26 April 2012

Love Rain - Episod 10

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Yo semua! Love Rain episod 10 ni dah pun ditayangkan kat Korea pada 24 April 2012 yang lepas. sebenarnya, aku belum tengok lagi episod 8 dan ke atas. aku baru je tengok sampai episod 7. seminggu ni aku busy dengan program universiti. so, memang belum ada masa lagi lah nak mengadap Love Rain sampai 3 episod sekaligus. lepas ni baru nak marathon Love Rain lah jawabnya. hehe XD



Memandangkan aku belum tengok lagi episod yang ni, tak dapat lah aku nak cerita apa yang berlaku. so, korang tengok lah sendiri ye~













Love Rain - Episod 8

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hai semua! Love Rain episod 8 ni dah ditayangkan kat Korea pada 17 April 2012 yang lepas. kali ni, Ha Na jadi model yang mana Joon jadi photographer nya. so, hubungan dorang jadi makin rapat dan feeling towards each other pun makin banyak. ececeh. memandai je aku. haha =D




So, you all..... enjoy this drama~
















Love Rain - Episod 9

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello Love Rain lovers! mari-mari. Love Rain episod 9 sudah mari. episod yang ni dah pun ditayangkan kat Korea pada 23 April 2012 yang lepas. tapi, aku baru nak update sekarang. al-maklum lah.... orang busy. ehem! =P




So you guys, tengok jelah episod yang ni ye. enjoy~













Love Rain - Episod 7

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Hello Love Rain addicts! 16 April 2012 yang lepas, Love Rain episod 7 ni dah pun ditayangkan kat Korea. dan, dalam masa yang sama, episod 1 baru je ditayangkan kat Malaysia melalui Astro saluran KBSW. that's mean, korang dah boleh tengok Love Rain kat Astro lah sekarang! =D

Tapi, sape yang tengok ikut Astro tu agak ketinggalan lah jugak. sebab kalau korang tengok online *lagi-lagi tengok kat blog aku, ehem* korang dapat tengok advance 6 episod. so, sila-sila lah menjenguk blog Kura-Kura. hehe XD

***



Kali ni, korang dapat tengok Ha Na sedih sebab cinta dia kat Tae Sung (senior dia) cuma bertepuk sebelah tangan. dan, the most touching moment bila In Ha terjumpa balik dengan Yoon Hee selepas berpuluh-puluh tahun dorang terpisah. so, enjoy this drama~























14 April 2012

Love Rain - Episod 6

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

 

Yo semua! Love Rain Episod 6 ni dah pun ditayangkan kat Korea pada 10 April 2012 yang lepas. kali ni, korang dapat lah tengok sambungan pergaduhan Joon dan Ha Na dari episod 5. serius lebih best! =D

Joon dah macam suka kat Ha Na lepas cabaran 3 saat tu. tapi, biasalah....ego. so, Joon tak nak mengaku =P

Dah dah, jom kita sambung tengok episod yang ni pulak ^^





















11 April 2012

Love Rain - Episod 5

Assalamualaikum & annyeong haseyo..


Hello Love Rain lovers! pada 9 April 2012 yang lepas, Love Rain Episod 5 dah pun ditayangkan kat Korea. kali ni, cerita dia dah masuk era 2012. no more 1970-an. so, no more sad love story. and no more slow love story =D




Mulai sekarang, korang bakal tengok gelagat Jung Ha Na dan Seo Joon pulak. dorang ni mula-mula jumpa pun dah gaduh. memang best lah episod kali ni. penuh dengan gelagat yang melucukan. so, enjoy! ^^





















06 April 2012

Love Rain - YoonA & Jang Geun Suk

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Yo SNSD lovers. sebenarnya, aku ingat nak update pasal first performance SNSD kat KLCC 23 Mac 2012 yang lepas. maklumlah, semua orang memang duk excited terlebih pasal kemunculan buat pertama kali SNSD kat Malaysia. aku pun ter'excited' sama. ehem!

 
Cuma Yuri je takde masa ni


Akan tetapi, memandangkan mini show tu pun dah 2 minggu berlalu, rasa macam tak best pulak kan kalau aku baru nak update pasal depa. so, lupakan jelah hasrat tu. ramai lagi blogger lain lebih updated daripada aku. korang pun konfem-konfem dah baca pasal mini show SNSD kat KLCC daripada blog-blog lain. kan kan kan?

***

So, apa aku nak cerita hari ni? jangan risau wahai SNSD lovers. entri ni masih lagi dalam skala kisah-kisah SNSD. cuma, aku bukan nak cerita pasal SNSD semata-mata. kali ni, aku nak cerita pasal Jang Geun Suk jugak. wink wink ^^

***

Apa cerita yang menarik sangat tu?




Tadaa.... mempersembahkan.... Sarangbi / Love Rain. Ni lah dia Korean Drama yang terbaru kat Korea nun. baru je ditayangkan kat KBS (stesen TV kat Korea) bermula 26 Mac 2012 hari tu. cerita ni ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa, pukul 9.55 malam waktu Korea. bermaksud, hanya dua episod je ditayangkan dalam seminggu. bagi aku, cerita ni memang sangat best. pengarah drama ni merupakan pengarah yang sama untuk drama Winter Sonata dan Autumn In My Heart. so, korang faham-faham lah kan macam mana genre drama ni bila pengarah tu jugak yang hasilkan Love Rain. memang melankolik :'(

***

Akan tetapi, dia cuma melankolik waktu awal-awal je. tak silap aku, 4 episod terawal je yang banyak sedih-sedih, tacing-tacing, nangis-nangis. lepas tu, dah tak sedih sangat dah rasanya.

Oh terlupa pulak. apa kata aku perkenalkan dulu.... siapakah watak utama untuk Love Rain yang best ni?

***

First of all, mestilah my YoonA SNSD =)




YoonA bawak dua watak dalam Love Rain ni. first, watak sebagai Kim Yoon Hee, seorang gadis kolej pada tahun 1970-an yang baik, pure gila dan innocent. then, watak kedua pulak, YoonA jadi Jung Ha Na pada tahun 2012. Ha Na ni seorang gadis yang ceria dan aktif. memang berbeza sangat lah daripada Kim Yoon Hee yang nampak pasif gila dan tak banyak cakap. sebenarnya, Ha Na merupakan anak perempuan Yoon Hee.


Kim Yoon Hee


Jung Ha Na


***

So, siapakah pulak hero dalam cerita ni? jeng jeng jeng~




Mestilah Jang Geun Suk! sebenarnya, aku dah sebut dah pun kat atas tadi. hehe.

Jang Geun Suk pun bawak dua watak dalam cerita ni. sama je macam YoonA. satu watak dalam tahun 1970-an dan satu lagi watak dalam tahun 2012 jugak. dalam 1970-an, dia jadi Seo In Ha, student art yang tak pernah bergaul dengan perempuan, tetiba fall in love at a first sight dalam masa 3 saat kat Kim Yoon Hee. berlainan pulak dengan watak Jang Geun Suk dalam tahun 2012 yang mana Seo Joon ni memang casanova habis. kalau Ha Na tu anak perempuan Yoon Hee, Joon ni pulak anak lelaki In Ha.


Seo In Ha


Seo Joon


***

Ok, pelakon utama Love Rain telah pun diperkenalkan. so, sekarang ni, apa kata korang baca sikit sinopsis cerita ni =)

Sebenarnya, Love Rain ni mengisahkan kisah percintaan dalam dua zaman. yang pertama, pada tahun 1970-an yang mana Seo In Ha jatuh cinta kat Kim Yoon Hee masa hujan. tapi, macam biasa lah... drama. mana ada kisah cinta yang mudah-mudah belaka. mesti ada ranjau nya jugak. eceh! berpuitis pulak aku. ahaks =P




Belum sempat In Ha nak cakap yang dia suka kat Yoon Hee, kawan baik dia, Dong Wook pergi berterus-terang dulu lah pulak. rupa-rupanya, Dong Wook pun suka Yoon Hee. so, wujudlah percintaan tiga segi. eh, tapi bukan tiga segi je, aku rasa dah jadi bersegi-segi dah ni. sebab Hye Jung suka In Ha, Chang Mo pulak suka Hye Jung, sedangkan In Sook suka Chang Mo. errrr.... hexagon? hahaha =D




Ok lah, malas aku nak terangkan panjang-panjang pasal percintaan enam segi tu (hexagon). aku terus lompat pergi tahun 2012 jelah. bila percintaan In Ha dan Yoon Hee tak berakhir dengan happy ending, sambung lah pulak cerita pasal percintaan anak-anak dorang berdua ni. tapi, aku tak tau lagi lah macam mana kisah percintaan Joon dan Ha Na. sebab aku baru tengok sampai episod 4. hehe =D



Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal drama ni, boleh klik sini =)

***

Sebenarnya, aku ni bukan lah hardcore sangat dengan Korean Drama. aku dah lama tak follow perkembangan Korean Drama yang terbaru. masa aku lower form dulu, memang minat habis lah dengan Korean Drama. habis semua drama yang tayang kat tv aku tengok. belum kira cd yang aku beli lagi. tapi, naik je upper form, aku dah malas nak tengok Korean Drama dah sebab episod dia panjang-panjang. kebiasaannya, setiap cerita ada 20 episod yang mana satu episod makan masa sejam. boring betul aku. haha =D

Tak percaya, boleh jenguk entri ni. memang dah berzaman Korean Drama ni semua ditayangkan~


***

Akan tetapi, Love Rain ni memang lain. drama ni berjaya membuatkan aku hooked. aku tak suka sebenarnya bila dah hooked dengan Korean Drama ni. kang asyik terfikir-fikir je, bila nak tengok episod seterusnya ==''




Oh wait wait. aku bukannya tengok drama ni sebab YoonA semata-mata. serius drama ni memang best. errr... maybe bagi orang yang suka pure love story macam aku jelah kot. haha. sebab, drama ni agak slow masa episod awal-awal. ranking Love Rain kat Korea pun tak gempak sangat sebab generasi muda lebih suka drama yang fast berbanding slow =.=

***

Dulu, YoonA ada jugak jadi lead actress dalam drama Cinderella Man. dia berlakon dengan Kwon Sang Woo. tapi, story line cerita tu tak best sangat. jadi, aku tetap tak tengok sampai habis even YoonA berlakon. aku tengok sampai episod 3 je. hahaha =D




Love Rain pulak, baru je 4 episod ditayangkan, aku dah excited nak tau apa kisah dalam episod seterusnya. oh ya. aku bukan peminat Jang Geun Suk. tapi, aku suka chemistry antara YoonA dan Jang Geun Suk dalam drama ni =)

***

So, kini, terbuktilah yang drama Love Rain memang best! kalau tak best, aku takkan tengok. haha! =D

Apa kata korang cer tengok trailer drama ni kejap. sehari sebelum Love Rain ditayangkan secara rasmi kat Korea, aku tengok trailer ni dulu. tak pasal-pasal aku jadi tak sabar-sabar nak tengok first episode. tapi, kena tunggu yang subbed dulu lah pulak ==''




***

Apa dia kelebihan Love Rain? selain daripada story line yang best, chemistry antara YoonA dan Jang Geun Suk yang sweet serta sinematografi yang menarik, soundtrack Love Rain ni pun best jugak. check it out~


Love Is Like Rain - Na Yoon Kwon


Lagu ni akan dimainkan waktu permulaan dan pengakhiran setiap episod. kadang-kadang, ada jugak lah jadi background music waktu happy =D


Love Rain - Jang Geun Suk



Lagu ni memang best. dalam drama ni, In Ha cipta sendiri lagu ni untuk Yoon Hee. dan, lagu ni memang sesuai waktu sedih-sedih. lagi-lagi waktu Yoon Hee tinggalkan In Ha. wuwuwu =(

***

Errr.. aku rasa, macam dah overboard pulak pasal Love Rain ni. haha. bukan apa, serius aku dah terpikat dengan drama ni. tak kisah lah rating rendah ke apa, janji aku suka. memandangkan aku dah suka sangat dengan drama ni, jadi aku nak share dengan korang link untuk tengok Love Rain =)




[EP 1] [EP 2] [EP 3] [EP 4] [EP 5]
[EP 6] [EP 7] [EP 8] [EP 9] [EP 10]


Enjoy Watching! ^^

Love Rain - Episod 2

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

 


Hai Love Rain addict! kali ni, jom kita tengok Episod 2 pulak. buat pengetahuan korang, episod ni dah ditayangkan kat Korea pada 27 Mac 2012 yang lepas =)
















Love Rain - Episod 3

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

 

Love Rain Episod 3 telah pun ditayangkan kat Korea pada 2 April 2012. so, check this out~













Love Rain - Episod 4

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Ni dia, Episod 4 Love Rain dengan English subtitles sekali. episod ni dah pun ditayangkan kat Korea pada 3 April 2012 =)














Love Rain - Episod 1

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

Yo peminat YoonA dan Jang Geun Suk sekalian. mari-mari, aku ada Episod 1 Love Rain, yang full punya. siap dengan English subtitles lagi kot. tapi, aku ambil dari website je. credit to uploader tu lah ye. hehe =D




Sebenarnya, Episod 1 ni dah pun disiarkan pada 26 Mac 2012 yang lepas kat Korea nun. aku dah tengok dah. tapi, memandangkan aku tersangatlah busy, mengalahkan menteri *ehem*, so aku pun takde masa nak update kat blog pasal Love Rain (tapi masa untuk tengok Love Rain ada pulak... ahaks =P)

So, SONE (fan SNSD) dan Eel (fan Jang Geun Seuk), enjoy watching! ^^


















03 April 2012

Stress Out

Assalamualaikum & annyeong haseyo...

 


When the time has come, 
when you feel so depressed, 
when others talk bad about you,
when you don't have someone to talk to,
just.....



by your own way.

***

Even it is hard,
even it is pressured,
even it is irritated,
the choices are in your hand.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...