apps tu sepanjang kat Korea, insyaAllah tak sesat. Apps tu boleh guna offline.


Ni lah dia apps 'Subway' tersebut. Tanda biru bermaksud stop yang ada, tanda oren bermaksud transfer line.


2. Dah namanya naik subway, mestilah kadang-kala kena transfer/tukar line. Klik 'detail' kat apps tu, dia ada bagitau gerabak mana yang terdekat untuk transfer line. Kalau boleh cari gerabak tu, takde lah jauh sangat nak jalan semata-mata untuk transfer line.


 Fokus kat column merah tu. Gerabak terdekat untuk transfer line adalah 5 car 1 door.


 3-4 bermaksud 3 car 4 door. So, kalau nak cari 5 car 1 door, silalah cari 5-1. Senang kan.


3. Kos naik subway paling murah kalau nak dibandingkan dengan kos naik bas atau teksi. Tapi, kalau travel in a group of 4 dan jarak antara stesen cuma 1 atau 2 stesen, seelok-eloknya naik je teksi sebab tambang teksi 3,000 won bahagi 4 = 750 won seorang. Kalau naik subway, tambang permulaan 1,250 won seorang walaupun cuma satu stesen. Dah boleh jimat 500 won kat situ.

4. Tapi kalau nak naik teksi, pastikan naik teksi oren. Jangan naik teksi hitam sebab teksi tu mahal. Starting meter teksi kat Korea adalah 2,800 won. Kalau takut kena tipu, tanya awal-awal berapa tambang ke destinasi yang nak dituju. Kalau dia cakap ikut meter, should be okay.


 Starting meter untuk teksi adalah 2,800 won.

5. Tambang Airport Limousine Bus dari Incheon International Airport ke Myeongdong adalah 15,000 won. Sedangkan kalau naik subway (All-Stop Train) baru 4,150 won. Banyak beza tu. 


 Tambang Airport Limousine Bus adalah 15,000 won.


6. Sape yang tak banyak luggage, better naik All-Stop Train. Keburukan All-Stop Train adalah kemungkinan korang tak dapat seat kalau ramai sangat orang. Dan kena transfer line kat Seoul Station untuk ke Myeongdong. Kalau naik bas, dapat duduk dengan selesa dan tak perlu transfer line. 

7. Selain All-Stop Train, ada jugak Express Train (AREX). Beza dua train ni cumalah All-Stop Train banyak stop sedangkan AREX takde stop langsung. Direct je dari Incheon International Airport ke Seoul Station. Part lain takde beza sangat sebab AREX tetap kena transfer line kat Seoul Station. Tambang AREX lebih mahal iaitu 8,000 won. So, sape yang tak kejar masa dan nak jimat better naik All-Stop Train.


 Keadaan dalam subway. Makcik pakcik semua sibuk dengan gajet. Kihkih.


8. Sesetengah subway station kat Korea takde eskalator. So bersedialah untuk terkejut kalau kena usung luggage naik tangga. Lift ada tapi jauh dari pintu subway. Sebab tu lah sape yang banyak luggage better naik Airport Limousine Bus. Kena pilih antara jimat atau kudrat :)

9. Sebelum naik subway, better beli kad T-Money. Kad ni macam Touch&Go. Kalau nak beli tiket biasa boleh je. Tapi lebih senang pakai T-Money. Tak perlu beratur untuk beli tiket. Dan tambang guna T-Money 100 won lebih murah daripada tiket biasa. Cepat dan jimat kan.


 T-Money card


10. Boleh beli T-Money kat mana-mana convenience mart yang ada kat Korea. Contoh paling mudah, 7-Eleven, GS25 atau CU Mart. Kad ni kosong takde duit. So lepas beli kad kosong kenalah preload terus. Kalau beli T-Money kat airport, harganya 4,000 won. Kalau beli luar dari airport, 3,000 won. Preload minimum 20,000 won untuk 5 hari.


* ACCOMMODATION

11. Terpulang nak stay kat hotel, hostel, motel atau guesthouse. Yang membezakan depa ni semua hanya lah cost per night. Kalau nak jimat, better stay hostel, motel atau guesthouse. Hotel mahal.

12. Kos tempat tinggal ni semua berbeza ikut lokasi. Kalau stay kat Seoul lagi-lagi Myeongdong, dah tentu-tentu lebih mahal berbanding stay kat Busan. Kalau tempat tu dekat dengan subway station, bus stop dan tempat shopping, lagi lah mahal. Tapi bagi aku, worth it lah. Kalau pergi Seoul, aku suka stay kat Myeongdong. Sebab senang nak beli barang dan makan. Cuma cost per night lah yang sakit sikit. 30,000 won seorang. Sekali lagi, kena pilih antara jimat atau kemudahan :)


 Ni lah guesthouse feveret aku kat Myeongdong - Namsan Guesthouse. Macam-macam kemudahan ada.


13. Kos stay kat dorm lebih murah berbanding stay kat private room. Tapi, aku prefer stay kat private room. Dah pernah stay kat dorm masa travel ke Jeju dan Busan. Susah sikit bila stay kat dorm ni sebab guest lain bukan geng kita. Nak hu-ha dalam bilik pun tak dapat. HAHA. Certain dorm kena guna public toilet pulak tu. Public toilet dia selesa je, tak kotor pun. Tapi, susah sikit lah bagi perempuan muslim pada pandangan aku. So, kenalah pilih antara jimat atau keselesaan :)


* WIFI

14. Wifi free bersepah-sepah kat Korea. Certain subway station ada wifi free. Kebanyakan kedai ada wifi free. Convenience mart pun ada wifi free. Guesthouse jangan cakap. Dah lah wifi free, tahap LTE pulak tu. So, kalau tak nak sewa portable wifi pun takpe. Dah boleh jimat banyak kat situ.

15. Tapi kalau tak boleh survive langsung tanpa internet connection, boleh lah sewa portable wifi. Kebanyakan guesthouse ada buat rental service. Boleh lah terus upload gambar on the spot. Kihkih. Setakat dah 4 kali ke Korea, aku tak pernah lagi sewa portable wifi.


* PRAYER ROOM

16. Setakat yang aku tau, ada 3 surau/masjid kat Seoul. 1 kat Everland, 1 kat Nami Island dan 1 lagi kat Itaewon. So, kalau pergi 3 tourist attractions ni tak perlu risau pasal surau.

17. Baru-baru ni, Korea Tourism Organisation (KTO) ada buat surau kat building dia. So kalau nak solat, boleh stop kat Jonggak Station, Line 1, EXIT 5. Keluar dari #Exit tu jalan terus sampai nampak bangunan tulis K-Style Hub sebesar alam. Pergi tingkat 2 untuk cari surau. Tapi surau dia kecik je. Boleh muat 2 orang dalam satu masa.


 Ni dia bangunan KTO yang ada surau tu.


Surau kat KTO building :)


18. Tapi surau tu kat Seoul. Kat Busan dan Jeju masih lagi susah nak cari surau. Kat Busan ada 1 masjid iaitu Busan Al-Fatah Mosque. Kalau pergi Busan dan Jeju, kena pandai-pandai lah nak cari tempat solat.


* MEALS

19. Kebanyakan restoran kat Korea tak halal. Jadi jangan suka-suka hati main masuk je. Sebelum pergi, kena buat research dulu restoran mana yang halal, mana yang tak. Nah boleh baca kat sini list Muslim Friendly Korean Restaurants : 

20. Masalahnya makanan halal kat Korea sangat mahal kalau convert ke RM. Sape yang nak jimat, boleh bawak lauk segera Brahim siap-siap dari Malaysia. Then beli instant rice dan banana milk kat Korea untuk lunch atau dinner. Kebanyakan convenience mart kat Korea ada microwave untuk panaskan nasi tu. Harga instant rice berbeza ikut saiz. Paling murah 1,300 won. Banana milk 1,300 won per bottle.


 Coffee malt uyu, instant rice dan rendang ayam Brahim sebagai lunch.


21. Ada yang cakap kalau nak murah, boleh beli instant rice dan banana milk kat Lotte Mart. Beli banyak terus lebih murah berbanding beli satu-satu kat convenience mart. Masalahnya, nak bawak instant rice dan banana milk banyak-banyak naik subway agak leceh. So, sekali lagi kena pilih antara jimat atau kesenangan :)


 Banana uyu (banana milk). Selain banana flavour, ada jugak strawberry, melon dan coffee.


* SHOPPING

22. Kalau nak shopping skincare dan kosmetik, Myeongdong lah tempatnya. Ramai yang cakap skincare kat sini lebih murah berbanding kat Malaysia. Aku tak tau kebenarannya sebab tak pakai skincare tu semua. Hehe.

23. Kalau lalu depan kedai tu semua mesti promoter akan hulur facemask kat korang. Nak ambik facemask tu ada syarat iaitu korang kena masuk kedai dia. Alah pura-pura tengok-tengok sikit skincare yang ada pastu blah lah. HAHA. Tak pasal-pasal dapat facemask free. Sebab tu aku suka stay kat Myeongdong. Tiap-tiap malam secara purata boleh dapat 2-3 facemask free :P


 Hasil tangkapan kat Myeongdong. Semua dapat free. Kuikui.


24. Kalau nak shopping souvenir secara besar-besaran, better beli kat Namdaemun Market atau Migliore Mall (tingkat 6) kat Dongdaemun. Souvenir kat Myeongdong mahal. 

25. Bila nak tanya harga barang, try tanya dalam bahasa Korea walaupun tak pandai cakap Korea. First impression tu penting. Ahjussi/ahjumma ni suka kalau kita pandai cakap bahasa dorang. Barulah depa murah hati sikit bagi diskaun.

26. Nak tanya how much - Ahjussi/ahjumma, olmayeyo? Pastu dorang akan bantai cakap Korea panjang-berjela sebab ingatkan korang pandai cakap Korea. HAHA. Pastu geleng-geleng sikit sebab tak faham, mintak tunjuk harga kat kalkulator.

27. Kalau nak mintak diskaun - Ahjussi/ahjumma, kaka juseyo. Sambil buat muka paling cute mintak pelempang. Kalau dorang tak bagi diskaun, puji sikit cakap dia hensem/cantik. Contoh - Ahjussi, neomu motjida / Ahjumma, neomu yeppoyo. PR beb.

28. Tapi orang Korea pantang kalau korang dah mintak diskaun tapi tak beli. So, pastikan korang dah decide nak beli baru mintak diskaun okay.

29. Kalau tengok penjual tu muda lagi, jangan lah bantai panggil dia ahjussi/ahjumma. Memang kirim salam lah nak dapat diskaun. Kalau penjual tu lelaki panggil oppa/hyung. Kalau perempuan panggil unni/nuna. 


 Duit-duit Korea yang menjadi idaman kalbu. Muahahahaha. Tapi rate Korean Won sekarang mahal gila. Nak nangis bila convert ke RM. Huhu.


* LOST IN KOREA

30. Kalau sesat atau tak tau jalan, jangan segan-silu tanya sape-sape yang wujud kat tempat tu. Korang cuma perlu sebut nama tempat tu je. Konfem depa akan tunjukkan direction yang sebenar. Kalau yang baik hati sangat siap bawak korang sampai kat entrance tempat tu lagi.

31. Tapi, nak mintak tolong pun agak-agak lah. Jangan pi mintak tolong kat orang yang kelam-kabut nak pi kerja atau sekolah. Kalau kita tengah rushing pun takkan tolong orang punya. Pastu sesuka hati nak cop depa sombong. 

32. Kalau dorang pun tak tau tempat tu kat mana, korang tanya je mana subway station yang terdekat - "Metro (subway), odiseyo?" Asalkan dah jumpa subway station, kira selamat lah tu. 

33. Kebiasaannya, yang muda-muda atau yang nampak student lebih pandai cakap English. Tapi, depa ni tak berapa rajin sangat nak tolong. Yang tua-tua pulak memang sepatah haram English pun tak reti. Tapi, semangat nak membantu dia tu memang superb. 

Ada sorang ahjussi ni siap call kan tempat yang aku nak pergi tu lagi, tanya bangunan dia kat mana. Then bawak aku sampai kat entrance. Pehhh terharu gila walaupun tahap curiga kat ahjussi tu dah sampai 7 petala langit. Jangan sesekali percaya 100% kat strangers walaupun muka dia nampak baik. Aku follow ahjussi tu pun jauh-jauh in case dia bawak pi tempat pelik sikit aku boleh cabut lari.

34. Okay tips yang last ni untuk yang first time ke Korea. Korang kena fill in 2 form masa dalam flight. 1 tu arrival card, 1 lagi declaration form. Arrival card kena isi sorang satu. Declaration form 1 group 1 form cukup.


 Declaration form and arrival card.


35. Arrival card kena bagi kat kaunter imigresen. Declaration form pulak bagi kat pak guard kat arrival gate. Seelok-eloknya isi dulu kedua-dua form ni awal-awal dalam flight. Jangan dah sampai imigresen baru sibuk nak isi. Queue kat imigresen tu panjang tak hengat.


Sekarang ni demam Song Joong Ki belum reda kat Korea. Ceruk mana semua ada gambar dia. Haha.


 Tak dapat jumpa Captain Yoo Si Jin secara live, jumpa Captain celup pun jadi lah. HAHA :P


Okay rasanya tu je kot tips & tricks ke Korea. Ni semua berdasarkan pengalaman aku je. Kihkih. Sorry lah kalau noob tapi memandai nak bagi tips.


 Dah 4 kali. Mungkin kah ada kali ke-5? Kihkihkih.


 Seoul - Nami Island - Taebaek - Busan - Jeju DONE. Daejeon, Daegu dengan Gwangju belum lagi nih.


8 comments:

farlyna natasha said...

Tambah tip
Download google translate.. senang..hehe.. FN hari ke 4 baru teringt nak guna.. mmg byk membantu

Pastu fordable bottle..utk shiiishii..hehe

kurakuraygslow said...

Thank you untuk tips FN :)

Bila nak repeat Korea lagi? :P

Miss Excuse-me said...

tq for the tips.... sangat membantu for my preparation... :)

kurakuraygslow said...

Sama-sama ReDiculousLy :)

Mateh said...

Salam, kad tmoney tu,boleh pkai di seoul & busan kah?

kurakuraygslow said...

Qhaseh Shukour: T-Money boleh pakai kat seluruh Korea. Seoul , Busan, Jeju, Daegu, Gwangju, Daejeon... semua boleh :) Untuk semua public transport including subway, bus, taxi.

Mateh said...

Terima Kasih 😉 . Apps Subway tu sy punya tak tunjuk time dgn harga pon. Huhu..tak apa,nanti sy cari lagi

Anonymous said...

Boleh tak beli one way ticket pergi busan lepas tu terbang pergi jeju habis jeju pergi Incheon akhir beli ticket balik di Incheon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...