12 September 2016

#3rdtriptokorea (Jeju & Busan) - Preparation #mencariyoosijin

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

4 bulan lepas aku ada bagi teaser #3rdtriptokorea. Masa tu mampu bagi teaser je sebab busy nak Professional Exam. So, kenalah study kan. Kang dok sibuk update blog, bila masa nak study. Hihi. Laaa ni alhamdulillah aku dah grad, barulah boleh update blog dengan hati yang lapang. Padahal result exam keluar sebulan lepas. Bermaksud... dah sebulan aku pass ProExam seterusnya grad selepas 5 tahun berhempas-pulas kat medical school. Tapi, mood nak update blog tu tak kunjung tiba pulak. Sekarang ni macam ada mood sikit, molek lah kiranya beta update entri mengenai #3rdtriptokorea sebelum semua memori tersebut terpadam daripada otak beta yang berkapasiti 54 megabites ini.

Oh ya sebelum aku berbicara lebih lanjut, aku ada buat post mengenai trip ni kat facebook. So, kalau korang rasa berzaman nak tunggu aku update blog, boleh lah refer facebook post ni dulu ye. Hihihi.

***

Okeh dari mana kita nak mula ye? *garu-garu kepala yang tak gatal*

Mungkin ada yang cakap, dah kenapa si Kura-Kura ni asyik pergi Korea je. Macam takde negara lain! Well... impian hidup aku sejak umur 13 tahun lagi hanyalah untuk ke Korea. HAHA. Impian lah sangat. Masa tu duit takde, tak mampu nak pi Korea nun. Bila dah masuk universiti, dapat biasiswa JPA... boleh lah simpan duit sendiri. Sebab tulah sampai 3 kali aku pergi Korea. Duit dah banyak sangat katakan. Kahkahkah! :P


Aku cuma nak pergi South Korea je. Tak pernah mimpi nak pergi North Korea. Hahaha!


Pertama kali aku ke Korea, aku menggunakan khidmat travel agency (boleh klik sini untuk #1sttriptokorea). Masa tu kitorang cover SEOUL je. Macam tak puas hati bila travel guna agency ni sebab masa agak terhad dan kita tak dapat nak pergi tempat yang kita nak (contohnya tempat yang Kpop-fans suka). So, aku pergi ke Korea buat kali kedua semata-mata untuk cover tempat-tempat yang aku suka dan repeat tempat-tempat best masa first trip dulu (boleh klik sini untuk #2ndtriptokorea). Masa tu pun kitorang cover Seoul je.

Buat peminat Korean Drama dan Kpop, mesti korang sedar selain daripada Seoul... JEJU dan BUSAN pun amat femes untuk dilawati. Dah lah cuti mid-sem aku jatuh pada bulan April, masa tu tengah musim bunga kat Korea. Macam nice je kan untuk ke Jeju pada musim bunga. View dia lawa gila! Sebelum ni aku ke Seoul masa musim sejuk dalam kedua-dua trip. Haaaa sebab tulah aku buat keputusan untuk cover Jeju dan Busan je dalam #3rdtriptokorea ni. Hihi.

Buat sesiapa yang tak tahu, Jeju merupakan sebuah pulau. Ala-ala Pulau Langkawi lah kiranya. So, takde jalan darat untuk ke Jeju. Kena naik kapal terbang, tak pun naik feri. Kalau nak jimat, better naik feri. Malangnya, perjalanan menaiki feri mengambil masa yang lama. Kalau nak jimat masa, pilihan yang tinggal hanyalah dengan menaiki kapal terbang.


Peta Pulau Jeju


Sape yang ingat sehari je cukup untuk cover satu Pulau Jeju, ternyata anda silap 120%! Jeju sangat luas. Kalau nak cover satu pulau, kena spend at least 3 hari kat Jeju je. Tapi, jangan spend sampai 2 minggu pulak. Mereput lah korang kat sini nanti. HAHA.

Jeju terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Jeju-si dan Seogwipo-si. Jeju International Airport terletak kat Jeju-si. Perjalanan dari Jeju-si ke Seogwipo-si mengambil masa sejam setengah menaiki kereta atau bas. Oh ya. Kat Jeju takde train tau. So, korang kenalah naik public transport seperti bas dan teksi kalau nak jimat. Kalau sanggup spend duit lebih, boleh sewa kereta. Kat Busan ada subway (train). So, toksah risau sebab sama je macam subway kat Seoul.

Memandangkan cuti mid-sem aku cuma seminggu, so aku decide untuk pergi ke Korea selama 6 hari sahaja. Dah lah masa kat sana singkat, then nak cover Jeju dan Busan serentak pulak tu... nak tak nak kenalah pergi ke Jeju dengan menaiki kapal terbang. Setakat ni, takde direct flight from Malaysia to Jeju. So, korang kena lah naik international flight ke Seoul atau Busan dulu, then baru naik domestic flight ke Jeju.

Plan asal, kitorang nak spend 3 hari kat Jeju dan 3 hari kat Busan. Tetiba, aku teringin pulak nak pergi ke Demilitarised Zone (DMZ) yang merupakan kawasan sempadan antara North Korea dan South Korea. So, kenalah spend 1 hari kat Seoul untuk melawat DMZ.

Jadi, aku buat itinerari cantikkk punya untuk cover Seoul selama sehari, Jeju selama 2 hari manakala Busan selama 2 hari sebab hari terakhir dah kena balik ke Malaysia.


This is LOVE :)


***

Trip ni fully planned by aku. 100%. Dari urusan itinerari, booking guesthouse sampai lah ke part membeli tiket flight. Kitorang pergi berempat sebab nak naik bas dan teksi je kat Jeju. Teksi kan boleh muat 4 orang penumpang. So, pergi 4 orang memang just nice kalau nak jimat tambang teksi. Hehe.

First of all, meh lah aku share apakah preparation yang perlu dilakukan sebelum ke Jeju dan Busan~

* Basically preparation kali ni lebih kurang je dengan #2ndtriptokorea dulu (sila klik sini). Cuma aku ada improvised sikit on certain parts. Maklumlah, dah kali kedua ke Korea sendiri. Kehkeh.


1.  Mula-mula, kenalah pilih tarikh dulu. Bagi student macam aku, takwim tahunan sangat penting bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk travel. Jangan main bantai pergi travel semasa kelas pulak. Macam yang aku dah nyatakan kat atas, cuti mid-sem aku jatuh pada bulan April 2016. So, aku pun start usha tiket flight AirAsia dari bulan Julai 2015 lagi. Kahkah semangat gila! Kebetulan, AirAsia buat promo pulak dah. Memang tak fikir panjang. Terus aku booked tiket flight KL-Seoul, Busan-KL dengan harga RM750 seorang termasuk in-flight meal dan luggage tambahan beserta seat tepi tingkap (untuk balik je).




Aku tak ambik luggage tambahan dan seat masa pergi. Luggage pun takde lah besar mana, nice je 7 kg. Boleh bawak naik flight. Masa balik, wajib ambik luggage tambahan sebab konfem beg akan beranak-pinak kat sana. HAHA. Masa pergi pun tengah malam. Gelap. Tak nampak view. So, aku tak kisah tercampak kat seat mana-mana dalam flight tu. Tapi masa balik, duduk seat tepi tingkap tu wajib bagi aku.




Aku allocates 10 kg luggage untuk seorang. Kali ni aku ambik in-flight meal. Cukup lah sekali tak ambik in-flight meal dalam #2ndtriptokorea tahun lepas. Lapar nak mati woi! Dah lah beli maggi cup dalam flight je sampai RM8! Mahal sangat agaknya senyuman pramugari yang hidangkan maggi cup tu. Haha. Kalau korang booked in-flight meal ni awal-awal, boleh dapat harga RM15 untuk nasi lemak. Nasi ayam pun RM15 jugak. Then dapat sekali air mineral botol kecik, tak silap aku 350 ml.


2.  Haa habis part tiket flight dari Malaysia ke Korea je. Nak ke Jeju kena naik domestic flight pulak. Ada banyak flight ke Jeju antaranya Jeju Air, Eastar Jet dan Busan Air. Tapi dalam banyak-banyak ni, Jeju Air yang paling murah. Ofkos lah aku pilih yang murah kan. Semurah-murah tiket Jeju Air sekalipun, kalau dah convert ke Ringgit Malaysia tu tetap mahal jugak. So, aku tunggu sampai ada promo baru beli. At the end, dapatlah tiket Jeju Air from Gimpo-Jeju, Jeju-Busan dengan harga RM250 seorang. Next entri aku akan terangkan secara detail tentang cara membeli tiket Jeju Air. Stay tuned :)


3.  Then, marilah kita book guesthouse! Kali ni, aku book dua guesthouse yang mana satu kat Jeju manakala satu lagi kat Busan. Kat Jeju, kitorang akan stay kat Yeha Guesthouse. Lokasi dia agak strategik sebab hanya 10 minit dari Jeju International Airport. Busan Suk Bak Dotcom pulak menjadi pilihan aku kat Busan sebab dekat dengan Busan Station. Senang sikit nak gerak naik subway. Hehe.


4.  Kat Jeju dan Busan agak susah nak cari makanan halal compared to Seoul. So, aku cuma plan untuk makan 3 kali je kat Jeju dan Busan. Ofkos lah iollss nak makan seafood. Hiks! Seafood kat Korea mahal nak mampus. Tak mampu aku nak makan seafood hari-hari. So, macam biasa... makanan dari Malaysia jangan lah dilupakan. Kali ni... aku cuma bawak lauk segera Brahim, maggi cup, nescafe 3in1 dan biskut sahaja. Takde dah bawak segala roti, sup campbell, sardin, nasi mahupun air mineral macam #2ndtriptokorea tu. Hari tu kan first time backpacking... so semangat tu terlebih sikit. Kihkih. Kat guesthouse ada sediakan breakfast macam roti, jem, coffee etc. Water dispenser pun ada. So, toksah bawak air mineral dari Malaysia. Bawak botol kosong je then topup air setiap hari kat guesthouse. Nasi pun tak perlu bawak sebab kat Korea ada jual instant rice :)


5.  Persiapan lain macam draft itinerari, listkan bajet, bawak international adapter dan prepare baju hujan tu sama je macam #2ndtriptokorea. Part tandas kat Korea takde paip air pun masih lagi sama. So, korang baca jelah entri planning #2ndtriptokorea tu ye. Hehe.


6.  Last sekali, jangan lupa tukar duit Korea. Ringgit Malaysia tak laku kat sana. Hihi. Rate semasa aku pergi adalah 1,000 won = RM3.60! Mahal gila!!!! Tahun lepas... 1,000 won = RM3.25. Mendadak naiknya. Huhu. Nasib baik aku ada baki 500,000 won dalam trip sebelum ni. So, secara jujurnya... aku tak tukar duit Korea langsung untuk #3rdtriptokorea ni. Siap ada baki lagi. Kihkih :)




***

Okeh! Habis sudah preparation ke Jeju dan Busan! Next entry aku akan cerita mengenai Jeju Air pulak. Stay tuned~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


4 comments:

Jari Manis said...

Rindu seoul! Tp sbb dh 4 kali ke sana so kena 'rehat' dulu pegi tempat lain nanti ada free baru ke jeju lak

Jari Manis said...

Rate usd tgh mencanak naik skrg almost rm4++ for -usd so semua mata wang lain pun rard tggi..sedih! Kalau dulu leh spend 2k je skrg budget jadi double huhu

Jari Manis said...

Tahniah dh grad! 5 tahun tu hadap sp leh travel dgn tenang la pasni

kurakuraygslow said...

Hahaha dahsyat sangat ni JM sampai dah 4 kali pi Seoul :P

Memang naik sangat JM huhuhu. Pi Korea baru-baru ni 1,000 won = RM3.81. Huwaaa nak nangis :(

Ahamdulillah dah grad. Tapi belum kerja lagi. Hahaha. Kena tunggu interview SPA jugak yang entah bila. Hmmm nak travel dgn tenang tu boleh masalahnya mana nak cekau duit. HAHA! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...