21 January 2013

CN Blue vs SNSD

Assalamualaikum & annyeong haseyo...




Hello CN Blue and SNSD lovers sekalian. dah lama dulu, aku pernah buat entri pasal 2PM vs SNSD. jadi kali ni, aku nak buat entri pasal CN Blue vs SNSD pulak lah ^^

'Versus' tu bukan lah bermakna nak biar dorang bertumbuk dalam gelanggang tinju. ahaks! tapi, lebih kepada nak buktikan apa kaitan CN Blue dengan SNSD dalam industri seni Korea. eceh! ayat aku dah macam duta kesenian Korea pulak. haha =D

***

Well... macam yang korang sedia maklum, aku ni memang peminat nombor satu SNSD. hihi. mungkin ramai yang pandang aku ni minat kaum sejenis, tak minat kaum lelaki pulak kan. haha. jadi, jangan salah faham pulak ye. errrr... aku ada lah minat sikit boys group. tapi tak banyak pun... sikit je. ahaks!

Well... mungkin ramai yang setuju bahawa kekuatan Kpop ni terletak pada dancing dorang. aku pun minat jugak dengan skill tarian kebanyakan boys group ni. lagi-lagi kalau gaya dorang menari tu nampak smart gila. tapi, aku setakat minat dengan lagu dan dancing dorang je. tak minat pun boys group tu sume sebab SNSD tetap nombor satu di hati ini. ihiks =P *bajet dorang minat aku pulak kan... haha*



***

Akan tetapi, CN Blue ni berbeza. dorang bukan lah group yang menari-nari macam kebanyakan Kpop group yang lain. dorang merupakan sebuah band yang membawakan genre rock. yeah!

CN Blue

Dari kiri : Lee Jung-shin (bass, back-up vocals), Lee Jong-hyun (lead guitar, vocals), Jung Yong-hwa (leader, lead vocals, guitar), Kang Min-hyuk (drum, back-up vocals)


Dah namanya band kan, konfem lah semua ahli group ni pandai main alat muzik macam gitar, bass dan drum. well.... korang tau kan, lelaki ni bila dia pandai main alat muzik, automatik dia akan nampak coooooool yang teramat. ahaks! =P

So, apa yang boleh aku katakan... dalam banyak-banyak Kpop boys group, aku paling minat CN Blue. weeeeee. malangnya, CN Blue tetap dapat nombor dua kat belakang SNSD. hihi =D

***

Kalau korang nak tau, CN Blue ni sebenarnya singkatan daripada Code Name Blue. karier dorang bermula sebagai indie band kat Jepun pada tahun 2009. cuma pada tahun 2010 baru lah dorang debut kat Korea dengan lagu 'I'm A Loner'. masa tu setiap ahli ada character masing-masing yang diambil daripada perkataan 'BLUE' tu yang mana Jong-hyun (Burning), Min-hyuk (Lovely), Jung-shin (Untouchable) dan Yong Hwa (Emotional).

Tapi, masa tengok MV 'I'm A Loner', aku belum start minat CN Blue lagi. lepas tengok MV 'Love', baru lah aku start jatuh cinta dengan group ni. tambah minat bila tengok MV 'Hey You". paling terpikat dengan Jong-hyun. muehehehehe =P

Lee Jong-hyun =)


Naluri aku kuat mengatakan bahawa aku minat Jong-hyun hanya selepas dia ubah hair style. ahaks! gambar kat belah kiri merupakan hair style Jong-hyun dalam MV I'm A Loner manakala gambar yang belah kanan merupakan imej dia dalam MV Love =)

Aku tau Jong-hyun memang nampak sangat cool dengan imej baru dia tu kan. ihiks. dah lah pandai main gitar. hehe. ditambah lagi dengan senyuman menawan dia tu, memang boleh cair jiwa dan raga ini. puahahahaha. ayat tak boleh blah =P

***

So, apa kaitan CN Blue dengan SNSD? hehe. sabar sabar. inilah kaitan nya~

Tak lama lepas CN Blue debut kat Korea, Yong-hwa selaku leader dan jugak ahli yang paling tua dalam kumpulan ni terlibat dalam rancangan We Got Married bersama Seo-hyun, maknae SNSD. We Got Married (WGM) ni lebih kurang macam rancangan kahwin olok-olok antara selebriti Korea. dorang bukan kahwin betul-betul pun, tapi depan kamera dorang kena berlakon macam dorang dah kahwin.

We Got Married - Yong-hwa & Seo-hyun


Dorang dapat jolokan YongSeo atau Goguma Couple dalam rancangan tu. YongSeo = Yong-hwa + Seo-hyun. tapi, goguma tu pulak sebab Seo-hyun ni sangat suka goguma (sweet potato). obsesi dia pada goguma melebihi minat dia pada lelaki. haha =D

Sebenarnya, ada banyak lagi pasangan lain yang terlibat dengan WGM ni selain daripada Yong-hwa dan Seo-hyun. tapi, pasangan lain tak femes sangat. memang dorang ni lah yang paling femes sampai ramai peminat berharap YongSeo ni betul-betul jadi couple. hal ni mungkin disebabkan Seo-hyun ni jenis yang innocent gila kot. interaction antara dia dengan Yong-hwa pun nampak awkward je walaupun dorang dah 'kahwin'. ini secara tak langsung menampakkan kecomelan dorang. hihi. 

So, memandangkan dorang dah 'kahwin', ada beberapa episod yang mana Seo-hyun kena berjumpa dengan ahli-ahli CN Blue yang lain dan Yong-hwa pun kena berjumpa dengan ahli-ahli SNSD yang lain. masa Seo-hyun jumpa ahli-ahli CN Blue yang lain tu lah aku semakin terpikat kat Jong-hyun. kehkehkeh. fine.... cakap pasal WGM panjang-panjang sebab nak highlight part Jong-hyun je kan. hihi =P 

* kalau nak tengok YongSeo / Goguma Couple, boleh tengok kat sini ^^




Masa WGM ni baru start, rambut Jong-hyun masih macam gambar kat belah kiri tu. tapi, sikap gentleman dan malu-malu miau dia dah start membuatkan aku tertanya-tanya siapakah gerangan Lee Jong-hyun ni. eceh! *muntah darah*

Then, bila dah masuk pertengahan episod, rambut Jong-hyun dah bertukar macam gambar kat belah kanan. waaaaa lagi lah aku terpikat. saat tu aku dah tak tertanya-tanya lagi dah siapa Lee Jong-hyun ni. aku terus minat je. habis cerita. kehkehkeh =P

Kalau korang nak tau, Jong-hyun dah start menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2010. lakonan pertama dia adalah dalam movie Acoustic sekali dengan Min-hyuk. tapi, masa tu Jong-hyun masih belum dikenali sebagai pelakon.

Acoustic


Cuma baru-baru ni je, Jong-hyun jadi pelakon dalam drama A Gentleman's Dignity. memang sesuai sangat word 'gentleman' tu dengan Jong-hyun. ahaks! dalam drama ni, rambut Jong-hyun dah macam dalam gambar kat belah kanan tu. memang nampak cooooooooool gila lah. haha =D

See... memang cool kan. ahaks!


Disebabkan lakonan dia dalam drama tu lah, Jong-hyun berjaya mendapat anugerah 'New Star Award' kat SBS Drama Awards (ala-ala Anugerah Skrin kat Malaysia). dan, dia semakin dikenali sebagai pelakon =D

A Gentleman's Dignity


***

Sepanjang CN Blue dalam arena Kpop, boleh dikatakan tak banyak gosip bukan-bukan mengenai dorang ni. kiranya, imej dorang bersih lah jugak. pehhhh ayat aku dah macam wartawan hiburan. haha! =D

Mungkin jugak sebab ahli-ahli CN Blue ni pemalu belaka kot. dorang tak suka cipta skandal dengan mana-mana artis perempuan macam kebanyakan artis Kpop yang lain. errrr... mungkin Yong-hwa tak termasuk dalam list pemalu tu sebab dia dah start dikenali sebagai pelakon dalam drama You Are Beautiful sebelum debut sebagai ahli CN Blue.

You Are Beautiful


Kesimpulannya, memang ahli CN Blue yang lain pemalu belaka terutamanya Jong-hyun. hihi. sepanjang aku menjadi peminat Jong-hyun, rasanya belum pernah lagi Jong-hyun digosipkan dengan mana-mana artis perempuan.

***

So, aku... sebagai peminat utama YoonA SNSD, terus menyimpan angan-angan agar Jong-hyun digosipkan dengan YoonA sebab aku minat dorang berdua. haha! memang macam angan-angan peminat psiko. muehehehehe =P

Sama cantik sama padan kan... ahaks!


Dorang berdua ni sebaya. dua-dua dilahirkan pada tahun 1990. dah lah sama bulan Mei pulak tu. Jong-hyun 15 Mei 1990 dan YoonA 30 Mei 1990. aku tak tau kenapa, tapi naluri aku kuat untuk meminati orang yang lahir bulan Mei jugak. haha. lepas dah minat, baru tau yang dorang pun lahir sama bulan dengan aku =)

***

Tapi, sebelum ni... takde pun tanda-tanda yang menunjukkan dorang ni rapat. aku cuma tau yang YoonA ni peminat CN Blue. tu je. sampai lah baru-baru ni yang mana CN Blue dan SNSD buat comeback serentak kat Music Bank (ala-ala pentas Muzik-muzik kat Malaysia). SNSD comeback dengan lagu 'I Got A Boy' dan CN Blue dengan lagu 'I'm Sorry'.

Sebelum CN Blue buat persembahan, YoonA dan Seo-hyun serbu CN Blue kat backstage dan buat short interview dengan dorang. well.... lepas WGM tamat pada April 2011, memang YongSeo Couple dah takde berinteraksi secara langsung dah depan kamera. kiranya, ni lah first time Seo-hyun jumpa Yong-hwa semula.

So, ramai lah peminat YongSeo Couple ni duk berharap Yong-hwa dan Seo-hyun betul-betul jadi couple dalam real life. tapi, aku tak tertarik sangat nak tau pasal YongSeo. aku lebih tertarik nak tengok interaksi antara YoonA dan Jong-hyun buat pertama kali nya depan kamera. hihi =D

So, apa kata korang pun tengok video ni~




So, apa pendapat korang? reaksi pertama aku lepas tengok video ni adalah... kyaaaaaaaa comelnya Jong-hyun dan YoonA!!!! ^^

Sampai kan aku tertanya-tanya, dorang ni memang ada hubungan macam apa yang aku angan kan ke? hihihi. mengikut sumber yang aku dapat *ehem*, Jong-hyun ni rapat dengan Kyu-hyun Super Junior. YoonA pun rapat dengan Kyu-hyun. so, Jong-hyun dan YoonA ni kenal antara satu sama lain melalui Kyu-hyun. *eceh ayat dah macam paparazzi... kehkehkeh*

Gambar twitter Kyu-hyun (ketiga dari kiri) bersama Min-ho Shinee, Changmin DBSK dan Jong-hyun (keempat dari kiri)


So, kemungkinan interaksi antara Jong-hyun dengan YoonA kat Music Bank tu perkara biasa kot bagi korang memandangkan dorang ni dah kenal. tapi, aku tetap rasa interaksi tu sweet gila. sampai boleh kena diabetes. ahaks! =P

Alangkah gembiranya aku kalau dorang betul-betul jadi couple in a real life. hehehehe. tapi, tetiba... Jong-hyun digosipkan dengan Sulli f(x) lah pulak. ni semua gara-gara sikap gentleman Jong-hyun terhadap Sulli dalam Running Man Episod 129 =(

Dalam episod tu, dorang kena lawan hoki ais yang mana baju dorang berat gila. so, bila Sulli ni dah penat sangat sampai tak larat bangun, Min-ho Shinee try nak angkat dia. tapi tak larat jugak. so, Jong-hyun yang sememangnya gentleman ni, terus angkat sikit badan Sulli dan offer belakang badan dia untuk Sulli bersandar.

Apa kata korang tengok gambar ni~



Aku takde lah benci gila kalau Sulli digosipkan dengan Jong-hyun. tapi, aku lebih suka YoonA dengan Jong-hyun sebab aku minat dorang berdua. hehe. dah lah Jong-hyun baru je senyum kat YoonA dalam interview tu 4 hari lepas. tup tup keluar pulak gosip ni dalam Running Man Episod 129 yang disiarkan kat Korea semalam. huhu.

Jadi, apa yang aku harapkan hanyalah gosip antara Sulli dengan Jong-hyun tu tak menjadi kenyataan. tapi, kalau YoonA dengan Jong-hyun, aku setuju 150%!!!! hihihi =D

***

Errrr... ok lah. sampai sini je lah cerita aku pasal CN Blue vs SNSD ni. rasanya macam dah panjang sangat melalut. ahaks! mungkin tajuk yang lebih sesuai untuk entri ni adalah Jong-hyun CN Blue & YoonA SNSD. kihkihkih. ok... annyeong~


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...