22 January 2017

#3rdtriptokorea - Day 2 (Cheonjeyeon Falls & Seonimgyo Bridge) - Jeju-do

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Isnin - 18 April 2016

Dari Daepo Jusangjeolli Cliff, kita teruskan perjalanan menuju ke Cheonjeyeon Falls. Sebagai makluman, ada tiga jenis waterfall yang menjadi tarikan pelancong kat Jeju-do iaitu Cheonjeyeon Falls, Cheonjiyeon Falls dan Jeongbang Falls. Ketiga-tiganya terletak kat Seogwipo-si.

Dalam trip ni, kitorang cuma akan cover satu waterfall iaitu Cheonjeyeon Falls. Cukup lah pergi satu je. Mana sempat nak pergi semua. Trip kat Jeju dua hari je pun.


This is Cheonjeyeon Falls. Amazing isn't it? :)


Sebelum kita pergi ke sini, meh aku cerita sikit kat korang :)

Cheonjeyeon Falls ni dikenali sebagai "The Pond of God". Katanya banyak dewa dari kayangan suka mandi kat sini. Cheonjeyeon Falls terhasil daripada limpahan air dari bumbung gua. Air tu bertakung dalam kolam, kemudian melimpah lagi sebanyak dua kali sehingga membentuk the second and the third waterfall yang kemudiannya barulah air tersebut mengalir ke laut.

Selain daripada waterfall, kita akan jumpa Seonimgyo Bridge dan Cheonjeru Pavilion jugak kat sini. Nak tau macam mana rupa mereka berdua... tunggu~


Dari Daepo Jusangjeolli Cliff, kitorang naik teksi untuk ke Cheonjeyeon Falls


Driver ni nak kata ahjussi bukan, oppa pun bukan. Kerek sikit lah bagi aku. Tak macam ahjussi taxi driver yang tadi.


Tak sampai 10 minit pun, tetiba eh dah sampai. Tambang teksi 3,000 won (RM10.80).




Encik Dol Hareubang ada di mana-mana


 Tiket masuk 2,500 won seorang (RM9). Opening hour from 8 am until 6 pm.


Eh tapi ada diskaun untuk "Youth (Age 13 - 24)". Kitorang bertiga genap 24 tahun. Kiy pulak 18 tahun. Benda diskaun kena rembat!


Memandangkan aku boleh baca hangul, aku bagitau oppa penjaga kaunter tu yang kitorang ni 'cheongsonyeon = youth'. Dia mintak passport. Ceh tak percaya pulak muka muda remaja kami ini. Pabila sudah terbukti yang kami masih 'youth', haaa dapatlah harga tiket 1,350 won seorang (RM4.90). Kehkeh. Jadi, buat sesiapa yang berumur 24 tahun tu, cepat-cepat lah pergi ke Jeju tahun ni. Tahun depan tak dapat diskaun dah.


HOHOHO


 Dah beli tiket boleh lah masuk buat macam rumah sendiri






Hai kura-kura yang pelik bukan kurakuraygslow!




Haaa inilah dia Cheonjeru Pavilion





Katanya ada lukisan yang menceritakan mengenai dewa kayangan penjaga Cheonjeyeon Falls kat sini. Tapi aku tak reti lah pulak nak terjemahkan lukisan. Kehkeh.


Aku pasti dia pun tak faham lukisan tu


Dia ni lagi lah. HAHA!


Bila masa lah pulak dua ekor ni menyelit dalam gambar aku


Dari Cheonjeru Pavilion, boleh jalan terus then jumpa waterfall observation platform.




 Boleh nampak sipi-sipi Seonimgyo Bridge


 Sebelum pergi ke sini, pastikan kaki anda kental dan lasak. Route pendakian dia mencabar gila hoiiii.


Akhirnya, nampak pun waterfall!!! Tapi dari jauh jelah.


Aku tak tau ni waterfall yang ke-berapa. Takde signboard pun.


 Lepas tu, kitorang pun turun dari Cheonjeru Pavilion menuju ke Seonimgyo Bridge. Nampak tak permulaan jambatan dalam gambar ni?


Seonimgyo Bridge menghubungkan kawasan tadi dengan Cheonjeyeon Falls


Seonimgyo Bridge juga dikenali sebagai 'jambatan tujuh pari-pari' kerana mengikut kisah dongeng nya, tujuh pari-pari tu turun dari kayangan untuk mandi kat sini. Entah betul ke tidak aku tak tau. Siap ada ukiran tujuh pari-pari lagi kat jambatan ni.


Nilah dia gerangan tujuh pari-pari tersebut
(Gambar ihsan Google)


 Yang ni ibu peri. Kehkehkeh.


 Tinggi gila jambatan dia. Kalau jatuh ke bawah, naya je.


 Dr. Kang tengah tunggu Captain Yoo Si Jin tu ahaks!
 

 Budak berdua ni memang cenggitu. Tolong maafkan mereka.


 Dari Seonimgyo Bridge boleh nampak laut Jeju




 Seperti biasa, gambar berempat menandakan telah tiba saat untuk blah dari sini
 

 Kat hujung jambatan ada signboard ni. So, meh kita follow!


 Tak pernah nya dapat gambar Seonimgyo Bridge secara penuh. Banyak sangat pokok daaaa.


 Haaa hang tengok lah route pendakian dia. Dah macam tangga Batu Caves.


 Ni turun tangga takpe lah. Kang naik hazab!


 Akhirnya, dah nak sampai ke the 2nd Waterfall


 Cantik kan! Subhanallah :)


 Magnificent view (including me ehem!) :P




 Masa ni kaki masing-masing masih kental lagi. Baru jumpa satu waterfall kan.


 Tadi dah happy turun tangga. Laaa ni mohle kita naik pulak ye.


 Ayuh kita ke Cheonjeyeon Falls!


 Haa tengok tu. Farah dah start pancit. Kuikui.


 Adakah aku sedang mengetawakan Farah pada ketika ini?


 Yeay dah sampai kat Cheonjeyeon Falls




 Air dia jernih sangat. Nak cuci muka pun boleh.


Sepatutnya gini lah rupa sebenar Cheonjeyeon Falls. Tapi waktu kitorang pi sini, takde waterfall pun huhuhu.
(Gambar ihsan KTO)


 Okay lah let's go to the 3rd Waterfall!




 500 meter lagi


 Farah dah semakin pancit


Lepas tu, Farah dan Ziha surrender. Dorang tak nak follow sampai ke the 3rd Waterfall. Katanya semua waterfall tu sama je. Hahaha. Okay takpe. Aku suruh dorang duduk senyap-senyap kat situ. Aku dengan Kiy turun sat sampai ke the 3rd Waterfall.


Fuhhh nasib baik budak berdua tu tak follow dah. Kalau tak membebel lah depa tengok tangga ni tinggi sangat. Kahkah.


Yeay dah dekat! 120 meter lagi


 Finally... nampak pun bayang the 3rd Waterfall


Masa aku sampai situ, ada sorang ahjumma tengah syok snap picture pakai DSLR. Pehhhh dashyat ahjumma Korea ni. Dah lah mampu daki tangga tinggi tu, reti pakai DSLR lagi *clapclapclap*


Tepukan untuk diri sendiri jugak sebab mampu menuruni tangga tinggi tersebut. Tengah fikir macam mana nak daki semula tangga tu. HAHA :P


 Akhirnya cheq berjaya jugak mendaki semula tangga tadi


 Minah ni tengah bercengkarama lah pulak


Dah nama nya musim bunga, mestilah asyik jumpa bunga je kan


Lepas tu, kitorang berpatah balik ke permulaan Seonimgyo Bridge tadi. 


3 bunga nak mengundur diri dulu. Kihkih :P


Tamat sudah pendakian kami kat Cheonjeyeon Falls. Rasanya berat masing-masing dah turun 2 kilogram.

Next destination ---> Jungmun Beach. To be continued~


 Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...