05 February 2017

#3rdtriptokorea - Day 3 (Manjanggul Cave) - Jeju-do

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Selasa - 19 April 2016

Selepas melawat Seopjikoji, jumpa canola flower dan lunch kat convenience mart... kitorang teruskan perjalanan menuju ke Manjanggul Cave.


Manjanggul Cave termasuk dalam UNESCO World Heritage
(Natural Monument No. 98)


Nak pergi ke situ boleh naik intercity bus. So, dari bus stop Seongsan Ilchulbong kitorang naik bas menuju ke bus stop Manjanggul Cave Entrance. Perjalanan menaiki bas dalam setengah jam kot. Tambang bas dari bus stop Seongsan Ilchulbong ke bus stop Manjanggul Cave Entrance adalah 1,300 won (RM4.70). Kitorang bayar guna T-Money.


Ginilah lebih kurang jarak antara Seongsan Ilchulbong dengan Manjanggul Cave


Nak naik teksi takut tambang dia mahal sangat. So, cara paling selamat adalah dengan menaiki bas.


Tapi, bas cuma akan turunkan korang kat bus stop Manjanggul Cave Entrance je. Nak masuk ke Manjanggul Cave tu kena naik teksi pulak. Tambang teksi 3,400 won (RM12.20). Perjalanan dalam 10 minit.

Dalam perjalanan menaiki teksi ke Manjanggul Cave, kitorang lalu kat destinasi seterusnya iaitu Gimnyeong Maze. Tengok gaya macam dekat je Gimnyeong Maze dengan Manjanggul Cave. Haaa lepas ni boleh lah jalan kaki je kot.

Sekarang jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Better mai melawat Manjanggul Cave dulu. Sejuk sikit berjalan dalam gua. Tengah-tengah hari buta ni nak berpanaih kat Gimnyeong Maze tu macam tak best pulak.


Nah sedikit pengenalan mengenai Manjanggul Lava Tube (Manjanggul Cave)


Pape hal pun jom beli tiket dulu




Sedikit info mengenai Geomunoreum Lava Tube System. Ada banyak lagi lava tube selain daripada Manjanggul Cave, tapi depa tidak dibuka untuk pelawat. Lava tube terhasil daripada limpahan lava gunung berapi dari dasar bumi yang mengalir ke permukaan tanah. Jadinya, banyak lah bentuk-bentuk pelik dan menarik terbentuk secara semula jadi dalam gua ni.


Entrance ticket 2,000 won (RM7.20) per person. Kami kan 'youth' so dapat harga RM1,000 won (RM3.60) seorang. Hihihi.


Opening hour from 9 am until 6 pm


Cuma 1 km daripada keseluruhan 7.4 km kawasan gua dibuka kepada pelawat


Ayuh kita mulakan!


Secara jujurnya, takde apa sangat pun kat dalam gua ni. Maklumlah dah namanya gua... memang gelap dan malap jelah. Kena berhati-hati sikit semasa berjalan sebab lantai agak licin. Banyak air menitis dari bumbung gua. Suhu dalam ni pulak sejuk... dalam 15 darjah celcius je. Sesuai sangat lah untuk kitorang yang nak berlindung daripada terik matahari sat. Hehe.


Hmmm tak banyak sangat gambar muka sendiri yang boleh diambil kat dalam gua. Gelap. HAHA.


 Gua ni sesuai untuk orang yang nerd macam aku je kot. Kehkehkeh :P


 Sape yang jenis cepat bosan dengan sejarah dan geografi, takyah kot pi sini.


Bagi aku, lawatan ke gua ni wajib sebab Pulau Jeju merupakan tapak warisan dunia. So, kenalah lawat semua benda yang ada kena-mengena dengan world heritage. Kalau setakat target nak shopping dan OOTD, baik pi Pavilion. Kehkehkeh :P


Padahal gua kat Malaysia tak pernah masuk pun. HAHAHA :P


Okeh mari kita mulakan pembelajaran sejarah dan geografi di sini :D


 Ni lah hasilnya pabila lava gunung berapi melimpah ke permukaan tanah






 Nampak tak bentuk 'lava flow' tu?


Errr kali terakhir jumpa term 'stalactites' adalah dalam subjek geografi masa Form 3. HAHA!










Kitorang travel sendiri tanpa tour guide. So, kena pandai-pandai lah baca sendiri semua info yang ada. Yang mana faham alhamdulillah. Kalau tak faham, buat-buat faham sudah. Tak masuk ProExam pun. LOL :P










 Gelap je kan gua ni? HAHA!




 Batuan quartz




 Turtle Rock




 Menjadi simbol Manjanggul Cave sebab bentuk dia bujur macam Pulau Jeju








Bila sebut elephant toe, kitorang yang medical student ni spontan terfikir elephant leg secondary to lymphatic filariasis. Pastu tak pasal-pasal buat discussion pasal filariasis pulak kat dalam gua tu. Kiy yang bukan medical student pasrah jelah dengar discussion budak-budak medic yang nak ProExam lagi 3 bulan nih :P


 Saya harap tak jumpa kes ni dalam clinical exam






 Ni lah dia muka orang yang tak pernah masuk gua kat Malaysia tapi gedik-gedik pi masuk gua kat Korea. Kahkah!






 Lava column kat sini merupakan yang tertinggi di dunia!


 Tinggi dia 7.6 meter. Tapi awat nampak pendek je kat sini? Mungkin puncak dia terkeluar daripada bumbung gua kot.


 Muka kami tak dilimpahi nur di sini. HAHAHA!


 

Satu perkara yang kitorang perasan... ahjumma kat Jeju-do suka pakai fancy clothes dengan warna yang terang. Tak pernah pulak jumpa ahjumma kat Seoul pakai cenggini. Hihi.


Okay dah sampai ke penghujung. Boleh lah patah balik ke entrance.


Dalam perjalanan keluar, tetiba ada segerombolan kanak-kanak tadika memasuki gua ini. Ramai pulak tu. Nasib baik kitorang sampai dulu. Kalau tak, bersesak-sesak lah kami di dalam gua yang gelap itu. Terfikir jugak, macam mana lah cikgu dia nak jaga budak kecik ramai-ramai camtu. Dah lah lantai gua ni licin.

Selepas satu jam berjalan dalam kegelapan... akhirnya...


Yeay berjaya jumpa cahaya matahari semula!!!


Tamat sudah lawatan sambil belajar kami ke gua Jeju


Tengah-tengah syok bergambar, tetiba ada 2 orang perempuan tegur kitorang. Dia tanya "where are you from?". Kitorang jawab lah... "Malaysia". Katanya nak bergambar sama-sama. Kitorang pun okay jelah sebab dah biasa berjumpa dengan orang luar yang excited nak bergambar dengan perempuan bertudung. 'Yeppeo' katakan. HAHA :P


Ni lah dia orang yang excited nak bergambar dengan kami a.k.a retis bertudung di Jeju-do


Lepas bergambar tu... kitorang pulak tanya dia... "where are you from?". Jawapan dia memang epik gila~


"We are not friends. I am from Israel"


Masa tu, ekspresi muka masing-masing terus berubah. Selalunya... orang akan jawab "ohhhhh" dengan penuh excited. Kitorang pulak "ohhhhh" dengan nada yang tak teruja langsung. HAHAHA :D
 
Lepas dia blah, kitorang mula fikir benda merepek. Macam mana kalau dia upload gambar tu kat Facebook dengan caption "my new friends from Malaysia"? Macam mana pulak kalau muka kitorang keluar surat khabar atau TV Israel sebagai "friends"? Masing-masing bengong gila masa tu. Hahahahaha!

Sambil-sambil jadi bengong tu, ayuh lah kita keluar dari Manjanggul Cave yang menjadi titik pertemuan antara kami rakyat Malaysia dengan rakyat Israel itu.


Ada segerombolan lagi manusia nak masuk ke sini


Tadi rombongan budak tadika. Laaa ni rombongan budak sekolah pulak.


Depa ni pi sekolah memang make-up tebal seinci ke? Eh tak pelik lah. Budak-budak sekolah sekarang pi sekolah memang pakai make-up pun. LOL.


Rajin betul cikgu depa bawak rombongan masuk gua pukul 4 petang


Okay lah settle sudah urusan kat Manjanggul Cave. Kenangan dalam gua tak banyak sangat sebab gelap. Kenangan dengan 'new friends from Israel' tetap tersemat di jiwa. Kahkahkah! :P

Next destination ---> Gimnyeong Maze. To be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...