09 April 2017

#3rdtriptokorea - Day 3 (Gimnyeong Maze Park) - Jeju-do

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Tibalah masanya untuk sambung entri ke Pulau Jeju selepas 2 bulan menyepi. Malaih betul nak update blog. Sibuk mencari rezeki HAHAHA!

***

Selasa - 19 April 2016

Dalam entri sebelum ni, aku ada bagitau bahawasanya Gimnyeong Maze Park dengan Manjanggul Cave dekat je.


Jom kita main sesat-sesat dalam maze!


 Dari pandangan mata burung
(Gambar ihsan Google)


Gini lah lebih kurang jarak Manjanggul Cave dengan Gimnyeong Maze Park


Takde lah dekat sangat pun sebenarnya. Tapi masa tu takde teksi. Kitorang pulak malas nak menunggu sebab dah pukul 4 petang. So, marilah kita berjalan kaki membakar lemak. Selepas 15 minit berjalan akhirnya kami pun tiba di entrance Gimnyeong Maze Park!


Entrance! Opening hour from 8.30 am until 6 pm


Kat sini harga tiket untuk 'youth' sampai umur 19 tahun je. Huhuhu. So, Kiy je yang dapat youth price. Kitorang bertiga kena bayar harga penuh 3,300 won (RM11.90) seorang.


Okay mungkin korang akan tertanya-tanya, apa yang menarik sangat kat sini sampai si Kura-Kura ni masukkan dalam itinerari dia. Secara jujurnya, takde apa yang menarik sangat pun. Korang cuma boleh main sesat-sesat dalam maze sambil bersiar-siar dalam taman kat sini. Tu je. Takde view sangat pun.

Kalau korang travel dengan kawan yang suka kan adventure sangat recommended lah tempat ni. Tapi kalau korang travel dengan family yang berkonsepkan leisure, tak perlu lah nak ke sini. Hehehe.

Buat peminat Running Man, mesti korang tau Running Man pernah shooting kat Maze Park dalam Pulau Jeju. Kebetulan pulak Gimnyeong Maze Park ni dekat sangat dengan Manjanggul Cave, so alang-alang aku masukkan dalam itinerari. Boleh bajet-bajet Running Man ciked hihi.


Running Man fans, do you remember this?


Aku pulak konfiden je cuma ada satu Maze Park kat Pulau Jeju. Bila dah sampai Gimnyeong Maze Park, baru sedar maze dia tak sama pun dengan Running Man mission. Lepas balik guesthouse, baru aku google pasal Running Man tu. Rupa-rupanya dorang shooting kat Maze Land. Bukannya kat Gimnyeong Maze Park. Ada banyak rupanya maze kat Jeju nih hahaha.


Ni barulah tempat shooting Running Man tu. Hihi. Maze Land namanya.


Tapi Maze Land tu jauh jugak lah dari sini. Entrance fee dia pun lebih mahal berbanding Gimnyeong Maze Park. So, macam tak berbaloi je nak pergi. LOL ayat sedapkan hati sebab tersalah maze.

Okeh jom sambung cerita pasal Gimnyeong Maze Park~


Dah beli tiket so boleh masuk buat macam rumah sendiri


Sekiranya anda nampak gadis ini di situ, bermaksud cabaran maze anda telah bermula. Kihkih :P


Korang boleh ambik peta ni kat kaunter tiket. Jangan ngada-ngada nak bajet hebat takmo pakai peta. Haaa tersesat lah hang 2 jam kat situ. Peta ni FREE je. Benda free kenalah ambik kan.


Oh ye. Sebelum kita mulakan cabaran dalam maze, meh aku cerita sikit pasal Gimnyeong Maze Park. Bentuk maze kat sini bujur macam bentuk Pulau Jeju. Korang boleh tengok peta kat atas. Sama kan? Ada 7 imej yang menjadi simbol Pulau Jeju dalam maze ni iaitu the perimeter hedge, the pony head, the snake, the dolmen, the ship, the yin/yang symbol and the axis of the maze.

Jadi, selain daripada berusaha cari jalan keluar dari maze ni... korang boleh jugak kumpul stamp untuk kesemua simbol tu. Sila cari bendera. Boleh rujuk peta kat atas. Bila dah jumpa stamp post, cop je kat peta masing-masing.


Cop je gini. Kitorang tak berjaya jumpa the yin/yang symbol kot. Entah lah aku tak ingat dah. Hampir setahun sudah trip ni berlalu. HAHAHA :P


Tengok tu berkerut dahi masing-masing membaca peta. Dengan nak cari bendera lagi, nak cari jalan keluar lagi. Kehkeh. Target kitorang adalah nak keluar dari sini dalam masa sejam. Let's start our mission!


Yeay berjaya jumpa stamp post yang pertama!!!


Tempat yang ada stamp post pertama hihi


Okay dah boleh sambung baca peta nak cari stamp post lain pulak


Meow pun nak join mission kami


 Alololololo penyayang nya hewhew


Apa yang dia membebel sorang-sorang nih?


Pastu kitorang semua give-up malas dah nak baca peta. Biar Ziha je yang lead the group. Selain daripada hebat membuat peta di atas bantal, dia juga hebat membaca peta maze ini.


Haaaa nampak tak gaya captain dia tu? Oppa Korea sebelah tu pun kagum dengan dia.


Ramai orang kiss kat sini kot sebelum ni. HAHAHA!


Okay ada lalu bawah jambatan. Macam dah nak dekat je tempat keluar nya.


Yessss berjaya jumpa jambatan!!!


Hmm tapi bukan jambatan yang ni. Jambatan yang belah sana baru betul. Ingatkan mission dah berjaya. Baru ingat nak bangga.


 Kita fikir strategi baru jap kat jambatan yang salah ni






Kusutnya maze ini umpama kusutnya fikiran aku selepas pulang ke HUKM nanti


Kita tinggalkan sebentar kekusutan itu. Sekarang kita enjoy!!!


Okay jom sambung cari jalan keluar. Ingat... target kita nak keluar dalam masa sejam.


Busy betul masing-masing. Tak heran kat kamera dah.


Selepas 50 minit tersesat, akhirnya yeay!!! Mission accomplished!


Ring the bell to my heart acececeh


Santai sungguh depa berdua ni. Mentang-mentang dah jumpa jalan keluar. Tadi berkerut sepanjang masa hihi.


Hai awak-awak di bawah tu. Tak jumpa jalan keluar lagi ke? Hewhew.


Okay dah jom kita turun pergi ke entrance semula


Boleh klik play untuk sama-sama terlibat dalam mission kitorang :)




***




Farah excited sungguh main game ni. Takpe fahammm. First timer hihihi.


Ittew pun nak excited jugak hihi


Memang pantang dibiarkan budak ni. Terus nak berdrama swasta.


Ni lagi sorang. Dia punya berkerut tu tak boleh blah.


Untuk awak hahahaha LOL


Seat sebelah tu kosong. Sama macam hati saya bhahahaha.


 Okay lah dah pukul 6 petang. Meow dah nak beradu. Kitorang pun nak mengundur diri dahulu.


Aku pernah bagitau sebelum ni, jangan naik teksi hitam atau teksi besar sebab tambang dia lebih mahal. Malangnya masa kitorang keluar ke entrance, cuma ada teksi besar je kat situ. Kitorang tak nak naik tapi ahjussi driver tu suruh jugak naik. Macam memaksa pun ada jugak. 

Ahjumma yang jaga kaunter tiket nampak situasi tu then dia tolong jawabkan kat ahjussi yang memaksa tu. Kitorang just cakap "it's okay... waiting for friends". Friends mana tah padahal hahaha. Pastu ahjumma tu jerit kuat-kuat dari kaunter tiket... "chingu kidariyo!". Kitorang pun macam yeahhh chingu (kawan)! Pastu barulah ahjussi tu blah.

Dah lah ada sekumpulan oppa Korea kat situ masa tu. Segan pun ada jugak. Tapi lantak lah. Bukannya oppa tu kenal kitorang pun. HAHA!

Lepas ahjussi teksi besar tu blah, kitorang pun duduk menunggu dalam 10 minit tapi takde langsung teksi lain. Huhu. Risau jugak kalau hari dah makin gelap macam mana. Dah lah tempat ni terperuk dalam hutan. So, kitorang dengan mereng nya ambik keputusan untuk berjalan kaki ke jalan besar mencari teksi.


Gini lah jalan dia. Krik krik je kan. Scary pun ada jugak.


Dah jauh kitorang berjalan tapi takde teksi langsung! Jalan besar pun tak nampak bayang. Huhu. Tadi masa naik teksi ke Manjanggul Cave macam tak jauh sangat. Tiba-tiba, ada sorang lelaki dari China tegur kitorang kat tepi jalan. Walaupun dia sorang manakala kami berempat... perasaan cuak tu tetap ada. Masa ni mula lah menyesal sebab tak naik teksi besar tadi. Nak jimat punya pasal tak nak bayar tambang lebih.

So, pengajarannya di sini, asal ada teksi je terus naik. Tak kisah lah besar ke kecik sebab susah nak dapat teksi kat Jeju. Keselamatan lebih penting daripada duit. Huhu.

Kitorang berjalan dengan perasaan cuak masa ni sambil perhatikan lelaki China tu. Pastu alhamdulillah ada teksi lalu. Terus kitorang tahan teksi tu dan bagitau nak ke bus stop terdekat. Dia terus caj 4,000 won (RM14.40) tanpa guna meter mungkin sebab nampak kitorang terdesak. Kitorang setuju jelah takkan nak sombong lagi kan. Dah cukup cuak dah ni. Alhamdulillah berjaya jugak sampai ke bus stop Gimnyeong Beach.


Lega sangat dah jumpa bus stop!


Kena naik bas nombor 701 untuk balik ke Jeju Intercity Bus Terminal


Tambang bas 1,800 won (RM6.50). Bayar guna T-Money.


Perjalanan menaiki bas mengambil masa 45 minit. Dalam pukul 7.30 petang, kami pun tiba di Jeju Intercity Bus Terminal. Tamat lah sudah episod pengembaraan di Jeju-do selama dua hari. Sebenarnya, ada beberapa lagi destinasi yang wajib dikunjungi kat Jeju-si. Sehari memang tak cukup lah nak cover semua tempat. Seelok-eloknya korang kena bajet sehari kat Seogwipo-si, dua hari lagi kat Jeju-si kalau nak cover semua tempat menarik. Antara tempat yang tak sempat kitorang nak pergi adalah~


Hallasan (Mount Halla), Sangumburi Crater, Udo Island dan Mysterious Road (Dokkaebi-gil)


Hmm takpelah mungkin lain kali LOL. Waktu tu baru pukul 7.30 petang. Macam awal sangat nak balik ke YEHA Guesthouse. So, kitorang decide untuk merewang sebentar. Dah alang-alang malam terakhir kat sini kan. Hihi.

Aku perasan ada satu info tertampal kat guesthouse pasal satu market ni namanya Dongmun Market. Menurut info tu, Dongmun Market tak jauh dari guesthouse. So dari Jeju Intercity Bus Terminal, aku cadangkan kitorang terus ke Dongmun Market. Nak balik ke guesthouse pun dekat je nanti.

So, marilah kita menaiki teksi menuju ke Dongmun Market. Tambang teksi 3,800 won (RM13.70).


Dongmun Market entrance


Dah alang-alang sampai sini, ingatkan boleh lah cari souvenir murah-murah. Tapi takde apa pun kat sini. Dorang cuma jual limau jeju (harabong), strawberi dengan coklat Jeju je.


 Coklat Jeju


 Harabong


Boleh tahan mahal jugak lah harga harabong tu. Ingatkan murah huhu. Tapi disebabkan tekak masing-masing nak sangat merasa harabong yang femes ni, kitorang beli jugak lah. Pejam mata je bayar 10,000 won (RM36) untuk 5 biji harabong! Korang pernah makan sebiji limau yang berharga RM7.20? Tak pernah kan? HAHAHA *nangis*.

Then, kitorang beli pulak strawberi yang berharga 8,000 won (RM28.80). Pastu kitorang pun blah dari Dongmun Market. Bosan lah kat situ. Takde pape. Nasib baik kat depan Dongmun Market tu ada underground shopping mall. Boleh lah jalan-jalan cuci mata sat.


Jungang Shopping Mall. Berdepan dengan Dongmun Market.






Kitorang sambung cari souvenir kat sini. Tapi hampeh takde jugak. Nasib baik dah beli fridge magnet dengan keychain Jeju kat Seongsan Ilchulbong. Kalau tak... kempunannnnn. 

Eh tapi kat sini banyak outlet make-up. Sesuai lah untuk Farah yang kempunan tak dapat pergi Myeongdong. Kehkeh. So, aku biarkan je Farah bersama make-up nya. Aku dengan Kiy pergi merewang tempat lain sat.


 


Nasib baik dalam mall ni ada wifi free. Boleh lah online sambil tunggu Farah pilih make-up hihi.


DOTS everywhere :)


 Okay dah dekat pukul 9 malam ni jom lah kita pulang


Perjalanan menaiki teksi dari Jungang Underground Shopping Mall ke YEHA Guesthouse mengambil masa 15 minit. Tambang teksi 4,000 won (RM14.40).

Sesampai je kat guesthouse, kitorang terus pergi ambik pisau kat dapur. Kononnya untuk potong buah limau tu. Tapi, masing-masing nak mandi dulu. Dah berlengas sangat ni. So, aku pun bawak pisau tu masuk bilik. Kebetulan pulak, guest lain semua dah check-out. Happy gila lah kitorang sebab boleh conquer dorm tu puas-puas. Dah lah malam terakhir kan. Aku selamba je letak pisau atas loker.

Tiba-tiba, sorang guest check-in. Kelam-kabut aku simpan pisau tu dalam loker. Entah apa lah dalam fikiran dia masa nampak pisau tu agaknya HAHAHA.

Guest tu jenis ramah sikit, Dia tanya kitorang dari mana. Belum sempat jawab, tiba-tiba dia teka "India?". Pehhhhhh sentap beb!!! Tau lah aku tak cerah mana ditambah dengan burn habis lepas dua hari berjalan kat Jeju. Tapi agak-agak lah nak cakap dari India. Huhu. Dia pulak dari Seoul. Mai sini ada business trip.

Lepas semua orang dah settle mandi apa semua, kitorang bawak buah limau, strawberi, maggi dan tidak dilupakan pisau untuk turun ke pantri. Dah ada guest lain so tak boleh lah nak makan dalam bilik. Lagipun kitorang tak nak share makanan dengan dia sebab cakap kitorang dari India. HAHAHA :P


Hai buah limau berharga RM7.20 sebiji :D


Masing-masing makan limau tersebut dengan penuh berhati-hati. RM7.20 kot. Kalau boleh nak rakam video untuk setiap kunyahan. HAHAHA. Ingatkan manis berkrim disukai ramai. Sekali... masam!!!! Huhuhu. Tak tau lah memang rasa dia macam tu atau kitorang yang salah beli limau :(

Nasib baik strawberi tu manis. Terubat sikit hati ni sambil makan maggi menangisi malam terakhir di sini. Okay pasni kena kemas luggage sebab esok dah nak fly ke Busan. Flight kitorang akan berlepas pada pukul 10.45 pagi.


Annyeong Pulau Jeju yang bujur macam telur! Semoga bertemu lagi di lain waktu~


Summary of our days in Jeju-do! Walking and hiking non-stop!



Next ---> Day 4 - Busan. To be continued~


Please click here for 35 tips and tricks backpacking to Korea


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...