28 October 2011

Lelaki dan DSLR

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello handsome photographers! =D

Hekhekhek. saja je buat kata sapaan cenggitu. dah tajuk pun 'Lelaki dan DSLR' kan. kena lah relate kan dengan para photographer(s) yang hensem di luar sana. yang tak hensem pun akan terus jadi hensem bila dorang reti ambik gambar guna DSLR. klik klik klik klik gitu =P

saja je letak gambar DSLR Nikon D60. sebab Ariz Forteen pakai jenama ni. kehkehkeh =P

* Amaran keras : Anda bakal disajikan dengan entri yang mempunyai tahap kegedikan melampau disertakan dengan gambar-gambar yang bisa mencairkan hati anda (bagi perempuan) dan mungkin juga bisa memanaskan hati anda (bagi lelaki). sebarang tragedi yang bakal berlaku sebelum atau selepas membaca entri ini adalah tidak ditanggung oleh penulis sama sekali =P
***
Back to the topic~

Kalau korang perasan, most of the guys hari ni suka usung DSLR (Digital Single-Lens Reflex camera) ke sana ke mari kan. nak kata pelancong bukan, pocong pun bukan. hahaha.

Memang dorang ni nampak sangat bergaya, up-to-date and cool bila kalung kan DSLR tu ke leher sambil klik sana klik sini. konfem-konfem ramai gadis yang pure and innocent terpikat. termasuklah aku. hehehe =P


Tapi, akan jadi sangat tak cool bila that guy tak tau pun fungsi DSLR yang harga beribu-riban tu secara terperinci. macam mana kalau korang baru nak start tackle sorang awek ni bermodalkan sebuah DSLR, then awek ni boleh pulak bagi soalan cepumas berkaitan DSLR tu. korang pun dengan tergagap-gagap nya baru nak start bukak manual cari jawapan. fuhhhh. it is so not cool babe.

Yang pandai sikit, maybe main hentam je. tapi, kalau nasib tak baik, that awek tau pulak jawapan bagi soalan dia tu, masak... masak! 

So, kepada lelaki bakal pengguna DSLR di luar sana, pastikan ilmu mengenai DSLR tu cukup dulu ok. baru lah boleh menunjuk-nunjuk kat awek-awek comel ni sume. jangan risau, kitorang pasti terpikat =)


***
Fine. lelaki yang pakai DSLR mahal jelah layak memikat hati perempuan. apa nasib golongan yang pakai kamera biasa-biasa je =(

*kat atas tu merupakan luahan hati sesetengah lelaki*

Oppss don't worry be happy. sebenarnya, mana-mana lelaki tetap akan nampak cool bila dorang suka ambik gambar menggunakan apa-apa jenis kamera sekalipun. kamera henfon ke, kamera yang pakai kodak tu ke, kamera digital ke, mahupun kamera lomo. jangan guna kamera mainan sudah =.=

ni kamera lomo

Cuma, bila guna DSLR, cool tu lebih sikit. sebab... errr sebab... DSLR tu mahal besar kot. bila besar, nampak berat. bila berat, lelaki akan gunakan banyak tenaga untuk pegang that DSLR. bila guna tenaga, urat-urat kat tangan sume timbul. bila urat-urat kat tangan timbul, nampak macho. bila nampak macho, for sure all the girls akan terpikat. muahahaha. memang aku dah gedik =P
***
Selain daripada dijadikan medium untuk memikat para gadis, DSLR ni jugak boleh digunakan sebagai sumber kewangan. maksud aku, para lelaki ni menggunakan ilmu fotografi yang ada untuk mencari pendapatan bagi mereka yang memang minat dan ada bakat mengambil gambar. kalau setakat ada DSLR yang mahal tu, tapi tak reti ambik gambar, buat apa. baik balik kampung tanam jagung =)

Ramai je lelaki yang berjaya sebagai photographer untuk majlis kahwin, birthday party and so on. mana-mana yang jadikan bidang fotografi ni sebagai kerjaya tetap, memang tu lah kerja dia. kalau dah ada kerja lain, boleh je jadikan minat mengambil gambar tu sebagai hobi. bukan ke sekeping gambar itu menyimpan seribu rahsia =D


* hensem jugak photographer untuk wedding kakak saudara aku bulan lepas. muehehehe =P (yang kat atas ni bukan gambar dia)

So, apa lagi guys. mana-mana yang dah memang ada minat mengambil gambar tu, teruskan ok. kalau macam tak berapa nak berbakat tu, praktis lah banyak-banyak. practice makes perfect =D

Then, sape-sape yang dah memang berminat dan berbakat, keep it up. boleh lah nanti jadi photographer untuk event sekolah tak pun kampus. ada jugak sumbangan buat sekolah terchenta. finally, bonus untuk mana-mana lelaki yang pandai guna DSLR. seriously, korang memang nampak sangat cool dengan DSLR tu =)

ni atok DSLR =P

***
See. perempuan ni tak memilih pun tau. benda remeh-temeh yang lelaki buat pun tetap nampak menarik dan cool di mata kitorang. lelaki je yang memilih sangat. hehehe. sep sikit girls! =D

24 October 2011

What inside a girl's heart

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

It is so painful just after we discovered this...


***

***

Yay, it is better to be alone *sigh*. There is something hidden behind it.


This is it.

19 October 2011

SNSD said, "Girls, bring the boys out!"

Assalamualaikum & annyeong haseyo...


Hai SNSD lovers! amacam perasaan korang hari ni? excited atau biasa-biasa je? kalau korang takde rasa pape, maksudnya korang bukan lah peminat setia SNSD. serius!

Apsal aku cakap cenggitu? yeah, sebab hari ni secara rasminya SNSD dah keluarkan MV terbaru dorang which is 'The Boys'. yup. fresh dari ladang. selama seminggu ni aku asyik tengok Teaser (MV pendek ala-ala iklan) dorang je.

Teaser The Boys (Korean Version)


Teaser The Boys (English Version)


Skang, dah dapat tengok full MV The Boys! Youhoo~

Full MV The Boys (Korean Version)


Full MV The Boys (English Version)


***
Untuk album ketiga SNSD ni, strategi pemasaran dorang lain sikit. Sebab SM Entertainment (syarikat tempat SNSD bernaung) nak pasarkan album The Boys ni kat Asia dan US serentak. That's why ada dua version. satu Korean Version, then satu lagi English Version. kalau guna Korean Version untuk pasaran US, takkan laku punya. 


Tengok, Wonder Girls pun buat English Version untuk Nobody bila nak pasarkan kat US. tak pasal-pasal meletup kan. cuba kalau dorang guna Korean Version je, maybe orang US tak nak dengar pun.

Yes, you're absolutely correct!

***
Berbalik kepada cite pasal SNSD tadi, secara peribadi nya aku rasa lagu ni lebih sedap daripada lagu Bad Girl. hehehe. YoonA pun makin hot! kehkehkeh =P

Tambahan lagi, dua-dua version lagu sedap didengar. dance pun mengancam. muahahahaha =D

SNSD yang hot!

Buat pengetahuan korang yang masih belum tahu, skang ni SNSD dah ada Official YouTube Channel ok. so, any latest update berkenaan MV SNSD akan di'upload' kat situ. konfem-konfem korang takkan ketinggalan lagi lepas ni.

So you guys, check this out~



Pergghh. macam-macam SNSD dah ada kan. Official Facebook Page lah, Official YouTube Channel lah. terbaikkkkkk! =D

* kurakuraygslow masih lagi a hardcore fan of SNSD even Forteen dah mula bertapak di hati. hehehe =P

14 October 2011

Antara DNA dan Ariz Forteen

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai readers. korang rasa tak blog aku ni makin membosankan? lately, memang aku dah amat jarang post entri-entri yang aku sendiri rasakan best. well, masa tengah belajar ni memang 90% kapasiti otak aku hanyalah untuk study semata-mata (ceyh ayat tu bajet macam aku rajin sangat. kehkehkeh).

* Korang                  :  Eh mana lagi 10%?
   kurakuraygslow :  Ariz Forteen yang punya... muahahaha =D

Disebabkan itu lah, aku sangat malas nak pikir idea-idea menarik untuk buat entri. korang ingat nak cipta entri-entri meletop kebabom ni senang ke. susah woo. lebih susah dari ingat kat Ariz Forteen. heh. muehehehe =P


***
Eh eh, korang nak tau tak. minggu depan kan aku ada exam. yep, first exam untuk course baru aku ni. takde-takde, kali ni aku dah tak target A dah. pass pun dah syukur Alhamdulillah... hehehe. so, aku cuma berharap segala notes yang bertimbun hingga hampir menyamai ketinggian KLCC tu mampu ku baca dalam masa 3 hari ni. padan! tu lah, study last minute lagi =P

Memandangkan silibus aku untuk module ni lebih menjurus ke arah DNA punya kerja, nak tak nak kenalah jugak aku merajinkan diri carik video-video berkaitan DNA replication, transcription, translation and so on kat Tiub Kau tu (YouTube). kalau tengok visual lagi senang nak paham kot. aku bukan pakar pun bab-bab imagination ni.

Tapi kan... tengah-tengah search "DNA transcription" kat YouTube tu, boleh pulak jari ni tertaip "Forteen Berdua Bersatu Live" kat search box tu. hehehehe. errrr... bukan salah aku. salah jari aku. I'm innocent... muehehehe =P


So, aku pun TERberhenti study sebab TERtengok video Forteen ekoran jari aku yang TERtaip nama Forteen kat search box tu. then, apa lagi. enjoy bebeh!


Ariz yang kat kanan sekali tau. sedap kan suara dia. lemak merdu disukai ramai Cik Kura-Kura =D



Thank you encik cameraman sebab banyak kali zoom Ariz saya =)
(Ariz masih kat belah kanan sekali)



Kali ni Ameer ambik part Ariz. jarang dapat tengok Ameer solo.
(Ariz yang kedua dari kiri)

***
Pastu kan, aku TERjumpa lah pulak link "Cover Song by Saiful Ridzuan" kat YouTube. pergghh, baru ku tau... Ariz ni memang dah biasa buat cover song kat YouTube sebelum jadi artis. memang bagai DNA dalam nucleus betul lah aku ni =.=

* bagai DNA dalam nucleus tu perumpamaan moden, aku modified daripada perumpamaan bagai katak di bawah tempurung.

Patut lah suara you sedap Ariz, memang sedap rupanya. hahaha =D




Kalau tengok kat cover song tu, ada url blog Ariz kan. tapi, malang bagi aku (dan mungkin korang jugak) sebab tak boleh nak baca pun blog dia. dah dia private kan, macam mana pulak aku nak baca. paham paham... sape lah aku di hati dia. sobsobsob =( *tengah lap air mata guna hujung lengan baju*
***
Eh! dah pukul bape ni? tadi aku nak buat apa sebenarnya? errrr... cari video pasal DNA lah labu. aiyoo... TERmelencong pulak. ngehehehe. ok guys. gua blah dulu. chow~

* aku memang tengah dalam mood gilakan Forteen (especially Ariz) skang ni. tolong maafkan ok... hehehe =D


09 October 2011

I'm In Love with Ariz Forteen

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai you all. lama tak jumpa kan. you all rindu I tak? haa rindu? tapi I tak rindu you all pun. sebab I dah rindu kat orang lain. ahaks ahaks =P

You all tertanya-tanya tak sape yang I rindu tu. sape yang I in love tu. alaa... cakaplah nak tau. hakhakhak =P


Sebelum ni kan, Jong Hyun yang cool and mysterious dah berjaya menambat hati I. ni sume sebab lagu Love tu lah. boleh dia senyap-senyap dedikasikan lagu tu khas untuk I. romantik kan dia. sebab tu I terpikat kat dia tau. my first love ni. ahaks ahaks =P


Then, Adey Syafrien pulak. saja je acting ala-ala smart and macho dalam Kasih Alia. nak memikat hati I lah tu. kehkehkeh. even member I panggil you 'Adey Kayu', I tak kisah. I tetap suka you. hakhakhak =P


And and, skang ni I dah terpikat kat the third guy pulak. nak tau sape?

Tadaaaaaaaaaa.............

hensem tak? muehehehehe =D

Nama dia Saiful Ridzuan tau. tapi you all boleh panggil dia Ariz. nak lagi sedap, Ariz Cik Kura-Kura yang punya. hakhakhak. umur dia baru 22 tahun. muda lagi you all. tapi still tak boleh lawan umur Jong Hyun I lah. my Jong Hyun baru 21 tahun. lagi muda remaja. ahaks ahaks =P


I kenal my Ariz ni... errr tetttttt. belum pape lagi dah terpanggil my Ariz pulak. hehehe. sorry you all. hari ni mood I lain macam sikit. kehkehkeh. ok ok sambung cite. I kenal dia dari group baru under KRU, iaitu group Forteen. sebab... Ariz ni merupakan salah sorang ahli dalam group tu lah.

Forteen
dari kiri : Izzue, One, Ariz =), Ameerais

See... Ariz yang paling comel kan. dah lah ada korean look. I like... muahahaha. tapi tapi, kalau boleh rambut tu biarlah kaler hitam. tak mau lah ada kaler-kaler besi berkarat tu. kurang hensem tau =(

hai awak =)

Ariz ni bukan je hensem ala-ala korean look, suara dia pun sedap tau. cer tengok music video lagu Forteen ni kejap.


Ariz yang nyanyi masa starting music video ni. macho kan. ahaks ahaks =P

I suka lah jugak dengar lagu Berdua Bersatu ni kat radio. tapi dengar-dengar gitu je. tak expect pulak ada lelaki hensem (Ariz) dalam group Forteen tu. lagipun, Forteen ni bawak konsep ala-ala 'N Sync dan Westlife. I like!!!! so, mulai skang... secara rasminya I dah jadi peminat Forteen ok. hakhakhak =D

eh you tunggu I ke kat tengah panas tu Ariz? =P

* gambar-gambar sume dirembat dari En. Google. harap maklum.
* sesekali jadi gedik terlebih ni nice jugak kan. ahaks ahaks =P

02 October 2011

Terima Kasih The Other Khairul

Assalamualaikum & annyeong haseyo...


Hello guys and girls sume. tengok tajuk pun dah tau kot apa cite entri kali ni. yeah, sememangnya aku perlu ucapkan setinggi-tinggi TERIMA KASIH kepada Blog The Other Khairul. yes, memang banyak-banyak terima kasih lah beb. sume lu lah, ada jugak orang baca blog gua... kehkehkeh =P

****
Ok, aku memang minat giler gaya penulisan owner of the blog, yang lebih dikenali sebagai Datuk Kay Mr. Kay. oppss bukan Mr. Gay. Mr. Kay ok. please pronounce it properly.

Even dia sangat suka kutuk tegur perempuan dalam kebanyakan entri yang ditulis, still ramai awek-awek comel baca dan follow blog dia. aku pun tak paham kenapa. maybe dia letak pelaris kat blog tu. who knows? hahaha =D


Lepas baca blog Mr. Kay, semangat aku untuk ber'blogging' pun terus berkobar-kobar (boleh refer entri ni). sebab kan... aku suka giler bercakap dalam hati. malangnya, takde sape boleh dengar monolog dalaman aku tu... huhu. that's why lah aku luahkan segala pemikiran aku kat dalam blog.

****
Mula-mula dulu, banyak lah jugak entri jenis kritikan yang aku post. tapi, well... lepas dah baca segala pendapat orang lain, aku fikir punya fikir punya fikir, ada baiknya aku hentikan segala bentuk entri macam tu. kalau aku kritik-kritik orang pun, apa yang aku dapat? tarapapa yeah, tarapapa yeah.


So, ni lah dia blog aku skang. segala eleman kritikan mungkin dah takde. mungkin jelah. kalau ada terlepas kritikan satu dua tu, maafkan jelah ok. kalau blog aku ni macam berita yang sume isinya serius nak mampus, tak best jugak. kang korang tak nak baca pulak. 

****
Since aku letak url blog ni kurakuraygslow, lebih ramai orang kenal blog aku dengan nama Blog Kura-Kura. even title dia Into The New World. hehehe. takpe lah, aku tak kisah pun. korang sudi baca blog aku pun dah cukup. thank you so much readers =)

****
Eh wait wait! apa yang terima kasih kat The Other Khairul tu?

Owh ye, terlupa pulak I. sebelum tu, biar I bagi cheers sikit kat The Other Khairul ok. ready... 1 2 3...

Tepuk tepuk tepuk terima kasih
(tepuk 2x) Terima Kasih
(tepuk 2x) Thank You
(tepuk 2x) Xièxiè
(tepuk 2x) Naṉṟi
(tepuk 2x) Syukran
(tepuk 2x) Arigatō Hait!

* Mr. Kay, kau terharu tak? kehkehkeh =P

***
Cerita nya bermula tak lama dulu. pada bulan Julai 2011, saat aku baru post entri yang bertajuk 'Tanda-tanda Perempuan Jatuh Hati vs Makan Hati'... terkejut beruk I tau, bila tengok kat traffic sources ada url blog The Other Khairul.


Yes, even sampai skang pun, blog aku masih ada dalam blog list dia. terharu tau... hekhekhek =D

Sebelum ni, sadis betul. takde sape nak baca blog aku... sobsobsob. sebab The Other Khairul lah, terus melonjak naik pageviews aku... hehe =)


Ya aku tau, pageviews aku takde lah sehebat blogger-blogger yang femes, but still... aku tetap happy. yeay!!!  aku baru start ber'blogging' bulan April hari tu. baru 6 bulan kot. bukan senang nak dapat readers weyh. blog aku yang entah pape ni pun ada jugak orang baca. jadi blog list The Other Khairul lagi. kehkehkeh =P

* since sepanjang September aku jarang update blog, pageviews pun menurun dengan banyak nya.


See... besar kan jasa The Other Khairul dalam pembangunan Blog Kura-Kura. eceh! ayat nak gempak =P

Perkara yang lebih membuatkan aku terharu, lepas The Other Khairul jadikan aku blog list dia, ada jugak beberapa blog lain yang berkenan meng'list'kan blog aku dalam blog list masing-masing. tapi, sorry kat korang... sebab url blog korang tak keluar pulak kat stats ni (memandangkan aku cuma ambik stats yang 'all time'). pape pun, aku tetap nak ucapkan Terima Kasih kat korang =)

Haa tak dilupakan jugak, sejak hari tu, bertambah lah followers aku. hekhekhek. sebelum ni tak sampai 40 pun... huhu. skang ni dah lebih angka 100. ok lah tu bagi owner blog yang cikai cam aku ni. thanks followers =D

Lastly, since aku rasa segmen berterima kasih ni dah sampai ke penghujung nya (pergghh ayat macam pengacara Gadis Melayu), aku just nak sertakan 'search keywords' yang boleh buat orang sampai ke blog aku. kadang-kadang boleh tergelak sendiri bila tengok 'search keywords' tu. hahaha =D





* lately mungkin aku jarang update blog memandangkan kehidupan menanam anggur dah berlalu. segala komen pun mungkin aku akan lambat reply. jangan kecik hati ek commentators =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...